Setelah hampir seminggu Aizat demam,
dia sudah kembali sihat dan ke sekolah.
Sepanjang dia demam, dia sangat diam.
Jadi, aku rindu.
Semalam, dia sudah sihat.
Jadi aku kacau-kacau dia memandangkan
aku tahu, selepas ini dia pasti merindui ketiadaan aku.
Aku asyik panggil nama dia, "Aizat.Aizat.Aizat.."
Bila dia pandang, aku buat muka sebegini :
Kemudian, dia tanya, "Apa??"
Aku terus buat muka sebegitu.
Dalam beberapa minit, aku ulangi lagi perbuatan itu lagi dan lagi dan lagi.
Kadang-kadang aku tukar nada suara yang berlainan bagi setiap panggilan Aizat,
seperti :
"Aizat(dengan suara kecil), Aizat(dengan suara besar), Aizat(dengan suara sederhana)"
Sampai Aizat cakap, "Lepas ni, Along buat macam tu lagi, Aizat takkan pandang dah.."
Aku buat lagi sebegitu.
Aizat buat pekak.
Mak bersuara, "Aizat, Along panggil tu..napa buat camtu?"
Aizat menegakkan keadilan bagi pihaknya,
"Dia tu...bila Aizat pandang, dia buat muka camni :
....malas Aizat nak pandang".
Aku tergelak melihat Aizat dan berkata, "Eh..Along tak buat muka sehodoh tu yek?"
Aizat balas, "Yer.."
Aku tergelak lagi melihat muka marah Aizat.
--
Hari ni Aizat pergi ke sekolah.
Cikgu dia cakap(menurut ceritanya pada mak aku),
"Cikgu ingat kakak awak tu sekolah menengah, rupanya dah habis universiti.."
Aizat balas(menurut ceritanya pada mak aku),
"Dia tu memang macam budak-budak, kalau cikgu tengok perangai dia kat rumah,
saya pun kadang-kadang menyampah dengan dia".
Cikgunya berkata,
"Biaselah tu,...anak saya yang habis universiti pun perangai dia macam budak-budak jugak.."




sampai bila-bila pun takper macam tuh, Lina.
BalasPadamkau sangat awet muda ni aku jeles. aritu ada makcik kata aku umo 24. dehel ?
BalasPadamghost writer,lina macam nama kucing.
BalasPadammirachantek,aku rasa bila aku tengok cermin aku rasa nampak tua je, aku pelik bila orang nampak aku muda sebab aku besar, bukannya kecil.
adakah kau kurang tinggi?
BalasPadamaku 160cm.
aku pun tidaklah tinggi.
maaf ya, aku tinggi dari 160cm.aku bukan golongan kemetot.
BalasPadamtapi aku takde la tinggi sangat pun.
BalasPadamrasanya aku lebih 5cm dari kau.hehe
haha. i found this story is deliciously cute. :D
BalasPadamlebih baik begitu..menceriakan suasana.
BalasPadamhmm. jadi bukan faktor ketinggian yang jadikan kau muda.
BalasPadamsekarang aku hairan
Ahmad Arba'in Ali,and kinda annoying..
BalasPadamPembunuh Tanpa Bayang,eh..lama tak nampak.
mirachantek,aku lagilah hairan.serius.
"lina"... "lina"... aku merindui kesengalanmu! hahhaa
BalasPadamjijik siot ko panggil aku lina.
BalasPadam