Wah!Ada nasi lemak atas meja.
Aku pun gelojoh membuka bungkusan nasi lemak tersebut.
Kejap.
Aku bangun pergi ambil air di dapur.
Aku datang balik menghadap nasi lemak yang sedia terbuka itu.
Dalam hati aku berkata, "Macam kenal je rupa nasi lemak ni.."
Aku memasukkan suapan pertama ke dalam mulut.
Baru sahaja masuk, terus aku keluarkan.
Aku kenal sangat rasa ni.
Flashback beberapa minggu lepas..
Bungkusan nasi lemak sama berada di atas meja sewaktu aku turun untuk bersarapan pagi.
Pada suapan pertama, alarm tunas-tunas rasa pada lidah aku menggera.
"Mak, kenapa rasa nasi lemak ni pelik?", tanya aku kepada mak sambil memaksa diri menelan suapan itu.
"Entah la..mak rasa macam dia letak kain, jangan makanlah..", balas mak aku.
"Ina rasa macam dia letak ubat gegat campur kain", aku melontarkan pendapat dalam atmosfera pagi itu.
Abah aku datang, mak aku bersuara, "Abang, lain kali jangan beli nasi lemak ni lagi, rasa dia lain macam".
Dalam fikiran aku teringat kawan aku beritahu kat Kedah, ada peniaga yang mahu lariskan jualan, diorang campur sepender dalam masakan.
Aku tahan diri untuk muntah sebab aku dah makan beberapa jenis buah-buahan selepas itu, kalau aku muntahkan nanti buah tu tak sempat nak bekalkan vitamin berkhasiat kepada sistem aku.
Berbalik kepada cerita hari ni..
Aku pergi buang nasi lemak yang telah aku masukkan ke dalam mulut sebentar tadi.
Aku makan Nestum saja.
Persoalannya kenapa abah aku beli lagi nasi lemak tu?Santau?
Aku bagi kucing aku makan nasi lemak sepender tu, kalau esok kucing aku pergi beli nasi lemak tu, confirm santau.
Baik, sekarang ni aku nak buat contest, memandangkan ada lagi dua bungkus nasi lemak yang tak terusik jadi aku decide nak berikan kepada siapa-siapa yang dapat jawab soalan di bawah.
Senang je contest ni, takyah letak banner kat tepi, takyah tag-tag orang.
Soalan : Apakah jenama sepender yang digaul bersama sambal nasi lemak tersebut?
Siapa yang berniaga tapi buat kerja kotor-kotor memang cilaka!
Kalau depan mata aku nampak, aku paksa kau makan taik aku!
pierre cardin
BalasPadamerr.. err..
BalasPadambundle punya kot! T__T
fzaibrahim, bundle pun perlu ada jenama.cuba lagi..
BalasPadamscuba
BalasPadamish... biar btul.. ada juga org buat keje cam ni.. uat aku tak lalu nak makan je..
BalasPadamaku taknak join. tak lalu le aku nak gi tengok spender makcik tu jenama apa. eww.
BalasPadamfirst aku nak tanya kaw balik:
BalasPadamkaw pernah rasa ke kain tuh camna rasa dia?
second, aku nak jawab:
Spender brand Hua Xuang rm5 sekotak
haha!macam dulu aku tak makan taugee, aku kata rasa taugee macam kain buruk dicarik-carik.
BalasPadammak aku tanya, aku pernah ke makan kain buruk dicarik-carik?
hahah!mesti ar tak tapi aku tak tau cane aku tau rasa die.
rasa nasi lemak mak cik KHS ag best! iyakah???
BalasPadamnasi lemak makcik KHS boleh telan lagi..yang ni tak bley telan lansung..
BalasPadam