Minggu lepas aku kempunan mahu makan bertih jagung,
atau dalam bahasa Inggerisnya dipanggil popcorn.
Aku pergi menonton movie bersama kawan,
aku beli popcorn, aku suruh dia pegangkan sekejap.
Dia tertumpahkan satu bekas popcorn itu.
Esoknya, ada pasar malam di depan rumah aku,
aku suruh adik aku tolong belikan popcorn,
gerai popcorn tutup pula.
Aku asyik google gambar Garrett popcorn,
memandangkan aku malas bergerak ke KLCC,
aku google resipi caramel popcorn.
Aku tangguhkan niat untuk ke kedai menjual bahan bakeri untuk membeli biji jagung
kerana aku sangat sibuk melakukan aktiviti lain iaitu tidur.
Empat hari lepas, aku teman adik aku ke salon.
Sangat lama dia di situ, aku hanya menonton saja.
Aku bosan, kemudian baru aku teringat di atas
pasaraya itu ada pawagam.
Aku pergi membeli popcorn caramel.
Aku makan popcorn sambil menonton adik aku buat rambut.
Akhirnya tercapai juga hajat aku mahu makan popcorn.
Segalanya tidak berakhir di situ sahaja.
Esok aku sambung cerita.

bau garrett popcorn sangat menusuk ke kalbu.
BalasPadamKagum. Makanan murah bila dikomersilkan dan diletakkan prestij pada nama.
BalasPadamWow! Hanya org yg bijak mampi jadi kaya! Kaya! Dan kaya!
Heee~
buatlah fanpage utk peminat popcorn..
BalasPadamadik hang buat filem ke apa dalam salon tu? haha
BalasPadamamie, lebih menusuk kalbu bila kaki perlu dipotong setelah habis sebungkus.
BalasPadampok amai-amai,ya-ya, walau bagaimanapun..prestij pada nama juga adakalanya membawa satu kualiti yang tersendiri.
ghost writer,malas.
pak lang,memang orang buat filem suka pergi salon.(sambil membuat muka seperti sudah menjawab soalan)
bau popcorn seringkali merangsang hormon lapar aku.
BalasPadam:)
BalasPadam