29.11.11

Tajuk dirahsiakan

Selepas tidur yang sangat-sangat panjang.
Aku bangun.
Tanpa membasuh muka dan mengosok gigi, aku menuju ke arah seseorang yang melahirkan aku yang sedang duduk di kerusi sambil menonton television.

Aku : Mak..(cuba memulakan perbualan)
Mak : Kenape?mimpi?
Aku : Bukan..(terus menuju kepada isi penting yang cuba diketengahkan)

Beberapa minit kemudian kami bangun menuju ke bilik adik aku untuk mencari sesuatu.
Gelagat kami diperhatikan oleh adik aku yang sedang belajar sebelum itu.

Adik aku : Cari ape?
Kami diam.
Adik aku : Mesti Along mimpi ni..

Aku berlalu pergi sambil tergelak seorang diri.
Memang menjadi kebiasaan aku bangun tidur menceritakan perihal mimpi aku tapi bukan kali ini. Memang hari-hari pun tidur aku ada mimpi, kebiasaanya mimpi aku bagaikan menonton wayang.

P/S : Setiap kali sebelum tidur aku akan basuh muka, kaki dan baca doa.(cuma beritahu untuk mengelakkan komen tipikal berbunyi "Tu la kau..tidur tak baca doa..")

Mimpi tak semestinya tidur tapi tidur semestinya mimpi.

Photobucket

8 ulasan:

  1. mesti ko bermimpi di siang hari nih..

    BalasPadam
  2. tulis aje lah tajuk..

    'mimpi'

    ko kan nak satu perkataan.. kan.. kan..kan..

    BalasPadam
  3. mimpi memang satu perkataan tapi aku dah pernah buat entri bertajuk mimpi dan mimpi II, aku cuba nak jadikan ini mimpi III tapi ini bukan mimpi.

    ya, siang hari.

    BalasPadam
  4. oh!no!
    kau dah kantoikan yang tajuk yang dirahsiakan itu sebenarnya tiada tajuk.
    cis!

    BalasPadam
  5. aku hanya bermimpi apabila aku tidur siang

    BalasPadam
  6. ...misteri nie. Apa yg dicari kat bilik adik tu?

    BalasPadam
  7. kerusi biru selalu buat aku terjebak dgn mimpi2 yg penuh saikedelik

    BalasPadam
  8. nasyrun, aku pula malam ke siang sama saja.

    Fara, cari jar.

    Päk Läng, prop dalam mimpi aku sentiasa berubah.

    BalasPadam