24.5.11
23.5.11
Hampir mati
Masa kecil, aku dan adik aku berlari sambil berpegangan tangan ketika melintas jalan raya.
---
Ketika berlari, kaki salah seorang tersadung.
Dua-dua jatuh di tengah jalan raya.
Sebuah lori datang dengan lajunya.
Selamat lori tersebut sempat berhenti mengejut.
---
Aku melintas jalan ketika pulang sekolah.
Aku cuba menjangka jarak kenderaan.
Sebuah motosikal datang.
Aku jangka masih jauh.
Aku melintas.
Tiba-tiba, tayar motor itu berada di atas kaki aku.
Aku bangun dan ketawa.(bajet kool la tu..macam ironman)
Muka suami isteri di atas motor itu sangat panik.
---
Aku sedang mengambil lesen scuba.
Aku berada di bawah dasar laut di tengah lautan.
Sedang sibuk aku menyelam.
Peserta yang lain sedang sibuk tangkap gambar.
Aku tengok meter tank aku.
Aku rasa masih boleh bertahan lagi beberapa minit, jadi aku biarkan mereka sibuk menangkap gambar.
Aku tangguh dulu isyarat aku untuk berkongsi tank.
Tiba-tiba seseorang datang menyelam di bawah aku.
Gelembung udaranya masuk ke dalam vest aku.
Aku tertolak ke permukaan dengan lajunya.
Aku terapung di atas permukaan yang hanya ada aku, laut yang luas, ombak remaja dan langit yang luas.
Aku panik setelah aku pusing sekeliling, aku tak nampak kapal yang aku naiki.
Aku lebih panik lagi bila aku tidak berjaya untuk menenggelamkan diri aku semula kerana tank aku dah kosong, malah berat aku tak cukup.
Aku lebih-lebih panik lagi bila ombak-ombak besar asyik datang pukul muka aku.
Aku lebih-lebih-lebih panik lagi bila aku tengok meter tank aku kosong.
Aku pandang bawah, ke dasar laut.
Aku nampak seekor ikan bermulut besar di bawah.(Aku tak pasti,ada kemungkinan ia imaginasi aku)
Aku hanya menyebut, "Ya Allah" berulang kali.
Dengan kuasa Tuhan di tengah laut yang kosong itu, tiba-tiba sebuat bot kecil muncul.
Aku mengangkat tangan.
Bot kecil itu sedang membawa seorang mat saleh untuk ke bot lain.
Pemandu bot berkata kepada mat saleh itu, "Lost diver".
Aku dihantar pulang ke kapal.
---
Pada malam kejadian otak aku serabut.
Aku sibuk berfikir dan mempertikaikan mengapa aku hidup di dunia ini.
Jiwa aku tidak stabil, fikiran aku kusut.
Segala yang aku fikir ketika itu adalah negatif dan melampau.
Aku pergi mendapatkan plug untuk mengecas telefon.
Tiba-tiba tanpa aku sedar jari aku tersepit antara konduktur pada sambungan antara plug dan punca elektrik.
Trrret!
Terkejut aku satu badan.
Naik bulu roma.
Tangan aku kebas.
Ada bau terbakar dan pedih di permukaan kulit.
Aku terbaring menenangkan denyutan jantung.
Ia bukan kejutan elektrik yang biasa seperti membuka suis ketika tangan basah tu.
Pada masa aku terbaring.
Aku berkata dalam hati "Aku belum bersedia untuk mati".
---
Alhamdulillah sebab aku masih diberi peluang untuk hidup.
Aku harap nyawa aku tidak diambil selagi aku tak happykan semua makhluk yang buat aku happy dalam dunia ni.
Jadi setiap kali aku merungut tentang hidup, aku perlu ingatkan diri aku akan masa-masa aku takut seperti hampirnya mati.
---
Al-Fatihah untuk roh-roh anak yatim yang terkorban dalam tragedi tanah runtuh tempoh hari.
Al-Fatihah untuk roh penulis blog Telurdibasuh yang meninggal dunia beberapa hari yang lalu.
22.5.11
Fokus
Banyak benda yang kita tak suka yang semakin datang kepada kita.
Sebab kita lebih sibuk memikirkan benda-benda yang kita tak suka berbanding yang kita suka.
Contohnya, dalam sebuah ruang yang berdinding hijau terang dan terdapat pasu berwarna merah.
Disebabkan bencinya Amalina terhadap warna hijau terang, dia lebih fokus terhadap rasa jengkelnya dinding tersebut menyebabkan dia hilang minat terhadap ruang tersebut walaupun pada hakikatnya sebenarnya dia sukakan pasu merah pada ruang tersebut. Ia bukan berkaitan besar atau kecil sesuatu itu.
Macam dalam life pun, kebanyakkan masa kita lebih banyak komplen benda-benda yang kita tidak puas hati tentang sesuatu.
Kerana lebih fokus kepada segala benda yang boleh dikomplen.
Tak habis-habis, komplen.
Sebab tu la semakin banyak benda yang tak disukai datang kepada kita.
Bagi aku, fokus harus ditukar kepada apa yang membuatkan jiwa gembira.
Aku tak tahu kalau ada yang merasakan komplen tentang ketidakpuashatian tentang hidup dan komplen tentang orang lain boleh membuatkan jiwa gembira.
Adalah lebih baik fokus pada benda-benda dan perkara-perkara yang buat kita lebih bersyukur.
Macam...bersyukur kau takde jangkitan tulang belakang sampai kau tak boleh bergerak lansung.
Bersyukur kau masih ada kedua ibu bapa.
Bersyukur kau masih hidup.
*Komplen dalam bahasa kasarnya disebut mengutuk/mengadu.
Stop complaining and you'll feel better.
Even people who hear you complaining also don't feel good about you.
Sorry kalau aku blah masa kau tengah komplen sebab aku malas nak dengar, ia seperti kau sedang salurkan aura negatif pada aku.
---
Aku rasa perkataan sibuk/busy tidak patut wujud dalam dunia ini atau dunia lain sekali pun.
Ia bukan tentang busy, ia sebenarnya tentang fokus.
Macam kalau bf kau kata, "Babe, i tengah kerja ni, i busy" maksud dia sebenarnya, "Babe, fokus i sekarang adalah kerja".
---
*Fokus - tumpuan kepada sesuatu.
Mood : Rasional
Aku bercadang nak luaskan fokus aku.
Aku tak pasti aku mampu ke tak..aku agak takot untuk ke depan.
---
Pagi tadi aku pergi call sesuatu yang aku belum pasti bertanyakan patut ke aku cancelkan sesuatu yang aku dah pasti. Lepas aku call, aku rasa menyesal sebab aku tanya. Rasa macam bodoh. Ok, jangan salah sangka, ini bukan tentang hubungan istimewa sesama manusia, ia tentang sesuatu yang membawa keuntungan.
---
Fokus!
Terima kasih keluarga dan kawan-kawan yang sentiasa ada dengan aku walaupun aku selalu hilang fokus pada mereka.
Ahad yang aneh
Aku online.
Aku tengok jam dinding pukul 6.30 petang.
Setelah sekian yang aku jangka lama, aku pandang jam dinding kembali masih 6.30 petang.
Aku masih online.
Setelah sekian lama, aku pandang jam dinding kembali masih 6.30 petang.
Kedengaran bunyi loceng ais krim jiran sebelah.
Aku pandang jam dinding kembali, masih 6.30 petang.
Dalam hati aku, "Awal pulak orang sebelah sembahyang hari ni.."
Aku tengok luar, dah gelap.
Jam dinding habis bateri rupanya.
---
Aku di tepi sebagai pendengar perbualan di bawah.
Acan : Pika kemaskan bilik Acan. Acan bagi sepuluh ringgit.
Pika : Pika boleh kemaskan tapi Pika tak nak sepuluh ringgit, Pika nak kasih-sayang.
Apakah?
Watdeeer....aneh ahad!
Tak aneh?
Memang tak aneh pun, aku saje je mengelabah.

Bunga api atas muka
Semalam aku pergi kenduri kawin.
Di akhir majlis ada ucapan dari keluarga pengantin yang dibacakan oleh wakil keluarga.
Selepas ucapan yang agak panjang dalam Bahasa Inggeris, wakil keluarga meminta kebenaran untuk menyampaikan pantun dalam Bahasa Melayu.
Dengan gaya pembacaannya aku dapat rasakan beliau tidak begitu fasih berbahasa Melayu.
..................................,(aku tak ingat bait pantunnya)
..................................,(aku tak ingat bait pantunnya)
Ramai anak gadis telah Pak Leman liwati,
Akhirnya bertemu yang dicari.
Pembetulan : liwati kepada lawati.
Hadirin majlis tergamam sebentar, kemudian ketawa.
Wakil pengantin meminta maaf dan mengatakan beliau tidak berapa jelas dengan tulisan dalam teks ucapan.
Hahaha!
Aku pun ketawa jugak.
Tapi aku bukan ketawa sebab kesalahan perkataan tu.
Tapi aku ketawa sebab tengok muka hadirin-hadirat yang terkejut dan terdiam seketika mendengar perkataan tersebut.
Apa kaitan semua ni dengan tajuk kau tu Amalina?
Ada pertunjukan bunga api di majlis tersebut yang buat aku teruja sebab aku mendongak ke langit melihat macam-macam bentuk bunga api berwarna-warni jatuh betul-betul atas muka. Perfect moment ni!Aku memang batak. Ya..aku selalu tengok bunga api tapi ni first time betul-betul jatuh atas muka.
Kenapa kau senyum?

21.5.11
Benda besar
Tiba-tiba..
Amalina : Yeah!!!!!
Orang lain : Kau pahal?!
Amalina : Takde pape.
Orang lain : Attention seeker betol minah ni!!
Amalina :
Ermm..sebenarnyer...sebenarnyerrr...sebenarnyeeeerrr...
Orang lain : Cakap je la!
Amalina : Aku dah ada benda besar sekarang. Yeah!!
Orang lain : Mana?!
Amalina : Kat sini (Amalina & benda besar). Aku dah transfer suma benda-benda yang aku rasakan besar dari benda kecil ni,di sana.
Orang lain : Sampah betol kau ni!!
Amalina :
Errk..ok..lepas ni aku boleh tulis benda-benda besar kat situ..tanpa ragu-ragu.
Orang lain : Ape aku kesah?!
Amalina :
Ermm..bagitau je..
Orang lain : (buat muka dan menjauhkan diri)
Amalina :
Kau tak nak follow ke?!
Orang lain : Taknak!
Amalina :
Err..ok.
Ermm..sebenarnyer...sebenarnyerrr...sebenarnyeeeerrr...Orang lain : Cakap je la!
Amalina : Aku dah ada benda besar sekarang. Yeah!!
Orang lain : Mana?!
Amalina : Kat sini (Amalina & benda besar). Aku dah transfer suma benda-benda yang aku rasakan besar dari benda kecil ni,di sana.
Orang lain : Sampah betol kau ni!!
Amalina :
Errk..ok..lepas ni aku boleh tulis benda-benda besar kat situ..tanpa ragu-ragu.Orang lain : Ape aku kesah?!
Amalina :
Ermm..bagitau je..Orang lain : (buat muka dan menjauhkan diri)
Amalina :
Kau tak nak follow ke?!Orang lain : Taknak!
Amalina :
Err..ok.20.5.11
RM 5
Abah aku bagi RM 5.
Aku masukkan dalam poket seluar.
Aku baring atas katil.
Tepi aku ada RM 5.
Mungkin RM 5 aku terkeluar dari poket.
Aku masukkan balik dalam poket.
Keesokkan paginya..
Adik aku nak pergi sekolah.
Dia cari RM 5 dia.
Setelah sekian masa mencari.
Aku kata "Ambil je la RM 5 ni" sambil keluarkan RM 5 dari poket aku.
Tetap mahu mencari.
Mak aku kata, "Entah-entah, dalam poket dia(merujuk kepada adik aku)"
Aku perasan yang dia yang mak sebutkan merujuk kepada aku.
Aku mengomel, "Tuduh je.." sambil menyeluk poket aku.
Ada dua RM 5.
Satu aku punya, satu adik aku punya.
Tak.
Aku bukan pencuri.

19.5.11
Si pencaci pinggan-MANGKUK
Dia bangun dari pembaringan yang sebelum dia mula lena tadi dia memandang hujung kakinya yang berselimut membayangkan panjang kain kapannya nanti.
Dia bangun dari pembaringan yang sebelum dia mula lelap tadi dia menyelubungkan diri di dalam selimut membayangkan bagaimana rasanya digulung dengan kain kapan.
Dia mencapai sesuatu yang menghubungkannya ke dunia luar.
Tersentap.
