Jumaat lepas aku perlu pulang ke kampung, ada kenduri.
Ibu bapa aku dan adik aku yang lain sudah pulang pada hari Khamis.
Disebabkan pemanasan global yang meningkat,
aku menunda pemergian aku dengan mengisi perut dan berbaring.
Aku mengeluarkan daging burger dari peti sejuk untuk dimasak.
Wap sejuk dari tempat sejukbeku menepis pipi aku yang gebu(konon).
Beberapa ketul jerawat di dahi menyambut sejukan itu dengan senyuman.
Aku mula meletakkan kepala beberapa saat di dalam tempat sejuk beku itu,
dan aku berkata ada adik aku yang bernama Afiqah,
"Kalau kita balik kampung naik peti ais mesti best kan.."
Adik aku diam saja, malas mahu melayan karutan aku.
Kami berdua keluar rumah menuju ke perhentian bas,
malang sekali tiket bas habis.
Jadi kami bergerak ke stesen kereta api, beli tiket.
Kereta api pukul 12 .15 pagi, sekarang baru 6 petang.
Ya, penantian satu penderaan mental,
lagi-lagi bila terlupa bawa buku untuk dibaca malah
aku sama sekali tidak bernafsu pada majalah-majalah ketika itu.
Kereta api tiba,
aku dan adik aku menuju ke dalam gerabak.
Ada seorang pakcik sedang tidur di tempat duduk kami.
Aku dan adik aku takut mahu mengejutkan pakcik itu.
Kemudian, pakcik di belakang tempat duduk kami memberi kami duduk
ditempatnya sementara menunggu pemeriksa tiket sampai.
Sepanjang perjalanan, aku menggigil kesejukan.
Aku memandang adik aku dan berkata,
"Sejuk gila nak mampos."
Adik aku balas,
"Ha..tu ar, nak sangat balik kampung naik peti ais,kan dah dapat.."
Heh...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan