6.12.13

Kenyang

Masa aku darjah empat.
Rakan sekelas aku datang kepada aku beritahu aku yang berdekatan rumah dia ada makcik 
jual nasi lemak semurah 30 sen, dan menurutnya boleh kenyang bila makan nasi lemak itu.
Maka, mendengar penjimatan berganda yang akan aku dapat bila membeli nasi lemak itu,
aku pun pergi mambeli nasi lemak yang diperkatakan,
memandangkan rumahnya tidak jauh dari sekolah.

Ketika makcik itu membungkus nasi lemak aku,
aku berbisik pada kawan aku, "Sikit je..boleh kenyang ke?"
Kawan aku balas, "Kenyang..nanti rehat nanti aku ajar kau".

Bila tiba waktu rehat.
Aku makan nasi lemak itu bersebelahan kawan aku,
selepas selesai makan aku berkata, "Tak kenyang pun.."
Kawan aku balas, "Sekarang memang tak kenyang,
kau kena minum banyak air dulu, baru kenyang"
Aku berkata, "Tu bukan kenyang.."

Aku teringat perkara ni tadi kemudian gelak sendiri.

2 ulasan:

  1. nasi lemak 30 sen yang berbalut daun pisang dengan aroma yang menyelerakan. oh, betapa rasa berumur bila mengenangkan memori lampau.

    BalasPadam
  2. ..bukan berumur tapi dewasa.

    BalasPadam