Ada makhluk yang cuba menceroboh kata laluan, tetapi gagal sehingga segalanya disekat.
Pantas dia berlari mencari sekeping kad yang dapat menyelesaikan kerunsingan.
Matanya sedikit berair, "Siapa yang cuba sabotaj aku?"
Dia tidak jumpa yang dicari pantas menelefon pegawai perhubungan pelanggan.
Kemudian, beres!
Pada ketika dia masih bercakap dengan pegawai perhubungan pelanggan, seorang yang tidak diingini cuba menghubungi dia pada waktu yang sama.
Dia biarkan saja tanda tanya "Atas urusan penting apa makhluk ni menelefon aku pada 3 pagi?" tergantung di langit kerana dia pasti yang tiada kepentingan untuk dia tahu jawapannya.
Dia menuju dapur menyiapkan kerja-kerja yang ditinggalkan.
Dia memang pemalas, pinggan semalam punya semalam baru nak basuh hari ni.
Dia memandang plastik sampah yang tekoyak di bahagian bawah seperti dicarik makhluk berkuku tajam.
Timbul persoalan, "Menjadi sampah juga bisa dicabul?",dia tinggalkan persoalan itu sebagai jawapan diakhiri keluhan kecil.
Kemuadian, dia memandang sinki yang dipenuhi pinggan-mangkuk yang bergelimpangan.
Di satu sudut dia terlihat separuh hampas lemon yang telah dipotong, kemudian dia campakkan hampas itu ke dalam cecair pencuci pinggan-mangkuk.
Ketika sabun terpercik dek buah lemon yang dicampakkan, dia membayangkan punch buah-buahan dengan potongan buah-buahan didalamnya.
Dia mencapai span kuning dan dicelupkan ke dalam sabun.
Span kuning memeriahkan buih-buih yang digosok di atas pinggan.
Minyak,kotoran, sisa mengucapkan selamat tinggal kepada pinggan.
Hubungan yang terpaksa aku sekat kerana lambat-laun membawa kepada hubungan tiga segi, mungkin empat segi, mungkin lima segi yang lebih mengusarkan.
Tangisan yang bercampur air paip membawa pergi minyak,kotoran dan sisa halus bertemankan buih-buih sabun yang baru lahir.
Buih-buih sabun yang masih bayi lagi, masih naif lagi untuk mengembara ke dua luar, dunia yang bergelora.
Ibu buih merelakan pemergian anaknya dengan yakin bahawa di luar sana mereka akan menjadi lebih matang dan dewasa.
Si pencuci pinggan meneruskan perjuangan ini.
Sampai satu tahap, dia perlu buangkan sisa besar yang terdapat pada sekeping pinggan.
Dia memandang plastik sampah yang berlubang dicarik makhluk berkuku tajam dengan pandangan tajam.
Dia mengerakkan sendi kaki untuk mendapatkan pengganti plastik yang masih suci.
Gagal. Sejak isi rumah ini membawa beg sendiri ketika membeli-belah, beg plastik sampah adalah sesuatu yang asing.
Di tepi suatu sudut malap, dia ternampak bungkusan plastik berisi buku.
Di situ, dia dapatkan apa yang diperlukan dan tinggalkan apa yang tidak.
Perjuangannya menghampiri kesudahan tetapi segalanya belum berakhir.
Dia ditemukan dengan buntut hitam yang cukup untuk menconteng minyak hitam ke atas tubuh span kuningnya dan berus dawai.
Timbul persoalan dalam benaknya, "Benarkah untuk membersihkan sesuatu itu, perlu untuk mengotorkan sesuatu yang lain?". Dia mengiakan persoalan itu tanpa berfikir panjang.
Pinggan-mangkuk dan cawan-gelas yang bertelangkup di dalam bekas tersenyum sehingga menampakkan silau gigi mereka sambil berpelukan sesama sendiri.
Aku membalas senyuman dengan mengenyitkan kedua-dua belah mata.
Yang pasti, tugas span kuning belum selesai.
Aku tolakkan badannya yang berisi sabun ke serata sinki, terlihat buih-buih liar berpesta di atas sinki yang berwarna perak bak bebola disko.
Muzik rancak yang diperdengarkan si pencuci pinggan memeriahkan suasana.
Air yang dicurahkan atas buih-buih liar itu menolaknya mereka menuju ke sebuah terowong angker yang buat mereka saling berpelukan sesama sendiri akibat ketakutan.
Sinki bersinar bagaikan ahli bina badan yang sedang beraksi di atas pentas dengan minyak berkilat di tubuhnya.
Beres.
Seorang perempuan pertengahan umur bangun pagi itu, kemudian terlihat si pencuci pinggan duduk di kerusi panjang, datang mempersoalkan, "Awak tak basuh pinggan lagi?!"
Si pencuci pinggan mengeserkan kedua-dua tapak tangannya, agak kasar di situ.

18.5.11
Tutorial kumpul tahi!
Hari-hari aku mesti kumpul tahi, aku rasa korang pun patut kumpul tahi macam aku.
Yang aku pasti, ramai yang tak tahu cara nak kumpul tahi.
Jadi aku sediakan toturial untuk korang belajar cara-cara kumpul tahi.
1. Mula-mula kau login Facebook kau. Kalau takde Facebook, pergi mati.
2. Kemudian cari page Eyesore. Click 'Go to application'.
3. Kemudian kau akan jumpa page seperti di bawah. Tekan 'Get Poops'.

4. Kau akan dibawa ke satu page seperti di bawah. Kalau kau kaya, kau boleh beli tahi menggunakan kad kredit atau Pay Pall. Tapi kalau kau beli, aku rasa kau kaya yang bodoh.
5. Kalau kau rasa kau miskin dan pandai macam aku, kau scroll page tu sampai bawah, sampai kau jumpa seperti di bawah ni. Kau klik perkataan 'Click Here'.
6. Nanti akan keluar T-Pain versi eyesore yang macam ni. Untuk dapatkan tahi, kau perlu tekan 'Get Points' tu. Tengok nasib la..kadang-kadang dapat banyak, kadang-kdang dapat sikit, range antara 1-100.
7. Lepas klik, kau dapat la tahi. Macam hari ni aku dapat 35 tahi je. Tekan 'Accept'
Kau mesti tertanya-tanya nak buat apa dengan tahi-tahi yang telah dikumpul setiap hari?
Tahi-tahi tersebut boleh kau gunakan untuk membeli raksaksa yang mahal dan kau boleh berikan raksaksa mahal itu kepada ahli keluarga, sahabat-handai, isteri, suami, makwe, pakwe atau sesiapa sahaja yang mempunyai akaun Facebook.
Untuk memudahkan korang cari raksaksa yang berbayar, cari, sort by >Most expensive.
Sekian.
Selamat mengumpul tahi!
La maƱana debe seguir gris
Beberapa hari lepas , adik aku meminjam sebuah novel bertajuk seperti di atas dari perpustakaan sekolahnya. Belakang novel tersebut bertulis seperti berikut :
Tapi ada beberapa susunan ayat yang menarik perhatian aku, jadi aku nak simpankan ia di sini dan kongsikan bersama kalian.
---
Mendung Hari Esok adalah hasil karya Silva Molina yang diterjemahkan daripada novel berbahasa Sepanyol, La maƱana debe seguir gris. ....(seterusnya aku malas nak salin)
Aku bukan peminat novel tapi muka depan novel ni sangat menarik perhatian aku sebab berwarna kelabu (warna kegemaran aku).Malang sekali, setiap kali aku sedang membaca tak sampai dua muka surat, aku pasti tertidur. Setelah bangun tidur, aku pasti lupa apa yang telah aku baca. Kesudahannya, aku tidak pernah selesai membaca novel itu.
Tapi ada beberapa susunan ayat yang menarik perhatian aku, jadi aku nak simpankan ia di sini dan kongsikan bersama kalian.
---
Dimanakah yang aku boleh pergi untuk nyatakan kebenaran?
Topeng apakah yang aku boleh cabut daripada wajahku untuk periksa kesedihan lantaran daripada apa yang aku bohongi?
Pada muka manakah yang aku boleh buka topengku untuk memeriksa fabrik kehidupanku,
pembalut besar yang menyelubungi diriku?
Malam bagaikan sebuah buku hebat yang tidak dapat dibaca di dalam hutan.
Imaginasi bukanlah selalunya cermin terbaik untuk melihat diri sendiri,
untuk melintasi pantai yang satu lagi,
dan pada masa yang sama berada pada tempat yang selesa,
sambil menepati janji temu dengan pandangan kita.
Esok aku akan lontarkan perkataan yang akan mewujudkan hari berikutnya, terapung-apung di takungan air. Esok aku akan lontarkan perkataan yang akan menjadi rebutan binatang musim sejuk.
Anda boleh berpura-pura yang anda sedang berpura-pura, anda boleh berlakon yang anda adalah anda.
Takdir. Suatu perkataan yang dikeluarkan dari dasar sungai bagaikan seekor ikan, bagaikan pipi di mana arus dapat menangis tanpa disedari oleh tebing.
Malam yang terdapat dikenal pasti dengan cara tertentu, malam yang bukan lanskap, bukan potret, dan bukan lukisan sejarah,
malam yang mampu dinyatakan di dalam bilik di man cinta berputik tanpa mengira harga yang perlu dibayar antara titik berlepas dan suhu kritikal.
Sekarang tubuhmu tahu bagaimana rasanya menjadi tubuhmu, apa maknanya jika kamu menjadi dia; tubuhmu membesar sebesar cintamu, sebesar jiwamu, dan semua kapal yang berlayar dari hatimu kini membawa lampu yang sudah terpadam.
---
---
"Tahniah Silva Molina! Novel kau bertajuk 'La maƱana debe seguir gris' sentiasa buat aku tidur, aku memang ada masalah tidur", kata Amalina.
"No entiendo lo que dices", balas Silva Molina memandang Amalina
Oh! Aku lupa dia orang Sepanyol, biarkanlah dia menikmati hidangan tortilla.
P/S : Bagi aku, selain muka depan dan ayat-ayat yang aku salin di atas, tiada apa lagi yang menarik perhatian aku tentang novel ini..kau tak perlu susah payah mencarinya melainkan kau mahu jadikan koleksi bagi merawat insomia.

17.5.11
Semperna hari semalam
Berikut adalah cubaan imbas kembali bersemperna hari cikguru semalam.
Tadika
Cikgu tadika yang paling aku ingat ialah Cikgu Mai. Tiada memori yang aku ingat tentang dia, yang aku ingat hanya fesyen rambutnya.
--
Darjah 1
Cikgu paling aku ingat ialah Cikgu Siti Salbiah sebab cikgu kelas aku. Aku ingat serangkap pantun yang pernah Cikgu Salbiah bacakan di dalam kelas berbunyi :
Anak itik di tepi pantai,
Mencari makanan tersedut paku,
Kalau adik inginkan pandai,
Rajin-rajinlah baca buku.
(Aku pun tak faham kenapa aku boleh ingat sampai sekarang).
Cikgu kedua aku ingat Cikgu Aida sebab dia cun dan pakai braces (bagi aku orang pakai braces sangat bergaya). Aku ingat aku tertinggal bas sebab tunggu dia habis marah kerana jawapan latihan yang dia beri, aku buat salah semua.
Cikgu ketiga aku ingat ialah Cikgu Nabisah. Aku ingat sebab dia sedara aku. Dia dah meninggal sebab menghidapi barah payudara. Kalau rajin, sedekahkanlah Al-Fatihah untuk dia.
--
Darjah 2
Oh..darjah 2..aku tak ingat seorang pun cikgu.
--
Darjah 3
Cikgu paling aku ingat ialah Teacher Rajbir sebab dia cikgu kelas aku dan aku rasa dia concern pasal aku.
Cikgu kedua aku ingat ialah Cikgu Latifah, cikgu matapelajaran Bahasa Melayu. Aku pernah terserempak dengan cikgu tu dalam bas awam masa hendak ke sekolah, aku tegur dia, lepas turun bas dia belanja aku makan ABC. Masa aku dah masuk sekolah menengah, aku jumpa Cikgu Latifah di pasaraya, aku tegur dia, kemudian dia tarik pipi aku dan pegang dagu aku. Segan kot, aku dah besar, dia buat macam tu di tengah pasaraya, mak aku pun buat muka pelik..mungkin sebab dia ingat aku yang dia kenal masa sekolah rendah dulu.
Cikgu ketiga aku ingat adalah cikgu Matematik aku, tapi aku tak ingat nama dia dan muka dia. Aku ingat dia sebab dia tampar aku sebab dapat markah Matematik paling rendah.
--
Darjah 4
Aku ingat dua cikgu je, cikgu kelas aku Cikgu Suhaida dan Sir Megat.
