29.6.12

Hubungan

Aku nampak katak sedang pandang mesin basuh
sambil bersembunyi di bawah rak kasut.
Pandang dan tenung tanpa bergerak.
Bagai dilamun cinta pandangannya.
Katak dan mesin basuh?
Ermm..mana mungkin bercinta.

Mungkin katak itu cuma termenung,
mengenangkan nasibnya tidak dicium aku
untuk membolehkannya bertukar menjadi Josh Harnett.
Katak dan aku?
Ermm..mana mungkin bercium.

Aku nampak cicak di belakang tong pemadam kebakaran.
Lama dia duduk sebelah tong itu.
Dia cuba peluk rapat tong pemadam kebakaran itu.
Katak dan tong pemadam kebakaran?
Errmm..mana mungkin berpeluk.

Cicak tu tiba-tiba julur kepala,
nampak aku yang sedang melihatnya.
Aku terkejut, dia terkejut dan menyorok 
di belakang tong pemadam kebakaran itu.
Jantung aku berdebar-debar.
Cicak itu malu-malu mengintai aku.
Aku dan cicak?
Sangat tak mungkin.

Kawan-kawan aku pernah cakap,
"Kau jangan nak benci-benci sangat, nanti kau dapat"

Tapi aku sangat benci cicak.
Risau.
Photobucket

28.6.12

Gerigi besi

Tadi aku ke cafe Iran beberapa blok dari tempat penempatan sementara aku
dengan niat mahu membeli buah-buahan yang sedia dipotong.
Aku mengikut pintu belakang.
Aku malas mahu pusing ke dalam kedai,
aku bercakap dengan pekerja kedai itu melalui gerigi besi.
Aku tanya pada penjaga kaunter yang berbangsa Iran,
"Ada tembikai susu tak?"
Dia balas, "Jus tembikai?"
Aku kata "Bukan.Tembikai susu..", dengan nada yang lebih tegas.
Dia balas bagi mendapat kepastian, "Jus tembikai letak susu?RM 2.50."
Aku menegaskan permintaan aku, "Bukan..buah potong.tembikai".
Dia balas, "Cakaplah tembikai..mahu letak susu?"
Aku jawab, "Bukan..yang merah tu tembikai, yang putih tu tembikai susu".
Aku dah agak dia ni takkan faham.
Dia menjerit pada seorang pekerja Indonesia 
menyuruhnya mengambil tembikai,
lalu diambilnya tembikai merah.
Aku menjerit pada pekerja Indonesia itu dari gerigi besi,
"Tembikai susu!!"
Tembikai susu diambilnya lalu diberikan pada penjaga kaunter itu,
kemudian dihulurkan pada aku melalui gerigi besi.
Penjaga kaunter itu bertanya lagi, "Mahu letak susu?"
Aku kata, "Taknak" sambil menghulurkan RM1.

Photobucket

25.6.12

Photobucket
Setelah hampir seminggu Aizat demam,
dia sudah kembali sihat dan ke sekolah.
Sepanjang dia demam, dia sangat diam.
Jadi, aku rindu.
Semalam, dia sudah sihat.

Jadi aku kacau-kacau dia memandangkan
aku tahu, selepas ini dia pasti merindui ketiadaan aku.
Aku asyik panggil nama dia, "Aizat.Aizat.Aizat.."
Bila dia pandang, aku buat muka sebegini :
Kemudian, dia tanya, "Apa??"
Aku terus buat muka sebegitu.

Dalam beberapa minit, aku ulangi lagi perbuatan itu lagi dan lagi dan lagi.
Kadang-kadang aku tukar nada suara yang berlainan bagi setiap panggilan Aizat,
seperti :
"Aizat(dengan suara kecil), Aizat(dengan suara besar), Aizat(dengan suara sederhana)"
Sampai Aizat cakap, "Lepas ni, Along buat macam tu lagi, Aizat takkan pandang dah.."

Aku buat lagi sebegitu.
Aizat buat pekak.
Mak bersuara, "Aizat, Along panggil tu..napa buat camtu?"
Aizat menegakkan keadilan bagi pihaknya, 
"Dia tu...bila Aizat pandang, dia buat muka camni :


....malas Aizat nak pandang".
Aku tergelak melihat Aizat dan berkata, "Eh..Along tak buat muka sehodoh tu yek?"
Aizat balas, "Yer.."
Aku tergelak lagi melihat muka marah Aizat.

--
Hari ni Aizat pergi ke sekolah.
Cikgu dia cakap(menurut ceritanya pada mak aku), 
"Cikgu ingat kakak awak tu sekolah menengah, rupanya dah habis universiti.."
Aizat balas(menurut ceritanya pada mak aku),
"Dia tu memang macam budak-budak, kalau cikgu tengok perangai dia kat rumah,
saya pun kadang-kadang menyampah dengan dia".
Cikgunya berkata,
"Biaselah tu,...anak saya yang habis universiti pun perangai dia macam budak-budak jugak.."

