14.11.11

Jenama

Abah : Abah ada beli Koko Krunch.

Aku pergi membuka peti sejuk mencari Koko Krunch yang dimaksudkan.
Tiada Koko Krunch, yang ada ialah corn flakes.

Aku : Mane?Takde pun..

Abah : Ada tu dalam peti sejuk..

Mak : Bukan Koko Krunch, tu corn flakes..

Ini bukan kali pertama aku berdepan dengan situasi sebegini.

Dulu masa aku kerja sambilan di sebuah pasaraya.
Datang pasangan romantis sedang membeli-belah.

Lelaki : Sayang nak Koko Krunch?(sambil memegang kotak bijirin Honey Stars)

Perempuan : Tu bukan Koko Krunch, tu Honey Stars.

Lelaki : Alaaa..ni semua Koko Krunch la..(sambil menunding pada rak bersusun pelbagai bijirin dalam kotak di depannya)

Perempuan : Bukan..Koko Krunch yang ni je..(sambil menunding pada kotak bijirin Koko Krunch)

Aku hanya memerhatikan, mendengar sambil gelak dalam hati.


Aku ingin perjelaskan di sini:
Di bawah ini terdapat tiga jenama bijirin keluaran Nestle.
Koko Krunch(kiri), Milo(tengah) dan Honey Stars(kanan).
Selain bijirin di atas terdapat lagi pelbagai bijirin lain di pasaran, antaranya :

Aku perjelaskan bukan bermakna aku menganggap kau bodoh.
Tidak sama sekali, cuma mungkin kau terlepas pandang selama ini.
Aku pula mungkin terlepas pandang perkara lain yang kau tahu.

"Mak, Colgate dah habis"
Atas kesedaran bahawa kami sekeluarga selalu bertukar-tukar jenama ubat gigi. Bila ubat gigi habis adalah kedengaran lebih cerdik berkata, "Mak, ubat gigi dah habis".

"Mak..nak masak Meggi boleh tak?"
Ya, ya..di rumah aku untuk masak mee segera perlu minta kebenaran terutamanya bagi mereka yang masih bersekolah. Memandangkan, bapa aku juga membeli mee segera jenama lain seperti Pama, Mamee, Sedap dan lain-lain lagi, maka kedengaran lebih cerdik berkata "Mak..nak masak mee segera boleh tak?"(bunyi macam skema la pula) melainkan jenama mee segera yang ingin dimakan sememangnya Maggi.

Jenama yang selalu disebut-sebut bagi merujuk sesuatu kategori produk kebiasaannya yang paling dikenali ramai.

Bak kata arwah pak cik aku, Leo Burnett,"Products are made in the factory, but brands are created in the mind."


Kesimpulannya : Aku sendiri pun tak tahu bagaimana nak simpulkan. Mungkin disebabkan aku seorang lepasan siswazah jurusan periklanan membawa aku melihat perkara ini harus dipandang walaupun ia membawa impak kecil dalam hidup seharian kita.

Photobucket
Amalina, tak perlu kot sampai nak mengeluh..benda kecik je kan..

18 ulasan:

  1. kau tertinggal ridsect

    (ini sajapun aku nak komen haha)

    BalasPadam
  2. aku sangat-sangat membenci ridsect, shieldtox, fumakilla dll. jadi aku tidak mahu memasukkannya.

    aku sangat benci.serius.

    (ini saja yang aku mahu beritahu)

    BalasPadam
  3. hahahha
    ok

    (sudah habis komen)

    BalasPadam
  4. isteri : abg, tolong beli pampers anak jenama drypers.

    suami : baiklah.

    HAHHAA

    BalasPadam
  5. pampers pula macam mana? untuk gegurl atau untuk bayi?

    BalasPadam
  6. Wun,ini Hyde.

    Hyde,ini Wun.

    #tiba-tiba.

    Wun,ya..itu juga. sepatutnya lampin jenama drypers kan..

    Hyde, Pampers adalah jenama lampin bayi.

    BalasPadam
  7. "Ok kita berhenti di shell minyak kat depan tu..." ujar Aberun pada anaknya sambil membelok ke kiri menuju ke PETRONAS.

    BalasPadam
  8. aku akan tetap kata 'mama belikan kotex'
    walaupun yang aku maksudkan adalah intimate.

    BalasPadam
  9. Päk Läng, nampaknya kau amat memuja Aberun sehingga bagi contoh pun gunakan namanya.XD

    mirachantek, aku akan cakap "belikan pet".(bukannya haiwan peliharaan)

    BalasPadam
  10. oh tidak pak lang.
    aku memanggil stesen minyak itu petrol station hahhaha

    BalasPadam
  11. Aku nak.. err.. aku nak menyibuk. Macam nyamuk. Tapi sebab kau tak suka Ridsect. Fumakilla. Andso-on itu. jadinya aku takkan dihalau kan?

    Err...

    [merepekmelalut]

    BalasPadam
  12. inilah yang dinamakan bisnes.
    keh3

    BalasPadam
  13. haha..dulu masa orang suh aku amik ajinomoto,aku tak jumpa-jumpa.tapi bila orang tuh amik balang kecil baru aku tau,itu juga ajinomoto.padahal aku berkali bilang.

    "itu serbuk perasa,pakcik."

    BalasPadam
  14. suhadi, aku takkan halau..aku pasang perangkap serangga.yang lampu warna biru tu.hahah!mati kau nyamuk!

    dale, ini bukan bisnes..ini adalah bukti kepada penjenamaan yang berjaya seperti milo, pamper, maggi dan lain-lain lagi.

    ghost writer,ya..ajinomoto adalah jenama serbuk perasa yang paling popular dalam masyarakat malaysia.jadi ada yang menganggap semua serbuk perasa dipanggil ajinomoto.

    BalasPadam
  15. "sedapnya maggi ruski ni.."

    BalasPadam
  16. mak kalau roti cicah kopi sedap ni mak!(sambil aku koyak plastik bisu=kut empat sagi cap pingpong)

    BalasPadam
  17. naked writer,a'a..dah megi..ruski lagi..hahah! makan dua megi agaknye.

    belacan, hahah!contoh kau macam takde kaitan je..

    BalasPadam