21.9.11

Eh..lupa pula nak letak tajuk

Pada suatu ketika dulu aku pernah melaung-laungkan lagu American Boy,
kini ada pula lagu Malaysian Boy yang mengambil irama seakan lagu American Boy.
Kalau tak salah aku beberapa minggu lepas ramai juga kawan-kawan yang share lagu ni di laman sosial.
Oleh kerana aku seorang yang agak malas bersosial, aku malas nak dengar lagu ni.
Walau bagaimanapun, aku sempat juga mendengar lagu ini di radio ketika tersepit dalam kesesakan lalu-lintas di pagi hari.
Pika beritahu yang hari tu kecoh pasal ada hantu dalam klip video Malaysian Boy.
Jadi aku cari hantu itu(sememangnya aku suka mencari hantu sepertimana yang aku pernah ceritakan di sini), aku tolong print skrin untuk korang yang belum tengok lagi.
Aku rasa memang diorang saja ar letak hantu bagai ni, baru market kan..
Tak tahu pula aku yang hantu sekarang dah tahu pakai baju putih yang ada lengan macam jubah.
(kau tengok kat anak panah tu, baju hantu tu ada lengan)
Mungkin fashion designer hantu dah up sket, sekarang dah belajar buat lengan.
Aku rasa fashion designer manusia patut belajar dari fashion designer hantu bagaimana nak reka baju yang berfungsi sebagai baju iaitu menutup yang sepatutnya.
Mungkin juga mereka patut saling berkawan baik untuk bertukar-tukar idea untuk kebaikan bersama.

----

Aku selalu juga terserempak dengan seorang lelaki ni.
Tapi setiap kali terserempak aku buat muka kosong.
Bukan aku sombong cuma agak pemalu terutamanya pada mereka yang kelihatan extrovert,
memandangkan aku seorang yang agak introvert(agak la).
Kami terserempak lagi dan lagi dan lagi.
Aku buat muka kosong.
Lelaki itu berlalu di tepi aku dan berkata dengan nada perlahan, "Macam cun"(dengan nada memerli).
Aku meneruskan perjalanan seperti aku tidak mendengar apa-apa sambil berkata dalam hati, "Mampos kau ar!"
Aku tidak pernah rasa aku cun pun.
Itu saja nak beritahu.

Kesimpulannya, kadang-kadang perangai hantu lagi bagus dari manusia. Hantu nak masuk video klip manusia pun pandai senyap je duduk tepi, tiada pula hantu nak sibuk minta perhatian dengan berkata, "Macam cun". Malah, hantu juga tidak mahu mendedahkan kehotan dirinya dengan pakaian-pakaian menjolok mata. Keserian warna putih menunjukkan yang hantu selalu menukar baju, dan memakai baju yang telah dibasuh. Bukan seperti sesetangah manusia yang memakai seluar jin yang sama sehingga berbulan-bulan, dah la pinjam seluar dari jin pastu tak basuh-basuh(ini adalah cubaan melawak yang gagal dan kekok). Tekstur baju hantu yang tidak berkedut sepertimana yang tertera dalam gambar di atas menunjukkan hantu menggunakan pelembut kain jenama Downy,.."bagaikan berjuta seterika".

Photobucket

8 ulasan:

  1. shit bunny suzuki ni capture aku lagi.

    mungki aku patut get one.
    tapi mungkin tu harapan je.



    anyways,
    aku paling benci lelaki macam tu.
    kalau berani sangat try ar teckle orang sombong. baru macho bai...

    BalasPadam
  2. jangan rasa bersalah tentang arnab itu.
    dapatkanlah, mengapa ragu-ragu?

    laki sebegitu jarang menggunakan otak.
    aku tak sombong cuma bukan peramah dan tak mudah senyum pada stranger adakalanya berkelakuan aneh tapi orang tak kenal aku akan kata aku sombong pada mulanya.

    BalasPadam
  3. aku pernah tahankan pintu untuk seorang makwe dan dibalas dengan 'macho la sangat'

    bodoh

    ok berbalik pada lagu yang tersebut.
    lagu ni tak best. lagu ni kolaborasi ramai2 kan? takkanlah tu je yg mampu diorg boleh buat, plagiat lagi

    haish

    BalasPadam
  4. nasyrun, sesetengah orang memang tidak tahu berterima kasih dan ia sesuatu yang memalukan bagi dirinya.

    lagu tersebut, ya,aku juga berfikiran yang sama.

    BalasPadam
  5. "Mampos kau ar!"

    Pttnya g ckp betul2 kat tepi cuping telinga dia.

    BalasPadam
  6. mommy fara, saya cuma tidak mahu memberi reaksi yang saya infekted dengan kebodohannya.

    BalasPadam
  7. Dan sememangnya hantu itu pakaiannya lebih sopan daripada Ila Damiya yang memakai baju lengkap tetapi nmpk bentuk 'susuk tubuhnya'.

    BalasPadam
  8. ya-ya.sememangnya.

    BalasPadam