Cikgu Suhaida setiap pagi makan kuih karipap. Aku ingat cikgu cakap dengan aku pada satu pagi ketika sedang memeriksa karangan aku, "Saya ni hari-hari makan karipap, nanti anak saya keluar muka pun macam karipap jugak " (masa tu Cikgu Suhaida sedang mengandung).
Dalam sebulan lepas aku terjumpa Sir Megat ketika sedang makan Domino bersama kawan-kawan. Aku tegur sir sebelum keluar pintu,dia ingat aku. Sir kata "Dah besar dah sekarang". Sir Megat pernah masuk rancangan Who Want To Be A Millionare, siapa tak ingat kalau cikgu dia yang paling cool masuk televisyen kan..
--
Darjah 5
Darjah 5, aku pindah sekolah lain. Yang pelik, baru beberapa hari aku masuk kelas tu, tiba-tiba aku kena jadi ketua darjah. Cikgu paling aku ingat ialah Cikgu Fadilah sebab kalau dia cubit kat perut macam pulas kepala paip lepas tu tarik ke atas. Dia tak cubit tanpa sebab, dia hanya cubit kalau ada kesalahan bahasa, tatabahasa, susunan ayat dan segala yang berkaitan Bahasa Melayu. Kalau Cikgu Fadilah jumpa blog aku, mesti kena cubit kat perut lagi ni..
--
Darjah 6
Cikgu paling aku ingat Cikgu Bob. Aku paling panas hati dengan cikgu ni tapi cikgu ni antara cikgu paling aku suka dalam hidup aku di alam persekolahan. Cikgu Bob pernah patahkan pensil mekanikal kesayangan aku yang baru aku beli beberapa hari sebelum itu, sebab Cikgu Bob tak suka orang tanya soalan kepadanya dengan membawa pensil mekanikal. Penampar Cikgu Bob pun aku dah pernah rasa, ini menjadi kebiasaan bagi budak lembab otak seperti aku. Aku pernah kena ketuk ketampi beratus kali sampai bengkak otot aku, balik sekolah dah la kena jalan kaki jauh. Cikgu Bob pernah sumbatkan kertas lukisan yang telah dikeromotkan dalam mulut aku sebab aku buat kerja seni, baginya masa lapang di kelas harus digunakan dengan buat latihan Matematik. Petang tu, mulut aku bengkak. Mak aku selalu masak makanan dan berikan kepada Cikgu Bob. Paling aku panas dia kata, " Awak ingat awak bagi saya makanan, awak boleh bodek saya?"..mak aku yang bagi, bukan aku.
Sayang sekali, Matematik aku dapat B masa UPSR, subjek lain boleh pulak dapat A. Mungkin sebab masa tu aku ada simpan marah sikit kat Cikgu Bob dalam hati, tu la tak berkat.
Zaman sekarang ni, cikgu jenis macam Cikgu Bob ni memang dah pupus.
Cikgu Bob simpan lagi gambar-gambar masa darjah 6, siap scan dan tagkan di Facebook. Terharu siot cikgu boleh ingat. Cikgu mengajar ramai murid, tapi masih boleh ingat satu-satu, hebatkan..
Cikgu Bob selalu cakap, "Bukan susah nak susah, bukan senang nak senang".
--
Tingkatan 1
Tak ingat mana-mana cikgu pun.
--
Tingkatan 2
Aku tak ingat nama cikgu tu tapi yang aku ingat aku panggil dia teacher sebab dia ajar English. Aku kejar dia masa dia keluar dari kelas semata-mata nak dapatkan satu markah. Aku dapat 78%, so kalau dia baik hati bagi aku satu markah, aku boleh dapat 80%. Aku pujuk dia gila-gila, akhirnya dia bagi aku markah dengan syarat aku tak bagitahu budak lain sebab ramai budak lain yang dapat 78 % juga. Hahah! Aku memang suka memaksa.
--
Tingkatan 3
Aku pindah sekolah. Sekolah yang aku tak suka, di sekolah ini aku mula menjadi seorang yang racist terhadap kaum Melayu sebab aku mendapat perhatian lebih dari mereka yang berbangsa Cina. Di kelas pula aku duduk bersebelahan seorang India. Aku lebih diterima dalam kalangan mereka berbangsa Cina dan India daripada bangsa Melayu. Seminggu pertama di sekolah tu, aku rehat dengan kumpulan budak Cina sahaja. Di sekolah ni, aku ada seorang kawan Melayu, dia selalu bersama aku tapi kebanyakkan masa dia diam sahaja.
Cikgu paling aku ingat bernama Cikgu Pahizah,cikgu mata pelajaran Bahasa Melayu. Dia pernah hadiahkan aku Apollo sebab dapat Bahasa Melayu tertinggi dalam tingkatan masa peperiksaan pertengahan tahun.
Aku banyak kali terserempak dengan dia di banyak tempat tapi aku tak pernah berani untuk tegur. Aku dah cuba untuk kumpul kekuatan tapi gagal.
--
Tingkatan 4
Aku dah tak racist dah sebab aku masuk ke sekolah berasrama yang semua pelajarnya Melayu yang aku boleh terima pemikirannya.
Aku ingat cikgu Kimia bernama Rosalinda yang warning aku, "Awak jangan tanya soalan bodoh lagi", yang buat aku terus hilang minat kepada kelasnya.
--
Tingkatan 5
Aku tak ingat seorang pun cikgu.
--
Tingakatan 6
Cikgu tingkatan 6 yang paling aku ingat ialah Cikgu Aishah. Cikgu Aishah, cikgu mata pelajaran Ekonomi. Aku faham dia mengajar Ekonomi lebih dari lecturer Prof. Madya yang ajar Ekonomi masa semester dua di universti.
Sepanjang sekolah menengah, aku rasa cikgu-cikgu yang mengajar aku masa tingkatan 6 adalah yang terbaik dalam dunia ini, Cikgu Aishah, Cikgu Anidah,Teacher Vasantha, Cikgu Nik dan Cikgu Norlia.
--
Aku pulak jadi cikgu
Lepas habis STPM sementara tunggu result aku bekerja di tadika sebagai cikgu. Sebenarnya, aku tak suka pun budak-budak, aku mintak kerja di tadika sebab aku gian nak menconteng dan mengecat dinding.
