1.1.11

Magnet peti ais

Mak aku suka kumpul magnet peti ais yang pelbagai bentuk.
Dia suka kumpul tapi tak bermakna suka beli.
Banyaknya orang hadiahkan.
Tadi aku pergi menyibuk kat dapur.
Kitorang bincangkan tentang magnet-magnet yang terlekat di pintu peti ais.
Mak bagitahu siapa bagi dia magnet-magnet tersebut.
Ada satu magnet ni, dalamnya ada siput-siput kecil, pasir biru dan cam air
Atasnya tulis, "Tioman".
Mak kata, "Ni Aishah bagi"
Aku amik, rasa nak gocang pulak.
Baru pegang dah terlepas.
Jatuh.
Pecah tepi dia sikit.
Cecair yang aku sangka air tu keluar, minyak rupanya.
Alaa..kene cuci dapur pulak.

Seterusnya..
Cerita lain yang masih berkaitan dengan title post ni.

Aku dengan adik aku jalan-jalan dalam Central Market.
Aku nampak magnet peti ais cam klasik.
Aku cakap sambil tangan aku cuba nak sentuh magnet tu, "Acan...(panggil adik aku)"
"Krekk!"
Jatuh pecah.
Bentuk KLCC.
Mercunya patah.
Orang kedai tu gamkan dengan gam gajah.
"RM 4 sahaja cik"
Dalam hati aku.."Ishh..nape bentuk KLCC, nape tak terpecahkan yang Melaka tu, lagi cantik."

Seterusnya..
Cerita lain yang tiada kaitan dengan title post ni tapi masih berkaitan dengan aku.

Aku selalu terpecahkan benda.
Nak kata aku ni gagah perkasa, ermmm...jauh sekali.
Minggu lepas, aku terpecahkan piring mak aku untuk set cawan tu.
Almari bilik aku ada cermin, aku pecahkan jugak.
Dalam bilik aku, ada cermin panjang yang boleh tengok sampai kaki tu, ermm..aku terpecahkan jugak.
Eye shadow aku pun aku pecahkan jugak.
Masa sekolah dulu, aku pernah terpecahkan botol air aku.
Aku duk umah makcik aku, aku pernah terpecahkan rak tergantung dalam toilet.
Banyak lagi benda yang aku terpecahkan.
Bak kata pepatah "Kalau tak pecahkan ruyung, manakan dapat sagunya".(baik, tiada kaitan)

Apa yang aku cuba sampaikan ialah aku tak berniat nak pecahkan benda tapi bila sampai kat aku, dia selalu terpecah. Jauhkan aku dari bahan mudah pecah. Bukan dengan benda je, dengan manusia pun sama, aku selalu pecahkan hati orang-orang yang aku sayang dengan kata-kata yang keras yang memecahkan organ dalaman manusia. Tapi aku marah sekejap je, tapi rasa bersalah sepanjang aku tampal balik organ mereka yang aku pecahkan. Tu pun kalau mereka bagi aku kesempatan untuk tampal balik. 

Jonet : Ko rasa kalau tampal balik rupa sama ke?
Aku : Kalau magnet peti ais KLCC yang aku terpecahkan tu..lepas tampal,aku tengok sama je. Mungkin sebab pecah tak teruk.
Jonet : Tu benda yang nampak, benda tak nampak cam hati manusia?
Aku : Ermm..tengok reaksi la..ermm..teruk kan aku ni?
Jonet : Ermm..memang pun.Ganas.
Photobucket

2 ulasan:

  1. Tanpa Nama11.4.11

    dan jauh kan ko dari benda yg mudah terbakar juga..

    BalasPadam
  2. bukan jauhkan aku dr benda mudah terbakar, tapi aku yg sememangnya akan jauhkan diri dr benda mudah terbakar..haha(mengarut, pointless)

    BalasPadam