Aku menolak-nolak gigi susu yang mula bergoyang dengan lidah.
Aku : Mak, gigi Ina ni goyang la..
Mak : Goyang gigi tu sampai cabut..nanti keluar gigi baru..
Setelah seminggu..
Memandangkan aku seorang yang pengecut, gigi tersebut masih tidak tercabut lagi. Mak memeriksa gigi susu yang goyang itu. Suasana tiba-tiba bertukar panik, apabila mak mendapati kelihatan gigi kekal sudah mula tumbuh di belakang gigi susu tersebut.
Mak telah mengikat gigi aku dengan benang, manakala pada penghujung benang mak mengikat sudu. Sudu tersebut digunakan sebagai pemegang untuk menarik gigi yang goyang itu. Fokus utama mak dan abah sepanjang hari tu hanya gigi susu aku. Mak tak masak, kami sekeluarga hanya makan limau mandrin banyak-banyak. Rumah bersepah-sepah dengan kulit limau dan biji-biji limau yang bertaburan di merata tempat. Sekejap mak tolong tarikkan gigi aku, sekejap lagi tukar abah aku pulak tarikkan. Aku pula asyik menangis.
Keesokkan harinya, gigi susu aku masih belum tercabut. Aku pengecut, mak dan abah aku tarik kuat sikit aku dah menjerit, tengok darah pun menagis-nangis, biasalah pertama kali cabut gigi. Hari ini pula abah aku tukar sudu yang diikat pada benang dengan kaset radio sebagai pemegang. Mak dan abah bergilir-gilir tarik gigi aku sepanjang hari. Setelah hari menjelang petang, akhirnya gigi aku tercabut setelah disentap mak. Gigi susu tu terpelanting di dalam rumah aku yang penuh dengan kulit dan biji limau mandrin. Operasi mencari gagal.
Setelah beberapa bulan, gigi susu yang kedua pula goyang. Mak suruh abah bawa aku jumpa doktor gigi sahaja. Tak sampai 2 minit, doktor cabutkan gigi susu kedua tanpa rasa sakit sedikit pun.
Untuk gigi susu ketiga dan seterusnya, aku cabut sendiri sebab masa tu aku dah kuat.
Terima kasih mak dan abah sebab bersama Ina dan bersusah-payah masa nak cabut gigi susu yang pertama. Sayang mak dan abah.
Fakta tak menarik :
1. Benda pertama yang aku perasan bila tengok orang ialah gigi (kalau orang tu bercakap atau buka mulut).
2. Tapi kebanyakkan orang yang aku rasa gigi dia cantik biasanya bukan jenis gigi yang teratur.
3. Gigi yang sihat adalah gigi berwarna kuning, gigi putih adalah gigi yang cepat rapuh. Kalau berwarna kuning sangat macam isi durian, bukan gigi sihat tapi gigi kotor.
P/S : Bila kau lansung hilang senyuman ketika gigi kekal kau penuh, ingat balik senyuman kau bila kau ronggak kehilangan gigi susu pada satu masa dulu.
*tengah bayang senyuman aku waktu gigi rongak*
BalasPadamkacak jugak aku ni ya, hahaha.
hi amalina..jalan2 jap :)
BalasPadamnice blog
ni mmg blog first ker..
BalasPadamtak.
BalasPadamawak beri saya kekuatan... skang saya rasa gigi saya sihat... wahahaha
BalasPadamsame goes to me.
BalasPadam1st thing bila aku jumpa orang, aku mesti akan tengok gigi dia. idk why, mmg habit aku kott.
baa~ CAK!!
BalasPadamgunakanlah pelekat polyden..
weyyy!
BalasPadamsama la!
benda 1st aku tgk bila ckp dgn org ialah gigi.
entah kenapaaaa.. T__T
:)
BalasPadam