21.5.12

Nostaljik

Semalam, tiba-tiba aku terasa mahu on Yahoo Messenger.
Teman sebilik aku masa belajar dulu ada online.
Aku tegur dia, memandangkan dia takkan sedar yang aku online
kerana aku appear invisible to everyone.
Nama dia Nana, kali terakhir aku jumpa dia ialah dua minggu lepas
iaitu setelah 3 tahun tidak ketemu.

Nana : Hey in, ko kat mane je?
Aku : Amerika je..
Nana : Wah..hahah
Aku : Kat rumah.ko katne?
Nana : Aku baru bangun tidur, aku makan kat Shah Alam..

Kawan aku ini sekarang tinggal di Kelana Jaya, dia pergi makan di Shah Alam.
Masa kami sebilik di Shah Alam dulu, dia selalu bawa aku makan di Kelana Jaya.
Aneh kan?
Maaf, dia tiada laman Facebook.
Serius, memang tiada.

Aku : Wey, ko ingat tak kedai ayam penyet wong solo yang kita g mkn dulu..sebelah kedai tu dah bukak kedai makan upin & ipin..hahah
Nana : Hahaha...aku makan kat situ la..

Kebetulan.
Oh ya, ini gambar aku dan kawan aku,Nana sedang menari.
Aku yang warna hitam itu, dia yang warna putih.
Photobucket
Harap maklum.

Manakala di Facebook pula aku mendapat mesej dari ex-dorm mate yang juga ex-class mate aku, yang tiba-tiba buat aku terharu dengan penggunaan Bahasa Melayunya yang mengikut kosa kata dan tatabahasa.

Tiba-tiba, buat aku mahu berkata, "Do you know the muffin man?yeah!the muffin man?"
Terima kasih Mike Zuckerberg, semoga perkahwinan anda berkekalan.

P/S : Aku tiada benda menarik yang mahu diceritakan sejak akhir-akhir ini kerana aku tidur sepanjang siang dan berjaga sepanjang malam sehingga pagi 
sehingga aku kurang berkomunikasi dengan manusia di alam nyata.

Photobucket

3 ulasan:

  1. aku sudah lupa pasword YM aku.

    hmm

    biarlah.

    BalasPadam
  2. Aku harap gambar menari tu lebih panjang lagi tarian dia. Aku tak puas tengok

    BalasPadam
  3. mirachantek, aku juga pernah lupa kemudian aku perbetulkan keadaan.apa aku tulis ni?entah.

    headmaster,manusia memang tak pernah puas dengan segalanya.

    BalasPadam