31.8.13

Perangkap

Aku baru buat perangkap nyamuk.

Begini.


Bahan-bahannya memang dah ada
dan cara membuatnya mudah,
aku pun buatlah. 
Lagipun, aku sangat tak suka
bau ubat nyamuk tak kiralah yang spray, yang bakar
yang vapor atau yang mat.
Harap ia berjaya.


"Unless someone can make a profit from an idea,
the public may never become aware of it."

Agak menyedihkan,
tapi begitulah hakikatnya.

28.8.13

Azan


Situasi : Duduk di meja bulat, berbual sambil minum air, 
sedang kami berbual tiba-tiba azan Asar berkumandang.

 "I like to hear that song,
that song come from the mosque,
it makes me feel calm inside..",
kata si suami pasangan dari Sepanyol itu.

Hari ini aku cuti bekerja kerana
memang hari cuti akum, hari Rabu.
Entah dari mana tiba-tiba aku boleh
habiskan cuti aku bersama pasangan dari Sepanyol
yang baru semalam tiba di Malaysia.
Mereka sudah berbelas tahun mengembara,
dan banyak mereka kongsikan.

Antaranya, mereka kongsikan pengalaman 
ketika di Tajikistan dimana katanya masjid
di situ kecil malah penduduk dekat situ
miskin tapi bila tiba waktu sembahyang, azan
dilaungkan di atas satu ruang yang tinggi dengan
sekuat hati, tiada pembesar suara.
Aku kagum dengan kegigihan
masyarakat Islam sebegitu.

"That was beautiful..",
kata si suami pasangan dari Sepanyol itu mengakhiri
cerita tentang laungan azan di Tajikistan.

Pasangan ini bukan beragama Islam dan aku dapat rasakan
keikhlasan mereka tentang keterujaan itu. Selepas azan Maghrib
tadi, mereka tanya apa yang aku baca dan minta aku
membacanya, mereka mahu dengar.

Comel.
 photo icon_124_1.gif

P/S : Jangan sesekali pandang rendah pada orang bukan Islam
sebab kalau mereka masuk Islam, mereka bersih ibarat bayi
baru lahir berbanding kita yang sedia Islam ni.

26.8.13

Bahaya

Situasi : Sedang berbual dalam telefon bersama mak aku.

Mak : Awak okay ke balik malam-malam?
Tempat tu ramai orang ke sunyi?
Aku : Okay je..insya'allah takde pape..
mana yang bahaya,ramai orang ke sunyi?
Mak : Sunyilah bahaya..jadi pape takde orang nak tolong..
Aku : Rasa macam kalau ramai orang lagi bahaya..
Mak : Apela..sunyilah bahaya..

Insya'allah takde apa-apa.
semuanya baik-baik saja.

 photo tuzki-dancing3-1.gif


21.8.13

Akaun

Situasi : Pergi bank untuk membuka akaun.

Semangat buka pintu bank,
masuk tekan, ambil kertas nombor giliran.
Dalam 3 saat, nombor giliran aku terpapar.

Aku : Saya nak buka akaun.
Aku berikan surat majikan dan kad pengenalan.
Penjaga kaunter : You kena buka akaun Alliance Bank
(sambil tunjuk surat yang aku berikan), ni Hong Leong Bank,
Alliance Bank sebelah.

Damn!
Malunya!
Salah masuk pintu.
Kerja siapa buat warna logo nak dekat sama ni?

 photo snake-1.gif

15.8.13

Harga

Aku : Alaaa..tertinggal jam kat surau.
Rakan sekerja : Mahal ke?
Aku(dalam hati) : Soalan ke tu?
Aku(di mulut) : Tak mahal tapi sayang.
(sambil melangkah pergi)

Mahal atau murah,
harga pada definasi berbeza :

1. Harga yang kau bayar untuk dapatkan sesuatu.
(RM 2 ke RM 87 ke..harga ikut price tag).

2. Harga sesuatu itu buat kau.
(Kepentingan atau kegunaan)

3. Harga yang diletakkan orang lain
terhadap sesuatu  itu.
(bagi kau benda tu berharga,
bagi orang lain benda itu sangat kejadah)

4. Harga duit kau untuk mendapatkan
sesuatu itu.
(kira macam nilai mata
wang dalam dunia kau sendiri.)

Setiap 1,2,3 dan 4 boleh jadi berbeza.

Kesimpulannya :
Sesuatu itu tak perlu mahal
untuk kau rasa ia penting
cukup sekadar kau rasa ia berharga
untuk kau menghargainya.

P/S : Aku tahan berak untuk tulis semua ni,
boleh tak kau hargai sikit usaha aku ni
dengan kurangkan pengambilan 
gula dalam minuman?

 photo knife_dodge-1.gif
Berlari ke tandas
sambil mengharungi
onak duri.

6.8.13

Sahur

Pada suatu hari di bulan Ramadhan tahun 2013,
aku bangun sahur.
(WOW!hebatnya permulaan cerita aku)

Ketika aku turun ke dapur,
aku terserempak dengan mak aku
yang mahu naik ke atas setelah bersahur.

Aku bau sesuatu yang enak aku tanya,
"Bau ape ni?"
Mak aku balas, "Roti telur..nak?"
Aku balas, "Takpelah,menyusahkan je.."
Mak aku terus turun semula ke dapur
dan memasakkan aku telur lalu diapit dengan roti.
Sedang aku makan, mak aku letakkan
segelas air di atas meja lalu beredar.
Aku ucap, "Terima kasih".

Aku makan roti telur itu dengan rasa terharu
sehingga hampir mengalirkan air mata jantan
sebab roti telur tu aku boleh je masak sendiri tapi
mak aku masakkan juga walaupun aku sudah dewasa
dan entah kenapa roti telur itu sedap sangat.
 photo skippy-1.gif

P/S: Kebiasaannya aku hanya bangun sahur  untuk
minum air masak sebanyak mungkin sebab kalau
makan nasi, pukul sebelas pagi nanti perut aku sudah
mula buat kugiran.


2.8.13

Normal

Aizat : Hari tu Aizat sembahyang kat seksyen 1,
 Aizat duduk kat shaf ke 5,
Aizat nampak buntut imam tu tersedut,
Aizat tak tahan betul nak tergelak.. 
Aku : Aizat..benda tu normal okay..
biase je..,tak lawak pun..
Aizat : Alah..Along ni semua benda pun
kate normal, Along tu gila pun,
Along kate Along normal..

Cis!
Aku normal okay..