Aku rasa aku ada kegilaan pada perpustakaan.
Menghabiskan sepanjang hari di perpustakaan lebih indah dari membeli-belah dan menonton wayang.
Tadi aku buka post terbaru Ekspresi Ruang.
Tiba-tiba, aku rasa nak pindah Seksyen 13, Shah Alam.
Cewah!
Jadi pustakawati pun menarik juga.
Bau buku agak mendamaikan.

ya perpustakaan baru ni serius sgt cantik dan nampak sgt selesa. menerujakan. semoga koleksi bukunya juga menerujakan, tidak macam dulu
BalasPadamaku sampai sekarang masih bercita2 utk jadi pustakawan haha
ya, harap begitulah.
BalasPadamsemasa tingkatan 6, aku seorang pengawas perpustakaan, aku memilih jawatan itu hanya kerana aku mahu memakai baju berwarna hijau.
aku mula menyukai perpustakaan sejak masuk universiti.
seorang pustakawan pernah bertanya kepada aku,"keluar nanti nak kerja mana?"
"...(jawapan dirahsiakan)",balas aku.
Pustakawan itu berkata, "jadilah pustakawan di sini".
Aku jawab, "taknakla"
kalau dia tanya aku sekarang, aku akan jawab nak.
mungkinkah jawapan kau itu engineer ataupun doktor? hahha
BalasPadamperpustakaan di sekolah rendah adalah jauh lagi menarik dari sekolah menengah
tidak sama sekali.jawapan aku adalah pengiklan.
BalasPadamdi sekolah rendah aku hanya sempat jadi ketua darjah dan penolong ketua darjah.
aku masih ingat buku paling mengujakan di pusat sumber sekolah rendah aku adalah buku pop out iaitu setiap muka surat berdiri tegak dan timbul-timbul bila membukanya.