16.11.11

Ani(bukan nama sebenar)

Menerusi panggilan telefon yang aku terima, Ani(bukan nama sebenar) sedang ketakutan setelah mendapat tahu salah seorang rakan yang pernah bertengkar dengannya ketika dibangku sekolah telah mati akibat bunuh diri. Kawannya itu telah terjun dari tingkat lima akibat bergaduh dengan teman lelaki.(boleh baca di sini, dalam surat khabar Metro juga ada disiarkan)

Ani(bukan nama sebenar) terlampau memikirkan tentang ketakutannya. Dia amat risau roh kawannya yang tidak tenang itu akan menganggu dirinya berikutan pertengkaran lampau yang berlaku di antara mereka.

Malam tadi Ani(bukan nama sebenar) tidak dapat tidur malah dia rasa dihempap. Tambahan lagi, katanya melihat barang-barangnya jatuh dengan sendiri tanpa sesuatu menolaknya. Bagi aku, ini berlaku kerana rasa takut yang terlampau difikirkannya itu.

Kemudian telefon diberikan pada Ani(bukan nama sebenar).

Ani(bukan nama sebenar) : Akak, semua orang suruh saya jangan fikirkan sangat..bagaimana tu jangan fikir sangat? Makan banyak-banyak sehingga kenyang atau berhibur sepanjang masa?

Aku tidak ingat sangat apa yang aku jawab kerana ingatan aku lebih pada soalannya itu.

Photobucket

15 ulasan:

  1. ani memang name sebenar

    BalasPadam
  2. Agak2 asyik terpk kan soalannya, g amik semayang.

    Err...

    BalasPadam
  3. wadi AR,bukan.

    fara, tak..bukan asyik terfikir tapi hanya itu saja baris ayat yang saya dapat ingat dalam perbualan itu.

    BalasPadam
  4. meh bawa dia jumpa aku.
    aku akan ajar dia caranya

    BalasPadam
  5. mirachantek, mungkin tak perlu.

    BalasPadam
  6. dia comel bila macam tu. serius.

    BalasPadam
  7. aku sangatlah mahu tahu jawapan kau

    BalasPadam
  8. sarah, ya, dia sangat-sangat comel.

    nasyrun, jawapan aku..ermm..aku agak risau kalau kau judge aku berdasarkan jawapan aku.sebenarnya jawapan aku lebih teruk dari soalan dia.

    BalasPadam
  9. nampak dari soklan dia tuh,aku rasa dia bukan ketakutan.dia keliru sebenarnya antara makan banyak2 dan pegi bunuh diri.

    :)

    BalasPadam
  10. ghost writer, dia memang ketakutan.jangan pertikaikan.

    nasyrun,tak perlu.

    BalasPadam
  11. mindset dia dah set mcm tu.. kesian ani(bukan nama sebenar)

    BalasPadam
  12. tu ar..kesian..tapi bagi aku dia comel.

    BalasPadam
  13. Adakah Ani(bukan nama sebenar)
    percayakan kewujudan Tuhan...?

    BalasPadam
  14. pak lang, mak aku juga bertanyakan soalan yang sama.

    BalasPadam