Aku tak jumpa perkataan yang sesuai untuk menceritakan apa yang menarik perhatian aku hari ini.
Mintak maaf, aku dah cuba.
Betul, aku dah cuba.
Aku tidak pasti dah berapa kali aku tulis dan padam kembali.
Baiklah, baiklah.
Aku cuba juga terangkan.
Tapi, kalau kau tak faham, aku tiada cara lain untuk menerangkannya.
Pertama, ia tentang deretan lebih kurang sepuluh buah motor di atas jalan raya dengan pemandunya berpakaian merah dan hitam berselang-seli..
Yang pertama hitam, yang kedua merah, yang ketiga hitam, yang keempat merah dan seterusnya berselang-seli.
Tanpa mereka semua berjanji.
Aku rasa sangat beruntung kerana dapat melihat fenomena ini.
Aku rasa hanya aku sahaja yang berasa takjub dengan apa aku lihat itu.
Kedua, tentang seorang perempuan yang tidak aku kenali.
Gigi depannya tiada sebatang, mulutnya hitam dek terlampau kuat merokok.
Bila dia pandang mata aku..
Aku tidak tahu apa yang dia lalui, tapi aku rasa simpati.
Aku tidak tahu apa yang dia lalui.
Perempuan itu meminta maaf pada aku.
Aneh sekali, dia tidak melakukan apa-apa kesalahan pada aku.
Ketiga, aku dapat tahu ketika membaca majalah tadi bahawa mustard adalah sos biji sawi dalam Bahasa Melayunya.
Keempat, setelah lebih kurang empat tahun menggunakan laptop ni, baru aku tahu yang laptop aku lelaki.
Sebelum ni, aku pernah baca tentang jantina laptop, malas nak buat.
Hari ni, aku terjumpe post blog ni, gedik pula tiba-tiba, rasa nak buat.
Jadi aku namakan laptop aku, Entah.
Ok?
Faham tak apa yang aku cuba ceritakan?
Benda-benda sebegini sebenarnya kau tak perlu faham pun.

aku ingat aku sorang je kasi nama laptop.
BalasPadamnama laptop aku Danny.
kalau laptopku jantinanya pompuan,aku bakal jadi orang kedua selepas Hermione Way mengahwini laptopnya.
BalasPadamtapi lau laptopku lelaki,jangan kata aku gay lak.haha!tuh mesti jadi buddy aku.
Hahahahahahahahahahahahahahahahahahaha!
BalasPadamSy tak fhm. Setiap kali masuk blog nie, sy mst gelak sorang2. Sy gilakah?
mirachantek,nama laptop kau sama dengan nama anak femy.femy kawan aku.hehe
BalasPadamghost writer,kahwini laptop pasti anda akan dijangkiti virus.
fara, soalan tu susah..;)
adakah nama danny itu nama common bagi laptop?
BalasPadamhmmm
nama telefon bimbit aku fuad.(cuma beritahu)
BalasPadamaku ada kaspersky.
BalasPadamaku ada antibiotik
aku ada serum
aku ada bakteria baik
aku kan imun virus2 nih.