Rupanya best la jugak jadi cikgu ni, macam jadi artis pulak rasa. Kalau aku pergi mana-mana terserempak dengan anak murid mesti jerit "Cikguuu!!". Aku pergi pasar malam, dari jauh anak murid dah nampak mesti, "Cikguu!!!", rasa nak nyorok pun ada. Tapi paling aku rasa tak nak nyorok ialah bila aku pergi pasar malam, dapat makanan free dari murid. Ada anak murid aku dulu, abah dia jual air soya, setiap minggu aku dapat air soya free..hahaha!
Bila hari guru, dapat banyak juga hadiah, biasalah hadiah yang beli di kedai dua ringgit. Tapi aku sebenarnya lebih teruja bila tengok muka diorang yang bersemangat gile bila nak bagi hadiah.
Ahh!Rindu!!
Aku bukan cikgu yang bagus.
Aku pernah cubit budak sampai dia menangis. Hahah!
Aku pernah marah budak sebab berak dalam seluar. Hahah!
--
Universiti
Lecturer pun cikgu juga. Antara lecturer yang bagi impak besar dalam ingat aku ialah Miss Syifa. Aku suka lah dia. Awesome gila!Ultimate coolness!(Cewah!) Masa interview nak masuk U dulu, dialah yang interview aku.hahah!(kenapa aku gelak??)
Lagi seorang lecturer aku ingat sangat ialah Dr. Ngu sebab bagi aku dia mengajar dengan sangat ikhlas. Subjek dia Marketing Research, aku repeat dua kali subjek dia. Aku pelajar yang teruk tapi dia guru yang bagus.
Kepada semua insan yang pernah mengajar aku walaupun mengajar benda kecil, anda juga cikgu. Kau yang menulis blog buat aku belajar sesuatu tentang hidup, kau juga cikgu.
Terima kasih, cikgu!
P/S : Bila aku tulis balik dari tadika sampai masuk universiti, rasa macam tengok time frame pulak..cepat betul masa berlari. wow!
Prune
Dulu masa aku masih kanak-kanak, mak aku selalu beli buah prune. Disebabkan mak aku selalu beli, jadi aku selalu makan. Sekarang ni, apabila dewasa, aku mula menyesal kerana memakan buah prune dalam kuantiti yang banyak pada suatu ketika dahulu.
Kes 1
Situasi : Amalina ingin menonton Resident Evil seorang diri.
Di kaunter tiket, penjual tiket bertanya dengan muka taik, " You dah over 18 ke?"
"Dah", aku jawab.
Selamat dia tak minta kad pengenalan, kalau mintak aku memang rasa taik giler.
---
Kes 2
Situasi : Berjalan-jalan, ada booth WWF di tepi lorong, kempen bagi mengumpul dana menyelamatkan hidupan yang hampir pupus. Aku pergi untuk mendapatkan sticker kereta WWF.
Kakak WWF tu tanya, "Adik ni baru lepas SPM yek?"
"Taklah, saya kerja dekat ******", balas aku.
Kakak WWF tu tanya lagi, "Yeke? eh!umur berape?"
"24", balas aku.
Kakak WWF lagi seorang tanya "Yeke?Tak cayalah..tengok IC"
---
Kes 3
Aku pergi CC. Setelah duduk 15 minit, aku keluar. Aku berdiri di kaunter pembayaran.
Pekerja CC tu bertanya, "Dah habis sekolah?"
"Huh?Dah",balas aku.
"Tengah buat apa sekarang?",tanya pekerja CC tu lagi.
"Cari kerja",balas aku.
"SPM dapat berapa?", tanya pekerja CC tu lagi.
"Ntah, tak ingat, dah lama habis",balas aku.
"Umur you berapa?", tanya pekerja CC tu lagi.
"24", balas aku.
"Serius, muka you macam baru lepas SPM", balas pekerja CC tu dengan muka terkejut.
---
Dan lain-lain kes yang menjengkelkan.
Jujur aku cakap, kadang-kadang aku rasa seperti kredibiliti aku dipertikaikan.
--
Mengapa mereka beranggapan begini? Mari kita kaji satu persatu.
i ) Saiz dan tinggi.
Dari segi saiz, aku tak rasa aku tergolong dalam saiz budak sekolah kerana aku tinggi dan besar macam raksaksa.
ii ) Cara berpakaian
Pada kes 1, aku keluar memakai baju tshirt dengan gambar raksaksa di depan, kau boleh kata sebab pemakaian aku yang buat si penjual tiket ragu-ragu tentang umur aku. Tapi aku meraguinya kes 1 setelah kes 2, kerana pada kes 2 aku memakai baju kurung dan kasut tumit tinggi. Serius, dengan make up 12 inci, aku dah nampak elegen habis. Secara logiknya,umur bukan keraguan yang sepatutnya berlaku (Sepatutnya yang lebih meragukan adalah Amalina cuba nak impress siapa?)
iii) Suara
Agak mustahil, ia berkaitan dengan suara kerana pada kes 3, sebelum pekerja CC mula bertanya, aku senyap macam raksaksa sahaja.
iv) Muka
Muka biasa la,yang kelihatan seperti raksaksa. Kau ingat aku nak buat muka bajet comel kembangkan pipi, bulatkan mata,sambil buat tangan peace macam budak sekolah?!Taik btol!!
Kesimpulannya, kajian menunjukkan prune mengandungi kandungan antioksida yang tinggi dimana ia dapat menentang tanda-tanda penuaan. Disebabkan aku dah makan terlampau banyak prune semasa kecil, jadi aku nampak muda lebih kurang enam tahun dari usia sebenar(bajet giler!). Kalau nak jadi macam aku, makanlah prune.
Sekian, makan prune untuk kelihatan muda!
--
Berikut adalah petikan soal jawab di antara Amalina dan paparazi ketika dia ditangkap membeli sepeket prune kering di sebuah pasaraya terkemuka di dunia ini.
Paparazi : Tadi kau kata kau menyesal makan prune, sekarang kau suruh orang makan prune?
Amalina : Entahlah, aku tak tahu. Aku konfius ar..aku mengalami krisis pertengahan usia.
Paparazi : Kau ada duit tak nak bayar sepeket prune tu?
Amalina : Aku rasa aku patut bersyukur diberi nikmat nampak muda walaupun tak diberi nikmat nampak jelita.
Paparazi : Prune otak dia!!Cakap pun merapu macam orang tak matang patut ar nampak cam budak-budak!
(sambil pergi meninggalkan Amalina yang sedang mengira duit syiling di atas lantai sambil memegang sepeket prune).

