Mendung Hari Esok adalah hasil karya Silva Molina yang diterjemahkan daripada novel berbahasa Sepanyol, La mañana debe seguir gris. ....(seterusnya aku malas nak salin)
Aku bukan peminat novel tapi muka depan novel ni sangat menarik perhatian aku sebab berwarna kelabu (warna kegemaran aku).Malang sekali, setiap kali aku sedang membaca tak sampai dua muka surat, aku pasti tertidur. Setelah bangun tidur, aku pasti lupa apa yang telah aku baca. Kesudahannya, aku tidak pernah selesai membaca novel itu.
Tapi ada beberapa susunan ayat yang menarik perhatian aku, jadi aku nak simpankan ia di sini dan kongsikan bersama kalian.
---
Dimanakah yang aku boleh pergi untuk nyatakan kebenaran?
Topeng apakah yang aku boleh cabut daripada wajahku untuk periksa kesedihan lantaran daripada apa yang aku bohongi?
Pada muka manakah yang aku boleh buka topengku untuk memeriksa fabrik kehidupanku,
pembalut besar yang menyelubungi diriku?
Malam bagaikan sebuah buku hebat yang tidak dapat dibaca di dalam hutan.
Imaginasi bukanlah selalunya cermin terbaik untuk melihat diri sendiri,
untuk melintasi pantai yang satu lagi,
dan pada masa yang sama berada pada tempat yang selesa,
sambil menepati janji temu dengan pandangan kita.
Esok aku akan lontarkan perkataan yang akan mewujudkan hari berikutnya, terapung-apung di takungan air. Esok aku akan lontarkan perkataan yang akan menjadi rebutan binatang musim sejuk.
Anda boleh berpura-pura yang anda sedang berpura-pura, anda boleh berlakon yang anda adalah anda.
Takdir. Suatu perkataan yang dikeluarkan dari dasar sungai bagaikan seekor ikan, bagaikan pipi di mana arus dapat menangis tanpa disedari oleh tebing.
Malam yang terdapat dikenal pasti dengan cara tertentu, malam yang bukan lanskap, bukan potret, dan bukan lukisan sejarah,
malam yang mampu dinyatakan di dalam bilik di man cinta berputik tanpa mengira harga yang perlu dibayar antara titik berlepas dan suhu kritikal.
Sekarang tubuhmu tahu bagaimana rasanya menjadi tubuhmu, apa maknanya jika kamu menjadi dia; tubuhmu membesar sebesar cintamu, sebesar jiwamu, dan semua kapal yang berlayar dari hatimu kini membawa lampu yang sudah terpadam.
---
---
"Tahniah Silva Molina! Novel kau bertajuk 'La mañana debe seguir gris' sentiasa buat aku tidur, aku memang ada masalah tidur", kata Amalina.
"No entiendo lo que dices", balas Silva Molina memandang Amalina
Oh! Aku lupa dia orang Sepanyol, biarkanlah dia menikmati hidangan tortilla.
P/S : Bagi aku, selain muka depan dan ayat-ayat yang aku salin di atas, tiada apa lagi yang menarik perhatian aku tentang novel ini..kau tak perlu susah payah mencarinya melainkan kau mahu jadikan koleksi bagi merawat insomia.
"No entiendo lo que dices", balas Silva Molina memandang Amalina
Oh! Aku lupa dia orang Sepanyol, biarkanlah dia menikmati hidangan tortilla.
P/S : Bagi aku, selain muka depan dan ayat-ayat yang aku salin di atas, tiada apa lagi yang menarik perhatian aku tentang novel ini..kau tak perlu susah payah mencarinya melainkan kau mahu jadikan koleksi bagi merawat insomia.


aku rasa tukang translate tu puitis sangat. =/
BalasPadamNama kamu warnawarni kat header tu , font apa?
BalasPadamnovel lucah. aku dah teransang. ah sudah.
BalasPadamnveil, sebab tu aku tidur.
BalasPadamuncle gedik,font shifty chica two.
kepala manchisssss, manede lucah..kau ni cepat teransang.
lagi baik aku kasik hadap baca Sehijau Warna Daun. Ini sampah apa cerita tebing sama ikan? tengah cerita tebing,malam pula kasik naik. 50-50 aku buku kaw baca nih
BalasPadamnovel luar negeri yang diterjemaah dengan baik sangat hebat dengan penggunaan kata-katanya,seperti busur melepaskan panah dan tepat ke dada.
BalasPadamaku berharap aku punya koleksi yang banyak.
headmaster, jiwa seni kau lebih mati dari aku.haha!
BalasPadamghost writer,patut la penulisan kau hebat.