Aku bukan siapa-siapa tapi laki dalam video bawah ni buat aku sedar yang aku kena kongsi mimpi aku sebab ia melibatkan kepentingan negara dan rakyat.
Tadi aku tidur, aku mimpi sejenis makanan yang nampak sedap sangat lebih kurang macam kebab bentuknya. Aku nak suapkan dalam mulut, aku nganga mulut. Tiba-tiba aku terjaga dan aku tersedar yang aku betul-betul sedang nganga mulut.
Aku sedang tidur lagi, aku mimpi seorang berkata kepada aku, "Kau kena derma buah pinggang pada dia!" (dengan nada memaksa). Aku terjaga dan pada masa yang sama dialog drama dalam television berbunyi.."Dia perlukan buah pinggang".
Aku sedang tidur lagi, aku mimpi aku berlari di padang. Tiba-tiba ada lubang kecil, aku terjatuh. Aku terjaga dari tidur, badan aku bergerak seperti aku betul-betul terjatuh.
Dia ni memang confident sial dengan mimpi dia.
Aku tak pernah bangun tidur dan confident gila dengan mimpi aku macam ni.
HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAH!
Kau percaya tak kalau aku bagitahu masa kecil dulu aku boleh tukar-tukar mimpi aku macam tukar channel television?
Betul, aku pusing kiri aku mimpi lain, pusing kanan mimpi lain dan aku tak pusing(pandang depan) mimpi lain.
HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAH!
P/S : Sebab perkara sebeginilah huruf H dan A pada papan kekunci mengalami tekanan perasaan.


kalau kaw mimpi tengah hujan,maksudnya kaw bangun,kaw basah.Yes!betol!
BalasPadamaku pernah mimpi ada dalam toilet. ya sedang sedap membuat gaya itu. ya yang itulah. terus . . . nasib baik aku sedar awal sikit. terus aku ke toilet.
BalasPadamaku bet huruf H & A kat ketboard kau kena renjatan perasaan.
BalasPadambapak la aktif,mmpi boley tukar2 chanel...
aku bet lg skali,yg kau ni tdo lasak..bhahahahhaa
politikus semata!
BalasPadamsemua sama tak ada beda.keliru sana keliru sini.propaganda.
tak ada satu pun y boleh di percaya.samada pihak sana mahu pun pihak sini.
aku pernah alami mimpi dalam mimpi sebanyak lima kali. ni dah mengalahkan mimpi dalam movie Inception yang boleh tiga kali jer alami mimpi dalam mimpi.
BalasPadamMamat ni tak cukop kasih sayang dalam jiwa dia....
BalasPadammiahahahahaha.. mihahahahahaha... huhu.. miahahahahaha
BalasPadamaku pulak pasif dalam dunia mimpi. punyalah susah nak mimpi. kalau mimpi pon kena gigit semut. pastu tgk ada kesan gigit semut. aku syak ni bukan mimpi. mesti betul. haha
BalasPadamterubat hati yg tgh stress ni baca mimpi mcm ni.
BalasPadamaku boleh control mimpi aku weh.
kalau aku xske jalan cerita, aku p ubah mcm yg aku nk.
aku tatau mcm mana aku boleh buat benda cmthu.
ini serious.
ohdem! T___T
headmaster,ha' tu tipu.
BalasPadamnveil,aku rasa ada ramai yang pernah mengalami situasi sama dengan kau, aku termasuk.
vampire's lovex,kau bet sume btol. kalau kau bet duit ni, kau mesti dah kaya dari donald trump.
pembunuh tanpa bayang, ahahhah!, aku pun kau tak nak percaya jugak?
ries lee, kau saje nak buat aku kagum ngan kau kan..ishh.
uncle gedek, saya juga sependapat dengan anda.
khairul hakimin,haha!
suha, sebab kau comel.
fzaIbrahim, wow!patut la suara kau sedap..
kah kah...maksum gila laknat...kah kah kah
BalasPadamaku penah typo.. tny akmal.. haha dari haha dsbbkn nk cepat jadi
BalasPadamjsjsjsjsjs (sila liht kedudukan j&s di keyboard anda sekarang)
:p
kepala mancis, bahasa kau tinggi sangat.aku tak faham.
BalasPadamsarah.ok, bersebelahan.
weit, mana ada tinggi cik amalina benda kecil...tuh, video tuh...membacking pemimpin macam seorang yg maksum..tu je..
BalasPadamnway, post2 kau tersangat aku admire kan kerna keterperincian pelbagai aspek kecil yang telah kau ambil perhatikan..nice, and keep movin forward..
oowh, aku buta untuk nampak dia membackup mana-mana pemimpin, aku nampak dia sedang menghanjing secara tersembunyi.
BalasPadamermm, mekasay..tapi aku rasa penulisan kau luar biasa.
8 tahun dulu aku ada mimpi "bijan" tu ada tanduk dan bersayap. matanya merah menyala. santapan dia seorang perempuan mongolia dicarik-carik sehingga jadi cebisan.
BalasPadamaku masih confident lagi dengan mimpi itu kehkehkeh.
hahahahahah!mimpi kau lagi lawak!rugi dulu kau tak record video macam laki ni, kalau tak mesti kau terkenal.
BalasPadam