15.5.11
Rasa macam ape ntah!
Dulu aku tak makan kobis,
Bila orang tanya, "Kenapa tak makan kobis?"
Aku jawab, "Sebab rasa dia macam kain buruk".
Orang tanya lagi, "Kau pernah makan kain buruk ke?"
--
Dulu aku tak makan taugeh,
Bila orang tanya, "Kenapa tak makan taugeh?"
Aku jawab, "Sebab rasa dia macam kain buruk dicarik-carik".
Orang tanya lagi, "Kau pernah makan kain buruk dicarik-carik ke?"
--
Dulu aku tak makan sotong,
Bila orang tanya, "Kenapa tak makan sotong?"
Aku jawab, "Sebab rasa dia macam tayar kereta Tamiya".
Orang tanya lagi, "Kau pernah makan tayar kereta Tamiya ke?"
--
Dulu aku tak makan kerang,
Bila orang tanya, "Kenapa tak makan kerang?"
Aku jawab, "Sebab rasa dia macam tayar kereta Tamiya kena lumpur".
Orang tanya lagi, "Kau pernah makan tayar kereta Tamiya kena lumpur ke?"
--
Dulu aku tak makan rumpai laut kering,
Bila orang tanya, "Kenapa tak makan rumpai laut kering?"
Aku jawab, "Sebab rasa dia macam plastik sampah".
Orang tanya lagi, "Kau pernah makan plastik sampah ke?"
--
Beberapa hari lepas (merujuk pada post ini), aku cerita pasal aku hampir makan nasi lemak yang rasa macam kain buruk yang aku suspek ianya sepender.
Ada orang tanya "Kau pernah makan sepender ke?"
--
Pada 10 Mei yang lalu aku baca sebuah artikel bertajuk 'Kopi gaya Paris' di dalam surat khabar tabloid Kosmo!.
Ada satu perenggan yang menarik perhatian aku bertulis seperti berikut :
"Kebanyakan kopi memiliki perisa seperti air kencing kucing", kata seorang barista dan penuntut seni dari Kanada, Britney Bachman.
Aku rasa macam nak tanya dia, "Kau pernah minum kencing kucing ke?"
--
Pada 13 Mei yang lalu, aku membeli char kuey tiaw yang rasanya macam sampah. Aku rasa penjual char kuey tiaw tu sampah giler sebab tanpa segan silu tulis perkataan 'Char Kuey Tiaw'. Sepatutnya dia tulis, 'Sampah' atau 'Char Kuey Tiaw Sampah' atau 'Sampah Char Kuey Tiaw' atau 'Kuey Tiaw Char Sampah' atau 'Tiaw Char Sampah Kuey' atau 'Tiaw tiaw Sampah' atau 'Sampah Sampah Sampah' atau 'Sampah sampah sampah sampah'.
Pada 14 Mei yang lalu, aku menyapukan madu pada sekeping roti untuk santapan pagi. Sambil membaca botol bertulis 'Madu Tualang 100 % Asli', aku menyuapkan suapan pertama roti disapu madu ke dalam mulut. Tiba-tiba, bunyi kedamaian pagi aku tercemar. Madu tu rasa macam makan perfume bauan ros. Suapan kedua dan seterusnya aku berikan kepada plastik berisi sampah supaya plastik itu lebih wangi.
Kesimpulanya, rasa sesuatu makanan juga boleh diinterpretasikan berdasarkan baunya. Tanpa kita sedar atau tidak, sebenarnya kelima-lima deria kita bekerjasama sesama sendiri. Tapi jangan terlalu percayakan deria yang lain sebelum betul-betul merasainya. Bedasarkan kajian aku(ceh!aku buat kajian), biskut raya yang buruk selalunya sedap manakala biskut raya yang cantik selalunya tak sedap. Mungkin dipengaruhi hal ini, orang yang terlampau menarik perhatian mata adalah bukan citarasa aku.
--
Kalau kau nak terus baca kau kena amik feel dengan dengar lagu ni, kalau kau tak nak, aku pun tak kesah.
Amalina, kenapa kau tak post apa-apa pun selama beberapa hari ni?
Beberapa hari ni aku tak post apa-apa sebab aku telah dipakaikan dengan baju putih yang buat aku peluk diri sendiri, sehingga getah rambut aku terjatuh pun tak dapat aku ambil dan ikatkan balik menjadikan rambut aku mengerbang dan seribai. Aku disumbatkan dalam bilik berdinding dan berlantai lembut sehingga buat aku rasa hendak menghempaskan badan ke dinding sepanjang masa.
Amalina, habis tu macam mana kau boleh dilepaskan?
Mereka melakukan bermacam-macam ujikaji ke atas aku bagaikan aku adalah tikus makmal. Pada satu eksperimen iaitu aku dikehendaki mencedukkan bergayung-gayung air ke dalam sebuah baldi yang bocor, tiba-tiba aku berhenti dan bertanya , "Kenapa aku perlu buat benda bodoh ni?". Mereka telah sebulat suara melepaskan aku di atas keputusan eksperimen yang menunjukkan yang aku sangat-sangat normal.
9.5.11
Untuk siapa?
Situasi : Keluar membeli-belah.
Fifi (bukan nama sebenar) : Lagi nak beli ape yek?
Aku : Beli lah Veet (cadangan yang aku sebab aku tahu bulu kakinya macam rimba dan memandangkan kami berada berhadapan rak terletaknya pelbagai jenama pembuang bulu)
Fifi (bukan nama sebenar) : Alaa..tak payah lah bukan ada suami pun nak tengok.
Aku : Erk?!!(buat muka judgemental)Ada husband baru nak buat yek?
Fifi (bukan nama sebenar) : A'aa..(muka tak bersalah)
Aku tak berapa faham ada orang yang berfikiran sebegini, kenapa perlu buat sesuatu untuk orang lain. Kenapa tak boleh sayang dan jaga diri sendiri kalau tiada orang lain?
Aku boleh terima kalau orang bagi alasan berbunyi seperti :
"Aku tidak percaya yang aku perlu buang sesuatu yang semulajadi keluar dari badan aku untuk mencapai definisi cantik yang diterima masyarakat"
atau jawapan ringkas seperti :
"Aku tak rasa aku perlukan itu"
Macam kau pura-pura sembahyang sebab kau nak tunjuk kat mak abah kau yang kau sembahyang.
