Banyak benda yang kita tak suka yang semakin datang kepada kita.
Sebab kita lebih sibuk memikirkan benda-benda yang kita tak suka berbanding yang kita suka.
Contohnya, dalam sebuah ruang yang berdinding hijau terang dan terdapat pasu berwarna merah.
Disebabkan bencinya Amalina terhadap warna hijau terang, dia lebih fokus terhadap rasa jengkelnya dinding tersebut menyebabkan dia hilang minat terhadap ruang tersebut walaupun pada hakikatnya sebenarnya dia sukakan pasu merah pada ruang tersebut. Ia bukan berkaitan besar atau kecil sesuatu itu.
Macam dalam life pun, kebanyakkan masa kita lebih banyak komplen benda-benda yang kita tidak puas hati tentang sesuatu.
Kerana lebih fokus kepada segala benda yang boleh dikomplen.
Tak habis-habis, komplen.
Sebab tu la semakin banyak benda yang tak disukai datang kepada kita.
Bagi aku, fokus harus ditukar kepada apa yang membuatkan jiwa gembira.
Aku tak tahu kalau ada yang merasakan komplen tentang ketidakpuashatian tentang hidup dan komplen tentang orang lain boleh membuatkan jiwa gembira.
Adalah lebih baik fokus pada benda-benda dan perkara-perkara yang buat kita lebih bersyukur.
Macam...bersyukur kau takde jangkitan tulang belakang sampai kau tak boleh bergerak lansung.
Bersyukur kau masih ada kedua ibu bapa.
Bersyukur kau masih hidup.
*Komplen dalam bahasa kasarnya disebut mengutuk/mengadu.
Stop complaining and you'll feel better.
Even people who hear you complaining also don't feel good about you.
Sorry kalau aku blah masa kau tengah komplen sebab aku malas nak dengar, ia seperti kau sedang salurkan aura negatif pada aku.
---
Aku rasa perkataan sibuk/busy tidak patut wujud dalam dunia ini atau dunia lain sekali pun.
Ia bukan tentang busy, ia sebenarnya tentang fokus.
Macam kalau bf kau kata, "Babe, i tengah kerja ni, i busy" maksud dia sebenarnya, "Babe, fokus i sekarang adalah kerja".
---
*Fokus - tumpuan kepada sesuatu.
Mood : Rasional
Aku bercadang nak luaskan fokus aku.
Aku tak pasti aku mampu ke tak..aku agak takot untuk ke depan.
---
Pagi tadi aku pergi call sesuatu yang aku belum pasti bertanyakan patut ke aku cancelkan sesuatu yang aku dah pasti. Lepas aku call, aku rasa menyesal sebab aku tanya. Rasa macam bodoh. Ok, jangan salah sangka, ini bukan tentang hubungan istimewa sesama manusia, ia tentang sesuatu yang membawa keuntungan.
---
Fokus!
Terima kasih keluarga dan kawan-kawan yang sentiasa ada dengan aku walaupun aku selalu hilang fokus pada mereka.
ok. aku support kau thru blog, facebook dan twitter amalina. *semangat*
BalasPadamnveil, terima kasih.(aku memang maksudnya)
BalasPadamini memang benda besar.
BalasPadamaku gemarlah cara kau berfikir. macam aku yg dulu pun ade. dah sah kau pun gila macam aku.
BalasPadamries lee, fikiran aku gemar mencarut tak macam yang kau fikirkan. apa yang aku tulis telah ditapis oleh lembaga penapisan.
BalasPadam"aku tak gila!!aku tak gila!!",berbogel sambil berlari menjerit-jerit.
memang besar, lagi besar dari perut kucing aku yang tengah mengandung tu.