PERINGATAN : Pertengahan cerita ini agak menyedihkan. Sila sediakan tisu sekiranya anda seorang yang tidak dapat mengawal perasaan sedih sehingga menyebabkan lebihan mukus di dalam hidung dan air otak berwarna jernih yang meleleh melalui lubang kecil di tepi mata.
Situasi : Aku masuk di dalam sebuah kedai menjual ikan peliharaan.
Aku : Uncle, ada jual ikan laga betina tak? Saya ada ikan laga jantan, saya nak carikan girlfriend untuk dia.
Uncle kedai ikan : Hahah!Ikan laga mana ada betina..
Seorang pelanggan kedai : Haha!Kalau duduk sama-sama nanti gaduh..
Aku : Tapi kalau takde betina macam mana mereka membiak?
Persolan itu tergantung di situ.
Aku berfikir, "Tak mungkin ikan laga gay?"
Aku merujuk persoalan itu kepada sepupu aku yang mengambil pengajian biologi.
Katanya : Ada ikan laga betina tapi tidak dijual untuk tujuan hiasan kerana ikan laga betina warnanya gelap dan tidak menarik seperti ikan laga jantan. Untuk mengawankan ikan laga, tunggu sehingga muncul buih-buih muncul pada permukaan air, kemudian masukkan ikan laga betina.
Atas bantuan seorang kawan kesayangan yang berasal dari Kedah, aku mendapatkan ikan laga betina yang hot macam awek Kedah dengan rupa paras ala Rozita Che Wan.
Bila muncul buih-buih pada permukaan air, aku masukkan ikan laga betina yang hot itu.
Kau tahu apa ikan aku buat?
Dia balun awek tu sampai mati.
Kematian awek Kedah tu memang tragis, aku tengok bangkai dia pun ngeri.
Aku fikir-fikir balik, mungkin ikan aku gay, tapi aku tak sanggup carikan boyfriend untuk dia semata-mata untuk melayan nafsu songsangnya itu.
Mungkin salah aku juga kerana menamakan dia Lala sehingga menyebabkan dia mengalami kekeliruan jantina.
Kini telah hampir tiga tahun Lala kembali ke rahmatullah akibat air dalam diselaputi asap penyempur denggi sehingga menyekat oksigen dari masuk untuk proses pernafasannya.
Beberapa hari yang lalu, aku memasuki sebuah laman berbual yang tidak asing lagi bagi mereka-mereka yang kesepian seperti aku.
Aku telah berbual dengan seorang yang tidak dikenali tentang topik-topik rawak dalam kehidupan.
Orang yang tidak dikenali itu telah mengajar aku cara mengawankan ikan laga.
Beritahunya ikan laga jantan harus dimasukkan ke dalam balang besar.
Kemudian, masukkan ikan laga betina ke dalam balang kecil yang lain kemudian masukkan ke dalam balang besar yang berisi ikan laga jantan itu, dimana ikan jantan hanya boleh melihat ikan laga betina dari jarak dekat tanpa boleh bersentuhan.
Setelah beberapa hari, buih-buih akan muncul di permukaan air, ketika itu lepaskan ikan laga betina ke dalam balang ikan laga jantan untuk proses persenyawaan.
Selepas proses persenyawaan berlaku, asingkan ikan laga betina ke dalam bekas lain.
Tinggakan telur ikan bersama ikan laga jantan kerana dia yang akan menjaganya.
Kau tahu apa maksud semua ni?
Arwah Lala bukannya gay tapi aku yang salah teknik persenyawaan.
Disebabkan aku, Arwah Lala mati dalam keadaan nafsu yang tidak kesampaian untuk meneruskan kemandirian spesis.
Aku bersalah.
Patutkah aku dihukum dengan menerima nasib yang sama seperti Arwah Lala?
Al-fatihah buat arwah Lala. Apakata kau pegi buat badal haji untuk arwah Lalu supaya roh dia tenang sikit.
BalasPadamkami org kedah
BalasPadamckp ikan laga tu
sbg 'ikan karin'
dan hal ini lansung
tak ada kena-mengena
dgn maya karin
serius
p/s: tak sangka kau pun suka jgk bela spesis betta fish ni...kagum!
rabbit suzuki kau ni kiut gila.
BalasPadamkau ni murder second degree ni.
tanpa niat..
jadi tak mengapa
lavender harum wangi, aku rasa roh dia memang tenang sebab dia tak pernah kacau aku dalam bentuk hantu ikan laga.
BalasPadampak lang, terima kasih atas info tersebut. nota kaki kau aku pertikaikan, penggunaan perkataan pun kemudian diakhiri kagum.aku tafsirkan kau kagum dengan diri kau juga.
mira chantek, kau lebih kiut dari rabbit tu. aku tak bunuh,ajal dia yang sampai.
ya
BalasPadammmg tak
dinafikan
aku kagum
dgn diri sendiri
jugak...serius
haha...sbb sesetengah
org aja yg minat benda2
mcm ni dan bg aku bela
betta fish ni jugak adalah
suatu seni...dan kau akan rasa
lebih kagum dgn diri sendiri
apabila ikan yg kau bela tu adalah
hasil dari tangkapan kau sendiri
tak kisah lah dr mana2 bendang atau
paya nipah...tp klu dpt yg baka
bagus maka bertambah2 kagum lg ah!
hahaha
:) kau aneh.
BalasPadamaneh itu
BalasPadamindah
kadanng2 :)
kau nak kata kau indah ar?XD
BalasPadamtak kan la
BalasPadamaku nak kena
tulis panjang2
lg mcm kt atas tu?
hahaha...x mau ah
baiklah tapi aku rasa tak tulis panjang2 pun masih boleh menerangkan sesuatu.
BalasPadamYa
BalasPadamala..takde penerangan ke?
BalasPadamHaha ikan jantan hanya boleh melihat ikan laga betina dari jarak dekat tanpa boleh bersentuhan. Bia bagi horny dulu ke. Haha
BalasPadam