Mungkin fikiran kau terlalu sempit ketika itu sampai kau tak sedar yang sebenarnya sembahyang tu kau buat untuk diri kau, bekalan rohani kau, bekalan kau di alam lain yang kau akan hadapi sorang-sorang bila tiba masanya nanti.
Kau urban ke tak urban, suatu hari nanti kau mati jugak!
So, takyah nak pakai hotpant sangat!
Takyah kau nak urban 'fashionista' gay sangat!
Kau urban ke tak urban, suatu hari nanti kau mati jugak!
So, takyah nak pakai hotpant sangat!
Takyah kau nak urban 'fashionista' gay sangat!
Roomate aku dulu selalu gaduh dengan bf dia, nangis-nangis sampai tak makan.
Aduhai...seksa betul aku tengok, makan je lah kan..daripada menangis.
Kalau dia sayang diri sendiri lebih dari dia sayang bf dia, mesti dia dah makan.
Hari tu ada video tersebar pasal ada minah ni nak terjun KB Mall.
Masa tu sibuk la orang komen dan post status kat Facebook yang minah ni takde agama lah,banggang lah, itulah, inilah..semua complaint dan celakakan minah tu macam hidup diorang perfect giler.
Aku bercerita dengan kawan aku tentang ini.
Kawan aku melontarkan persoalan "Diorang tu semua tak pernah rasa nak bunuh diri ke?"
Aku bersetuju, sejujurnya, aku sendiri pun pernah rasa nak bunuh diri.
Kau tak pernah?Mesti life kau perfect giler kan?(Muka kagum kehanjingan)
Walaupun aku pernah rasa yang bukan-bukan tak bermakna life aku teruk sangat pun, bukan juga aku tak sayang diri aku. Biasalah hidup ada turun naik, emosi pun adakalanya tak stabil.
Tapi kalau semua benda asyik nak complaint je, panas gak telinga ni dengar.
Chill sudah..(dia ni memang bajet cool je padahal serabut.sampah je kot)
Yang kau poyo-poyo sangat, sebenarnya kau nak impress siapa??

Kesimpulannya :
Sayang diri kau secara fizikal, sayang diri kau secara rohani, sayang diri kau secara emosi.
Bukan sebab orang lain, bukan sebab orang lain, bukan sebab orang lain.
Pesanan khidmat masyarakat :
Sayangi diri kau lebih dari kau sayang orang lain supaya kau tak rasa bodoh sangat satu hari nanti.
Walaupun topik ni agak serius, kau jangan tertekan sangat.
Nah lagu!Enjoy!
Jaga diri kau!kau!kau!kau!kau!kau!kau!kau!kau!kau! dan kau yang pandang belakang tu!ya!kau!
Walaupun topik ni agak serius, kau jangan tertekan sangat.
Nah lagu!Enjoy!
Jaga diri kau!kau!kau!kau!kau!kau!kau!kau!kau!kau! dan kau yang pandang belakang tu!ya!kau!

Keputusan Pemenang Contest Nasi Lemak Sepender
Baiklah menjelang hari petang setelah nasi lemak sepende itu agak basi, maka aku menutup penyertaan bagi Contest Nasi Lemak Sepender.
Setelah aku hakimi dengan adil dan bijaksana, aku dapati tiada peserta yang layak menang.
Jawapan yang aku cari bukan jenama sepender itu tetapi teguran berbunyi :
Kau ni pandai-pandai je Amalina, kau confirm ke mak cik tu letak sepender??
Tak elok fitnah wey..
atau apa sahaja susunan ayat yang seerti dengannya.
Maka, disedari semua yang terlibat dalam contest yang anjurkan turut mendapat dosa kerana memfitnah penjual nasi lemak itu tanpa usul periksa.
Ini adalah contest paling dilaknat dalam sejarah belog di Malaysia.(bajet)

Contest Nasi Lemak Sepender
Aku bangun pagi siap wangi-wangi lagi, aku turun bawah.
Wah!Ada nasi lemak atas meja.
Aku pun gelojoh membuka bungkusan nasi lemak tersebut.
Kejap.
Aku bangun pergi ambil air di dapur.
Aku datang balik menghadap nasi lemak yang sedia terbuka itu.
Dalam hati aku berkata, "Macam kenal je rupa nasi lemak ni.."
Aku memasukkan suapan pertama ke dalam mulut.
Baru sahaja masuk, terus aku keluarkan.
Aku kenal sangat rasa ni.
Flashback beberapa minggu lepas..
Bungkusan nasi lemak sama berada di atas meja sewaktu aku turun untuk bersarapan pagi.
Pada suapan pertama, alarm tunas-tunas rasa pada lidah aku menggera.
"Mak, kenapa rasa nasi lemak ni pelik?", tanya aku kepada mak sambil memaksa diri menelan suapan itu.
"Entah la..mak rasa macam dia letak kain, jangan makanlah..", balas mak aku.
"Ina rasa macam dia letak ubat gegat campur kain", aku melontarkan pendapat dalam atmosfera pagi itu.
Abah aku datang, mak aku bersuara, "Abang, lain kali jangan beli nasi lemak ni lagi, rasa dia lain macam".
Dalam fikiran aku teringat kawan aku beritahu kat Kedah, ada peniaga yang mahu lariskan jualan, diorang campur sepender dalam masakan.
Aku tahan diri untuk muntah sebab aku dah makan beberapa jenis buah-buahan selepas itu, kalau aku muntahkan nanti buah tu tak sempat nak bekalkan vitamin berkhasiat kepada sistem aku.
Berbalik kepada cerita hari ni..
Aku pergi buang nasi lemak yang telah aku masukkan ke dalam mulut sebentar tadi.
Aku makan Nestum saja.
Persoalannya kenapa abah aku beli lagi nasi lemak tu?Santau?
Aku bagi kucing aku makan nasi lemak sepender tu, kalau esok kucing aku pergi beli nasi lemak tu, confirm santau.
Baik, sekarang ni aku nak buat contest, memandangkan ada lagi dua bungkus nasi lemak yang tak terusik jadi aku decide nak berikan kepada siapa-siapa yang dapat jawab soalan di bawah.
Senang je contest ni, takyah letak banner kat tepi, takyah tag-tag orang.
Soalan : Apakah jenama sepender yang digaul bersama sambal nasi lemak tersebut?
Siapa yang berniaga tapi buat kerja kotor-kotor memang cilaka!
Kalau depan mata aku nampak, aku paksa kau makan taik aku!

Langgan:
Catatan (Atom)