31.12.10

Radio & Video

Aku bukan dari keturunan yang lembab otak tapi aku tak boleh bezakan radio dan video sampai dah habis darjah 6. Walaupun aku sentiasa menggunakan keduanya. Sekarang dah boleh bezakan. Bila aku fikir balik, apa la yang susah sangat nak bezakan.
Entahlah.. 

Masa jadi budak-budak memang susah nak bezakan banyak benda dan perkara.
(ke aku sorang je yang rasa ni? tak tahu la..kalau aku lembab atau korang bijak sangat)

Susah nak bezakan yang elok dengan tak elok. Antaranya..
Aku dengan adik aku pernah jumpa ada anak ayam jatuh dalam longkang. Longkang tu kotor. Kitorang kesian tengok makhluk comel berkeadaan kotor, jadi kitorang amik keputusan untuk mandikan dia. Waktu tu baru lepas hujan. Kitorang mandikan dalam lima minit lepas tu dia mati. Rasa bersalah ok..

Tapi ada kebaikan juga kita tak dapat bezakan perkara-perkara tertentu supaya kita tidak terlampau menghakimi sesuatu perkara antaranya yang aku sedar ialah warna kulit.
Kulit aku ni agak malap.
Masa kanak-kanak, aku rasa kawan-kawan aku tak banyak(kurang tapi masih ada) yang pertikaikan pasal warna kulit aku.
Tapi dah dewasa ni..banyak jugak yang pertikaikan tentang warna kulit.
Antaranya yang masih segar dalam otak aku kerana ianya baru beberapa minggu berlaku. 

Seorang kenalan : Ien, selamat kulit ko itam manis.. Kalau ko lahir hitam-legam macam mana? Ape ko nak buat?

Aku : (Tergamam seketika) Ermm..redha je la. Takkan nak bunuh diri sebab kulit gelap kot..

Mungkin pengaruh media membentuk persepsi masyarakat yang memandang orang kulit hitam ni buruk sangat kot. Eh..bukan..mungkin masyarakat yang mempengaruhi media kot. Mungkin sama-sama dipengaruhi dan mempengaruhi.

Adakalanya, budak kecil lebih sedar apa yang patut dilakukan pada sesuatu situasi, berbanding orang dewasa. Tapi kenkadang budak-budak yang ingin mengingatkan orang dewasa selalu dimarah. Budaya masyarakat kita ni, kononnya budak kecil tak patut bersuara, orang tua ni lebih makan garam. Sebab tu ada segelintir orang dewasa ni kalau budak kecil bersuara diorang marah balik katanya, "Ko jangan nak ajar aku!", "Ko kecik lagi, jangan menyampuk!", "Aku ni dah lebih makan garam"(sebab tu la darah tinggi) dan lain-lain lagi herdikkan yang macam bagus. 
Kebebasan bersuara patut diberikan kepada kanak-kanak. Adakalanya apa yang mereka katakan adalah lebih rasional dan lebih kreatif dari seorang dewasa. Kenkadang kanak-kanak nampak lebih banyak perkara yang orang dewasa terlepas pandang atau tak nampak. 
http://www.emocutez.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan