22.4.11

Surat untuk bumi

Ke hadapan bumi yang dikasihi,

Saya minta maaf sebab kadang-kadang saya lupa tentang awak, saya pentingkan diri sendiri.

Saya minta maaf sebab masa kecil dulu saya selalu bazir kertas sampai mak saya panggil 'hantu kertas'.

Hari tu awak nangis dan menjerit-jerit, saya takot sangat. Saya tahu ada manusia lain yang sakitkan awak, kotorkan awak, cabul awak, cacatkan awak. Maaf sebab saya tak dapat tolong berhentikan jahanam tu.

Saya minta maaf sebab kadangkala saya duduk dalam sejuk penghawa dingin dan menyumpang kepanasan awak sehingga terbuka lapisan ozon awak.

Saya minta maaf sebab hari ni saya tak pakai baju hijau. Saya pakai tshirt hitam yang ada tulisan berwarna hijau, harap awak tetap suka.

Saya minta maaf disebabkan saya OCD, saya selalu mandi lama dan membazir air. Hari ni saya mandi sekali je dan saya akan cuba kurangkan penggunaan air untuk kesejahteraan awak.

Saya banyak buat salah, harap awak maafkan saya. Saya akan cuba untuk tidak mengulanginya lagi.

Sejak awak dah tua ni, awak selalu marah-marah. Awak mengalami sindrom monopouse ke?

Untuk pengetahuan awak, saya dah tak pakai plastik ketika membeli-belah kecuali kalau saya terlupa bawa shopping bag, keluarga saya pun sama.

Saya dan keluarga telah mula mengumpul botol-botol kaca untuk dikitar semula. Harap awak gembira.

Saya dah letak energy saving mode pada blog saya, harap awak suka. Saya akan kurangkan penggunaan tenaga elektrik untuk kesejahteraan awak.

Awak..
Terima kasih sebab jadi planet tempat saya tinggal dari kecil. Saya akan cuba jadi penduduk yang baik.

Selamat hari awak.
Sayang awak.

Photobucket

9 ulasan:

  1. ikhlas ke tak ni?

    BalasPadam
  2. saya SAYANGkan BUMI ini juga.. *hugs*

    BalasPadam
  3. ouh semalam hari bumi.

    apa ertinya hari bumi kalau hanya sehari saja dihargai seolah seperti genjatan senjata semasa perang hanya untuk menghormati masa makan...

    harap bumi faham.

    BalasPadam
  4. hari bumi, hari-hari.

    BalasPadam
  5. kalau ada sejuta sebilion yang fikir macam ni.
    Bumi akan stabil tak marah marah.

    BalasPadam
  6. Uncle selalu hantar surat kat daya BUMI....

    BalasPadam
  7. suka tengok blog awak..simple jer..kene la concept mesra alam tu..

    BalasPadam
  8. ama, kalau..
    uncle gedek,ok..hahaha..bumi jugak..
    firdaus,terima kasih.

    BalasPadam