2.7.11

Konfius bukannya keliru. Keliru tak?

Aku keliru.
 Aku jadi baik, asyik kena buli.
Tapi aku tak suka bila aku jadi jahat, ia buat aku rasa teruk.
Jadi baik pulak, aku yang sakit.
Aku tak boleh nak ikhlas dah ni.
Aku nak nangis pun tak ternangis.
Sebenarnya dua-dua aku tak suka.
Aku keliru.

Aku juga keliru yang aku tulis ini benda besar atau benda kecil.
Aku cuba nak anggap ia benda kecil sebab itu aku letakkan di sini, walaupun mungkin ia benda besar kerana ia mengganggu emosi aku.

Tadi sebelum aku duduk untuk menulis ini baru aku tersedar yang aku pakai seluar terbalik dari petang tadi.
Patutlah setiap kali aku masukkan telefon dan mp3 dalam poket, ia asyik bergerak ke belakang.
Nak pakai seluar betul-betul pun aku dah keliru.
(sambil mengeluh panjang)
Photobucket

11 ulasan:

  1. Yes i am a stranger in my own world
    keduanya aku pernah jadi-
    jahat, dibenci
    baik, dibuli

    ingat senang ke jadi manusia?
    hahaha

    BalasPadam
  2. jadilah bayang-bayang...

    tapi kalau tetap konpius dengan bayang-bayang..jangan lar fikir apa-apa.tapi kalau juga masih keliru nak fikir atau tidak..nampak gayanya,aku pulak yang konpius.

    BalasPadam
  3. ghost writer,
    aku tak keliru dah, aku takut rambut aku banyak gugur.

    BalasPadam
  4. masalah hormon.dont wori,kamu akan dapat rambut baru.pari-pari rambut akan mengucup ubun2 kamu..

    BalasPadam
  5. jangan keliru , kau tahu apa yang perlu didahulukan , apa yang boleh tunggu . :)

    BalasPadam
  6. ghost writer, epik!haha!

    amiey white, tak.aku dah takde pilihan, org lain decide untuk aku dan paksa aku buat sume yang aku taknak.

    BalasPadam
  7. aku rasa masalah paling besar aku adalah tidak tahu mengatakan 'TAK' dan 'TIDAK'.kalau aku berkata TIDAK pun orang lain seperti tidak mendengar.

    BalasPadam
  8. nasib baik pakai seluar

    BalasPadam
  9. hans0, kalau aku tak pakai pun, xde org nampak.haha

    BalasPadam
  10. ni bukan keliru namanya.ni dah gila.gila lu tahu

    BalasPadam