Nadia memeriksa kalendar yang diletakan di atas meja biliknya. Menurut perkiraan, rasanya dalam beberapa hari lagi dia pasti datang bulan. Nadia membuka almari dan mencari-cari sesuatu."Oh..dah habis, esok pagi aku beli", katanya di dalam hati.
Keesokan paginya, dalam perjalanan ke pejabat, Nadia singgah membeli tuala wanita di pasaraya. Nadia berdiri di hadapan rak tersusun pelbagai jenama tuala wanita, matanya cuba mencari tuala wanita jenama Libresse. Tidak ketemu..
Di hujung rak kelihatan seorang pemuda sedang menyusun barang-barang. Nadia menuju ke arah pekerja tersebut dan bertanya, "Saya cari tuala wanita jenama Libresse, tapi tak jumpa". "Akak, Libresse dah di susun di tengah sana sebab sekarang ada promotion", balas pekerja itu.
"Oh..terima kasih", kata Nadia. Nadia terus mendapatkan tuala wanita yang dikehendakinya dan menuju ke kaunter pembayaran. Setelah membayar, kedengaran juruwang itu berkata dengan rakan sekerjanya dengan nada perlahan, "ishh..perempuan murahan".
Nadia mengendahkan perbualan mereka, "Mengumpat orang agaknya", Nadia bermonolog.
Dalam perjalanan Nadia menuju ke keretanya, dia terserempak seorang pak cik yang sedang menunggang motorsikal. Pak cik itu menjerling sinis ke arahnya dan menjerit, "Perempuan murahan!".
Nadia terkejut. Dia cuba mencari silapnya,dia bermonolog.."Apa yang murahan?Aku pakai baju kurung bukan seksi, aku beli tuala wanita bukan aku tayang-tayang kat dia pun. Gila!"
Sampai di pejabat, rakan-rakan sekerjanya memandangnya dengan muka ketat.
Nadia bermonolog lagi.."Tahulah hari Isnin, takyah buat muka stress sangat..poyo betul".
Hilmi datang di tepi Nadia tiba-tiba menyembur, "Kau ni memang perempuan murahan!!"
Nadia hanya mampu memberikan reaksi kehairanan,dia bermonolog lagi, "Apa salah aku?"
Hilmi terus berlalu pergi setelah dia ternampak kelibat bos dari pintu cermin.
Bos berlalu di tepi meja Nadia dan berkata dengan nada tidak bersalah, "Good morning Nadia. Awak memang perempuan murahan".
Nadia lebih kehairanan dan bertanya "Kenapa bos??"
Bos hanya ketawa dan berlalu pergi.
Nadia sebak,air matanya mula mengalir, dia bangun dan terus menuju ke toilet.
Dia menangis teresak-esak di dalam toilet, mak cik cleaner toilet menegur, "Kenapa Nadia nangis?"
Nadia masih terus menangis, mak cik cleaner mula bosan menunggu jawapan dan berkata, "Dah la Nadia, keluar, mak cik nak basuh jamban ni..nangis tempat lain".
Nadia bangun dan melangkah.
Sebelum itu, mak cik cleaner sempat menegur Nadia, "Awak perempuan memang murahan".
Nadia berlari sambil teresak-esak menangis. Nadia berlari menaiki tangga menuju ke tingkat 20. Di tangga dia terserempak seorang juruteknik.
Juruteknik itu menegurnya, "Kenapa awak menangis?"
Nadia terus berlari.
Juruteknik itu sempat menjerit, "Awak perempuan murahan!!" disambung dengan hilaian tawanya.
Nadia sampai di tingkat paling atas bangunan.
Perkataan "perempuan murahan" terngiang-ngiang di telinganya. Nadia memanjat tembok batu di hadapannya.
Hingus yang meleleh dilapnya dengan lengan baju kurungnya.
Tiba-tiba, ada sekeping kertas kecil melekat pada hidungnya. Tag harga, RM 0.80. Dia meraba lengan dan bahunya rupanya bukan satu tag harga yang melekat pada lengan bajunya, tapi tujuh. Mungkin ia terlekat sewaktu dia di pasaraya tadi. Nadia membatalkan niatnya untuk terjun dan meneruskan hidupnya.
Pengajaran : Jangan mengambil serius sangat tentang apa yang diperkatakan orang. Adakalanya ia hanyalah gurauan semata-mata.
Selamat hari Isnin.
Selamat hari Isnin.
P/S : Sejak beberapa hari ni, aku asyik rasa nak ikat rambut sengget iaitu betempat di atas telinga kiri. Ia adalah bagi menyeimbangkan berat kepala aku dimana aku semakin jarang menggunakan otak kiri pada akhir-akhir ini.

lol ! ingatkan apa ..
BalasPadamahahahahaaha! abeh satu bilik aku ni aku gelak. igtkan apahal smua org pnggil dia pompuan murahan. cis. teg harge rupenye.
BalasPadamtringat ak lagu price tag walaupun aku takpaham kena mngena dgn entri ni. hehe
hehe
BalasPadamien..... =.="
BalasPadamtapi sesuatu benda telah mgelikan telinge aku..
kalau kau rasa gelombang itu.. ce cakap.. huhuhu :p,
1) aku nak serius tadi. terus tak jadi lepas tengok kartun tu. *betulkankalauapayangakufikirkannisalah* aku nampak sesuatu. hahaha!
BalasPadam2) mungkin ni diklasifikasi sebagai gurauan yang kasar.
3) gaya sikat rambut boleh tentukan keseimbangan otak? menarik ni. ada point tak?
ana, aku rasa kau geli dengan kartun tu..sebenarnye..aku pun..
BalasPadamnveil,
1)kau tak salah, aku yang salah.hahaha!
2)gurauan yang menunjukkan hilangnya sensitiviti dalam masyarakat hari ini.
3)tiada kajian saintifik yang menunjukkan keberkesanannya.
ingatkan sebab tuala wanita Librese memang murah, tak branded.
BalasPadamade tuala wanita branded?
BalasPadamaku tak aware..
macamana ko buat tin FB ngan TWEET tuh? aku rasa nk minum.
BalasPadamaku tak buat, aku amik kat www.softicons.com
BalasPadamhahaa..sedak..sedak..bijok!
BalasPadamThe longest post perhaps.
BalasPadamn the crappiest post ever.hahah
BalasPadam