Photobucket

22.6.12

Haih

Pagi tadi pergi ambil kad laporan kemajuan Aizat,
yang tidak berapa nak maju sangat.
Sampai kelas Aizat cikgu dia pandang aku,
aku senyum dan memperkenalkan diri, "Kakak Aizat.."
Cikgu tu bertanya, "Oh..kakak Aizat, sekolah menengah ke?"
Aku jawab "Tak, dah abis belajar".

Sedih.
Aku dah la benggang tersalah kelas sebelum tu,
dapat soalan macam tu pulak.

Rabu lepas aku teman adik aku pergi temujanji di hopital.
Aku ikut adik aku masuk jumpa doktor sekali.
Doktor tu tanya pada adik aku yang baru tingkatan 4,
"Kawan ke ni?", merujuk pada aku.
Adik aku balas, "Kakak la..takkan kawan besar sangat".
Betul kata adik aku, aku rasa doktor tu tak nampak lemak aku
yang mengelebeh.
Mungkin perlu tambah power cermin mata.

Sekarang aku sedang demam.
Mungkin demam yang akan mendewasakan aku.
Jadi, aku perlu tabah menghadapinya.
Semoga cepat nampak matang, Amalina.

Haih.
Nak nampak macam mana lagi?
Muka aku dah berkedut, tak cukup lagi ke?
Ah!gila!!
Photobucket

20.6.12

Paul




Aku nak cerita yang pagi tadi aku mimpi aku pergi ke klinik gigi.
Doktor tu periksa gigi aku, dia kata gigi aku bersih.
Kemudian, penjaga kaunter klinik gigi itu berbual dengan aku.
Dia tanya aku pakai ubat gigi apa..
Aku jawab, Colgate Total.
Lalu dia menunjukkan kepada aku sebotol ubat gigi jenama Paul Frank,
dengan imej seperti di bawah ini.


Aku berasa sangat hairan, sejak bila pula Paul Frank keluarkan ubat gigi.
Katanya lagi, ramai orang yang bergigi cantik pakai ubat gigi ini.
Hahah!

Dah kata mimpi,
mestilah mengarut.

Photobucket

19.6.12

Gerabak

Jumaat lepas aku perlu pulang ke kampung, ada kenduri.
Ibu bapa aku dan adik aku yang lain sudah pulang pada hari Khamis.
Disebabkan pemanasan global yang meningkat,
aku menunda pemergian aku dengan mengisi perut dan berbaring.

Aku mengeluarkan daging burger dari peti sejuk untuk dimasak.
Wap sejuk dari tempat sejukbeku menepis pipi aku yang gebu(konon).
Beberapa ketul jerawat di dahi menyambut sejukan itu dengan senyuman.
Aku mula meletakkan kepala beberapa saat di dalam tempat sejuk beku itu,
dan aku berkata ada adik aku yang bernama Afiqah,
"Kalau kita balik kampung naik peti ais mesti best kan.."
Adik aku diam saja, malas mahu melayan karutan aku.

Kami berdua keluar rumah menuju ke perhentian bas,
malang sekali tiket bas habis.
Jadi kami bergerak ke stesen kereta api, beli tiket.
Kereta api pukul 12 .15 pagi, sekarang baru 6 petang.
Ya, penantian satu penderaan mental,
lagi-lagi bila terlupa bawa buku untuk dibaca malah
aku sama sekali tidak bernafsu pada majalah-majalah ketika itu.

Kereta api tiba,
aku dan adik aku menuju ke dalam gerabak.
Ada seorang pakcik sedang tidur di tempat duduk kami.
Aku dan adik aku takut mahu mengejutkan pakcik itu.
Kemudian, pakcik di belakang tempat duduk kami memberi kami duduk
ditempatnya sementara menunggu pemeriksa tiket sampai.

Sepanjang perjalanan, aku menggigil kesejukan.
Aku memandang adik aku dan berkata,
"Sejuk gila nak mampos."
Adik aku balas,
"Ha..tu ar, nak sangat balik kampung naik peti ais,kan dah dapat.."

Heh...

Photobucket

15.6.12

Prihatin

Aku rasa satu perasaan yang janggal tentang ini.
Dewasa ini, di televisyen kerap kali memaparkan iklan kerajaan berkisar 
tentang bantuan-bantuan, sumbangan dan subsidi yang diberi kepada rakyat.
Aku menaiki kereta api kelmarin,
di dalam ruang gerabak terpapar iklan kerajaan tentang bantuan yang diberikan,
begitu juga di kawasan stesen.
Hampir kesemua iklan itu berbunyi sebegini,
"Terima kasih kerajaan kerana prihatin terhadap kesempitan rakyat"
Lebih kurang begitulah.

