Tidak beberapa lama dahulu, seorang kenalan lama mengepost status di Facebook yang berbunyi :
"Life is about making decision".
Aku tak ingat apa komen aku tentang itu, yang aku ingat adalah aku tidak bersetuju tentang itu.
Aku adalah antara manusia yang bermasalah membuat pilihan walaupun pilihan kecil. Tapi sekiranya aku sudah berpuas hati dengan pilihan yang pernah aku buat, aku akan mengulangi pilihan tersebut.
Contohnya, sebelum ni aku asyik makan choclate Cloud 9 Classic, semalam adik aku belikan Cloud 9 Plus. Cloud 9 Plus lagi sedap, jadi selepas ni tanpa ragu-ragu aku akan memilih Cloud 9 Plus.
Aku bukan jenis yang brand loyal sebab aku lebih gemar mencuba sesuatu yang baru. Tapi kalau aku dah suka satu brand, selalunya aku akan setia.
Antara M&M dengan Skittles, aku pilih Skittles. Tapi antara Skittles dengan Jelly Belly, aku pilih Jelly Belly.
Kadang-kadang aku buat ujikaji sebelum membuat pilihan.
Aku keliru dah letak nak letak iklan Nuffnang ke Advertlets.
Jadi aku buat dua-dua akaun.
Semalam aku letak dua-dua iklan.
Iklan Nuffnang saiz skyscraper dan iklan Advertlets saiz banner kat tepi tu.
Dalam masa sehari aku letak iklan Advertlets yang kecil tu, aku dah berjaya membeli sebuah penthouse.
Jadi aku buang iklan yang Nuffnang saiz skyscraper tu ganti dengan iklan Advertlet.
Bai-bai Nuffnang.
Zaman sekarang ni nak beli baju pun susah nak buat pilihan. Semua baju kat kedai saiznya kecil-kecil, aku pula saiz raksaksa.
Saiz XXXXXXXXXXXXXL pun beza 5 inci je dari saiz XS.
Watdepak! Kebanyakkan baju yang aku beli terpaksa diberikan kepada adik aku sebab tak muat.
Free size di Malaysia adalah lebih kecil dari saiz S.
Kalau bagi orang homeless yang tak makan 3 tahun pun, tak mungkin muat.
Ok, fine..aku gemuk, kau ape?Terbantut?(Emo tetibe) Ok, kau tak bersalah.
Mungkin kedai-kedai di Malaysia patut menjual pakaian mengikut saiz Amerika kerana kedatangan restoren-restoren makanan segera dari Amerika telah mengubah saiz dan jisim rakyat Malaysia, malah kewujudan nasi goreng Amerika a.k.a USA di gerai-gerai makan juga menyumbang perubahan saiz rakyat Malaysia.
Maksud aku mengikut saiz Amerika, bukannya fesyen terdedah seperti musim panas di Amerika.
Adik aku tak suka bila orang cakap maksud dalam percakapan harian. Iaitu seperti memberikan penerangan atau penjelasan lebih lanjut tentang sesuatu sepertimana yang aku buat pada ayat bergaris di atas. Haha..aku dah terbiasa cakap maksud, ada pilihan lain ke??
Sambung balik..
Nak beli kain buat baju kurung pun susah nak buat pilihan.
Mungkin sekarang ni trend bunga besar-besar dan kain berkilat.
Cotton je la pilihan terbaik untuk orang low profile macam aku.(konon..)
Tapi kalau iron baju kurung cotton kena bersungguh-sungguh sampai basah ketiak.
Tu la..setiap pilihan yang kita buat pasti ada consequencenya.
Apa-apa pun bergantung kepada citarasa masing-masing.
Agak-agak kalau kau nak buat pilihan besar dalam hidup, elok la solat istiharah.
Kalau setakat kau nak pilih makan laksa atau soto, kau tanya la selera kau.
Bagaimana pula jika satu-satu pilihan yang ada adalah tiada pilihan?
Patutkah terus tidak membuat pilihan atau mencari pilihan instead of tunggu pilihan datang?
pilihan aku cuma satu, bertanya.
BalasPadam'kau tak tido ke ni amalina?'
tak.
BalasPadamaku suka bab ko beli penthouse tu, hek hek hek
BalasPadamFesyen terdedah ok jugak....
BalasPadamLalalala
Ok, fine..aku gemuk, kau ape?Terbantut?
BalasPadamaku macam orang gila terbahak sakan dekat cc ni.
selalu bila pilihan dtg..aku cuba tgk seimbas..lepas tu aku try mana yang aku dapat dia punya vibe..kebanyakan pilihan aku buat mesti menyumbang utk aku menca akarut lebih..dari situ aku dah belajar...kira oklah pilihan yg aku buat dpt bg aku pengajaran
BalasPadammemilih lebih baik daripada diberi pilihan. =.=
BalasPadamkhairul, oh, kau materialistik.(tiba-tiba)
BalasPadamuncle gedek, amboi..gedik..
amal,aku dah tau kau jumpe profile picture kau kat mane..semalam aku jumpe kat tumblr..hehe.(ok, tiada kaitan)
hentakbelipat,yup, belajar dari pengalaman pilihan sebelumnya.
khrlhsym, diberi pilihan masih perlu memilih. mungkin perlu mencari pilihan berbanding diberi pilihan..
kau bukan payah nak buat pilihan tapi kau selalu dirosakan pilihan kau oleh benda lain yang ada di sekiling kau..
BalasPadamtapi soal memilih itu sebenarnya diletakkan pada skop yang lebih besar dan bukan sekadar mau memilih perkara yang remeh temeh.
ghost, kau serius.
BalasPadamhihihi... apesal kat belog aku tulis ko dah ada post baru, bila aku kelik kelik, dia kuar yang ini jugak, adakah di belog ko ni ade had umur pembacaan?
BalasPadamtaklah, aku dah tulis pastu aku dah post.pastu aku tak confident, aku delete balik.
BalasPadam