Bila orang tanya, "Kenapa tak makan kobis?"
Aku jawab, "Sebab rasa dia macam kain buruk".
Orang tanya lagi, "Kau pernah makan kain buruk ke?"
--
Dulu aku tak makan taugeh,
Bila orang tanya, "Kenapa tak makan taugeh?"
Aku jawab, "Sebab rasa dia macam kain buruk dicarik-carik".
Orang tanya lagi, "Kau pernah makan kain buruk dicarik-carik ke?"
--
Dulu aku tak makan sotong,
Bila orang tanya, "Kenapa tak makan sotong?"
Aku jawab, "Sebab rasa dia macam tayar kereta Tamiya".
Orang tanya lagi, "Kau pernah makan tayar kereta Tamiya ke?"
--
Dulu aku tak makan kerang,
Bila orang tanya, "Kenapa tak makan kerang?"
Aku jawab, "Sebab rasa dia macam tayar kereta Tamiya kena lumpur".
Orang tanya lagi, "Kau pernah makan tayar kereta Tamiya kena lumpur ke?"
--
Dulu aku tak makan rumpai laut kering,
Bila orang tanya, "Kenapa tak makan rumpai laut kering?"
Aku jawab, "Sebab rasa dia macam plastik sampah".
Orang tanya lagi, "Kau pernah makan plastik sampah ke?"
--
Beberapa hari lepas (merujuk pada post ini), aku cerita pasal aku hampir makan nasi lemak yang rasa macam kain buruk yang aku suspek ianya sepender.
Ada orang tanya "Kau pernah makan sepender ke?"
--
Pada 10 Mei yang lalu aku baca sebuah artikel bertajuk 'Kopi gaya Paris' di dalam surat khabar tabloid Kosmo!.
Ada satu perenggan yang menarik perhatian aku bertulis seperti berikut :
"Kebanyakan kopi memiliki perisa seperti air kencing kucing", kata seorang barista dan penuntut seni dari Kanada, Britney Bachman.
Aku rasa macam nak tanya dia, "Kau pernah minum kencing kucing ke?"
--
Pada 13 Mei yang lalu, aku membeli char kuey tiaw yang rasanya macam sampah. Aku rasa penjual char kuey tiaw tu sampah giler sebab tanpa segan silu tulis perkataan 'Char Kuey Tiaw'. Sepatutnya dia tulis, 'Sampah' atau 'Char Kuey Tiaw Sampah' atau 'Sampah Char Kuey Tiaw' atau 'Kuey Tiaw Char Sampah' atau 'Tiaw Char Sampah Kuey' atau 'Tiaw tiaw Sampah' atau 'Sampah Sampah Sampah' atau 'Sampah sampah sampah sampah'.
Pada 14 Mei yang lalu, aku menyapukan madu pada sekeping roti untuk santapan pagi. Sambil membaca botol bertulis 'Madu Tualang 100 % Asli', aku menyuapkan suapan pertama roti disapu madu ke dalam mulut. Tiba-tiba, bunyi kedamaian pagi aku tercemar. Madu tu rasa macam makan perfume bauan ros. Suapan kedua dan seterusnya aku berikan kepada plastik berisi sampah supaya plastik itu lebih wangi.
Kesimpulanya, rasa sesuatu makanan juga boleh diinterpretasikan berdasarkan baunya. Tanpa kita sedar atau tidak, sebenarnya kelima-lima deria kita bekerjasama sesama sendiri. Tapi jangan terlalu percayakan deria yang lain sebelum betul-betul merasainya. Bedasarkan kajian aku(ceh!aku buat kajian), biskut raya yang buruk selalunya sedap manakala biskut raya yang cantik selalunya tak sedap. Mungkin dipengaruhi hal ini, orang yang terlampau menarik perhatian mata adalah bukan citarasa aku.
--
Kalau kau nak terus baca kau kena amik feel dengan dengar lagu ni, kalau kau tak nak, aku pun tak kesah.
Amalina, kenapa kau tak post apa-apa pun selama beberapa hari ni?
Beberapa hari ni aku tak post apa-apa sebab aku telah dipakaikan dengan baju putih yang buat aku peluk diri sendiri, sehingga getah rambut aku terjatuh pun tak dapat aku ambil dan ikatkan balik menjadikan rambut aku mengerbang dan seribai. Aku disumbatkan dalam bilik berdinding dan berlantai lembut sehingga buat aku rasa hendak menghempaskan badan ke dinding sepanjang masa.
Amalina, habis tu macam mana kau boleh dilepaskan?
Mereka melakukan bermacam-macam ujikaji ke atas aku bagaikan aku adalah tikus makmal. Pada satu eksperimen iaitu aku dikehendaki mencedukkan bergayung-gayung air ke dalam sebuah baldi yang bocor, tiba-tiba aku berhenti dan bertanya , "Kenapa aku perlu buat benda bodoh ni?". Mereka telah sebulat suara melepaskan aku di atas keputusan eksperimen yang menunjukkan yang aku sangat-sangat normal.
HAHA
BalasPadamakak form 6 :D
Kan??aku dah agak kau ni mesti orang yang aku kenal atau kenal aku.
BalasPadamoi oi, mana ada lah! siyes aku tak kenal kau.
BalasPadamaku cume translate apa yg kau tulis kat atas tu je.
btw, kau dulu skolah mane hah? asal ramai sgt budak kajang bace blog aku ni?
'Char Kuey Tiaw'. Sepatutnya dia tulis, 'Sampah' atau 'Char Kuey Tiaw Sampah' atau 'Sampah Char Kuey Tiaw' atau 'Kuey Tiaw Char Sampah' atau 'Tiaw Char Sampah Kuey' atau 'Tiaw tiaw Sampah' atau 'Sampah Sampah Sampah' atau 'Sampah sampah sampah sampah'.
BalasPadamaku suka.
dale, ape kau translate?tak faham aku. aku bukan dok kajang ok..
BalasPadamheadmaster, kau suka, aku benci.
kaw benci aku ke?selama ini sayang kaw kat aku hanya pura-pura.baru aku tahu sebenarnya
BalasPadamok, then. story la sikit !
BalasPadamheadmaster, aku tak pasti.
BalasPadamdale, malas.
kau buat aku nak dengar lagu tuh di pertengahan pembacaan aku walaupun tau aku tak perlu buat begitu...tapi sebab nak feel aku dengar jugak..siyes aku rasa kaki ku lebih banyak bergoyang dari pala hotak aku...
BalasPadamkita selalu meletakkan suatu rasa pada suatu yang tak logik semata-mata mau tunjukkan yang kita tidak suka langsung dengan rasa tuh..tapi itu perlu untuk kita ketahui apa yang kita nak..kita menolak suatu rasa untuk mendapatkan suatu rasa yang lebih baik..suatu rasa akan betul2 terasa bila kita sudah hilang rasa.
kemain lagi menikmati makanan ko nih..
BalasPadamhaha memilih !!
haha, mana kau hilang wei, sunyi tau blogspot. huehue
BalasPadamghost writer, kau berada di haluan yang betul.
BalasPadamvampire's lovex, aku tak memilih ar, lidah aku terpilih.haha!
nveil, kau rindu aku(fakta).
grrrr....
BalasPadamkhairul hakimin, rawr.
BalasPadamabid, entah-entah.aku tak tahu apa-apa pun.