Iklan kerajaan semestinya dikeluarkan oleh kerajaan.

Kau sebarkan yang kau memberi,
Kau sendiri mengaku yang kau baik hati,
Inilah cara kau nak minta undi,
Bukan semua jiwa mampu dibeli.

Shhh...undi itu rahsia.

Photobucket

P/S : Haih..jangan pandang punggung aku
walaupun ia bergoyang.

6.6.12

Benda makan

Aku perasaan yang aku selalu samakan rasa makanan dengan benda,
terutamanya bila makanan itu ada rasa aneh.
Dulu, aku tak makan kobis, aku kata, "..rasa dia macam kain buruk".
Macam dulu, aku tak makan tauge, aku selalu kata,
"..rasa dia macam kain buruk dicarik-carik".
Aku tak gemar sotong, aku kata, "..rasa dia macam tayar kereta tamiya"
Aku tak gemar kerang, aku kata,
"..rasa dia macam tayar kereta tamiya kena celup dalam lecak".
Pagi tadi aku minum jus yogurt perisa epal, aku kata, "..rasa dia macam kasut baru beli".
Kemudian, aku celup biskut penghadaman dalam susu, kemudian minum susu itu,
aku kata .."bila minum susu yang dah dicelup biskut ni, rasa dia macam air besi karat".

Aku sering dipersoalkan orang sekeliling,
"Pernah ke makan semua tu?"
Seperti yang mak aku tanya pagi tadi, "Awak pernah ke makan kasut?"
Aku juga tak tahu bagaimana aku tahu rasa benda-benda tu.
Photobucket

Cerita lain pula.
Aizat beritahu yang cikgunya di sekolah tanya teka-teki,
"Kat rumah awak ada botol bulat?"
Jawapannya, botol susu mak awak la bulat.

Cam gampang kan teka-teki cikgu tu.
Adik aku baru sekolah rendah, tak perlulah beri pendidikan sek.

Photobucket

4.6.12

Jagung III

Aku malas gila nak sambung cerita jagung.
Aku dah tak suka makan jagung.

Ini sepatutnya sekuel dari Jagung I dan II,
tapi macam tak..

Photobucket

1.6.12

Jagung II

Ini adalah sekuel dari Jagung I.

Sehari setelah aku melepaskan kempunan makan bertih jagung.
Aku keluar menghantar adik aku ke stesen bas untuk pulang ke Kedah.
Dalam perjalanan, aku mahu menukar duit kecil.
Diatas kepercayaan karut bahawa kebanyakkan pekedai 
enggan menukarkan duit melainkan aku membeli sesuatu.
Aku membeli secawan jagung rebus.
Disebabkan makcik itu sudah mahu menutup kedai,
dia memberikan aku jagung rebus yang melimpah-ruah,
mahu cedok sekali, jatuh 4 ketul jagung.
Penuh sangat.

Keesokkannya, aku keluar menuju ke satu tempat,
kerana masa yang mencemburui aku
(masa memang sentiasa mencemburui manusia yang memakai jam tangan)
,aku tidak sempat makan.
Kali ini, aku nampak jagung lagi.
Jagung rebus dikacau bersama majerin, garam dan susu pekat.
Aku beli satu cawan.
Enak sekali sehingga menyebabkan aku makan sambil tersenyum.
Tidak keterlaluan untuk dikatakan(padahal agak keterlaluan),
 itulah jagung paling enak pernah aku makan setakat ini.

Dalam perjalanan pulang, aku tidak tahan untuk membuang air kecil.
Sebelum ke tandas yang terletak di sebuah pasaraya,
aku pergi order secawan jagung rebus.
Ya, jagung rebus lagi.
Dengan mengakhirkan ayat pesanan aku,
"..tapi saya nak pergi toilet dulu..nanti saya ambil",
sebelum beredar dari kiosk itu.
Aku menuju kembali ke situ setelah mengeluarkan urin tanpa kandungan dadah.
Ya,semestinya belia bebas dadah tunjang pembangunan negara!
Aku masukkan tangan dalam beg tangan kerana 
itulah keperluan sebenar beg tangan.(tipu)
Dompet aku tiada.
Tiba-tiba, aku berlari menuju ke tandas yang aku gunakan tadi.
Oh, pintu berkunci, aku tendang pintu.
Aku tunggu betul-betul depan pintu tandas itu.
Seorang gadis membuka baju pintu dengan reaksi terkejut
melihat aku berdiri betul-betul depan pintu tandas.
Aku memandangnya dan berkata,
"Tertinggal wallet.."
Dia balas,
"Oh.."

Baiklah, cukup untuk hari ini.
Aku tak boleh taip banyak-banyak,
nanti tangan aku bertukar jadi jagung.
Esok aku sambung.
Photobucket