Hari ini aku pergi ke pesta buku.
Ada pakcik berdiri depan aku dan adik aku sambil
memegang buku dengan gambarnya di muka depan buku dan berkata,
"Buku ni saya tulis!!",dengan muka teruja.
Aku dan adik aku ternganga sampai pakcik tu berjalan masuk ke dalam mulut kami,
Aku rasa pakcik ni seorang sasterawan yang unggul cuma aku tidak mengenalinya.
Satu-satunya sasterawan negara yang aku kenal adalah A.Samad Said
Minta maaf, aku tidak sengaja.
Hasil daripada hari ini aku membawa pulang sepasang selipar baru dan sekotak teh kurus.
Adik aku pula beli buku latihan Tingkatan 4.
Aku tidak beli buku kerana di rumah aku ada
sangat banyak buku cuma aku sahaja yang jarang membaca.
Ya, sememangnya memalukan.
Ya, sememangnya memalukan.

sememangnya minuman yang boleh buat orang kurus tu betul-betul2 berkesan ke?
BalasPadamnama aku ada, walaupun dilalukan garisan di atasnya
BalasPadamisk isk terharunya
otak kau sangat mengoda.(sambil memandang tajam tempurung kepala, menyembunyikan kapak di belakang dan berjalan mendekati kau)
BalasPadammira..minuman itu sebenarnya bukan untuk detox badan tapi untuk detox kulit..ya,ia mencantikkan kulit.mula-mula, aku ingat teh kurus.hehe..total image beauty deatox
BalasPadam