Hari-hari aku buat kerja sama.
Hari-hari aku makan nasi goreng kampung.
Hari-hari aku nampak benda sama.
Hari-hari aku pakai uniform dengan warna yang sama.
Otak aku macam terkepung dalam satu ruang yang sama.
Kelmarin, aku cuti, aku pulang ke rumah keluarga tercinta.
Aku bawa pulang tempat buat ais krim yang aku beli dengan harga RM5 di Daiso.
Semalam, aku pulang dari kerja.
Aku sapu sabun pada baju putih yang aku simpan dalam bagasi sebab
terkena sambal ayam yang mak aku bekalkan dari rumah keluarga tercinta.
Ya-ya, aku masukkan baju dan makanan dalam bagasi yang sama.
Aku sendiri tidak tahu bagaimana sambal enak itu boleh tumpah,
sedangkan aku sudah balutkan bekas berisi sambal ayam itu dengan beg plastik.
Hari ni pula, ketika berjalan pulang dari kerja bersama seorang teman serumah aku,
aku pandang ke bawah, melihat batu penutup longkang dan rumput-rumput.
Aku perasan ada entiti aneh yang berada di antara rumput dan penutup longkang.
Sekali pandang aku ingat tahi anjing ke tahi kucing.
Dua kali pandang baru aku perasan rupanya entiti itu merupakan
dua ekor siput babi sedang berasmara.
Beberapa saat selepas itu, aku toleh pada teman serumah aku untuk memberitahu,
"Jangan pijak, ada siput babi sedang berasmara".
Malang sekali, serentak ketika aku menoleh tanpa sempat membuka mulut,
aku dengar bunyi cengkerang yang hancur dipijak teman serumah aku.
Aku menyuarakan kesedihan.
Teman serumah aku balas, "Dah ajal dia..nak buat macam mana.."
Hari ni baru aku basuh baju yang aku sapu sabun semalam sebab
semalam aku malas.
Tadi aku telefon mak aku, mak aku kata,
Sekarang ni hari-hari pun adik aku buat ais krim dengan tempat buat ais krim yang aku beli itu.
Adik aku siap buat aiskrim dengan warna yang berbelang.
Aku rasa gembira mendengar mereka mengunakan benda kecil yang aku beli itu.
Itu saja aku mahu cerita.
Hidup aku bosan,
sebab itu esok, aku rasa seperti mahu makan laksa.
Baiklah, tiada kaitan.