20.9.11

Hati yang menaip


Kelihatan tompok hitam seperti peta pada lengan aku, itu adalah tanda lahir.
[sila rujuk gambar di atas]

Tanda lahir adalah tanda yang wujud sejak dari lahir manakala sijil beranak pula adalah sijil penghargaan yang diberikan kepada ibu bapa kerana menyebabkan aku lahir.

Hari ini adalah ulangtahun kelahiran adik aku yang memegang dua stereng serentak (gila kuasa) di belakang aku itu.
[sila rujuk gambar di atas]

Aku sayang adik aku sebab dia adik aku, kalau adik orang lain, aku malas nak sayang.

Untuk Akmal Azfar, ini sahaja kek yang Along mampu buatkan
[sila rujuk video di bawah]
Harap berselera.


Sekian, terima kasih kerana menjadi adik kepada Amalina.

P/S : Adik aku sememangnya tidak boleh dikategorikan sebagai benda kecil, beliau adalah benda besar dan berbulu.

Aku juga mahu beritahu bahawa hari ini aku banyak menekan spacebar, anak panah ke kanan dan anak panah kiri kerana keterujaan menjumpai ini.
[sila rujuk pautan pada perkataan 'ini' yang berwarna merah]
Oleh kerana banyak menggunakan jari untuk mengumpul coklat,
maka hari ini aku suruh hati yang menaip.

Photobucket

17 ulasan:

  1. Amal....20.9.11

    Terharu giler.... Bangge dpt kakak mcm nie.... Serius...

    BalasPadam
  2. ien... nak jadi adik ko jugak la... aku suke bila vid tu ade nama amal! giler jeles... ko x bg aku kek pun ien... hahaha...

    BalasPadam
  3. aku nak jugak lin woi

    BalasPadam
  4. "kau mmg kakak yg baik...ambil la tisu ni..."

    (sambil menghulurkan sebungkus
    tisu pada kau)

    BalasPadam
  5. kahkahkah

    asyik!

    patut lah

    kau suruh hati

    yg menulis

    aku punya teruja

    surah hati ja yg jwb

    pertanyaan dari rakan td

    hahaha

    p/s : score 1804 ja...banyak cekelat terlepas...huhu

    BalasPadam
  6. abid, nanti aku ko.heh..tak sangke kau berselera dengan kek tu..

    wadi AR, aneh rasanya dipanggil lin..heh..

    pak lang, takpe..aku dah lap dengan lengan baju aku.kau lambat(sambil mencampak sebungkus tisu ke muka kau).
    aku tahu kau teruja tengok wanita itu berjalan berkemban setelah mandi.heh..aku main sepanjang hari sampai tak ingat lansung score..

    BalasPadam
  7. ceh...aku baru ja nak

    meniaga tisu...kau dah

    musnahkan perniagaan aku.

    haha



    wanita berjalan berkemban
    setelah mandi? hurmmm...
    tp dia cuma lap separuh saja
    wap di cermin tu...haha :p

    BalasPadam
  8. cubaan menjual tisu pada seorang yang miskin dan pengotor(merujuk kepada diri sendiri) tidak pernah akan berjaya.(sambil ketawa seperti seorang yang ketawa untuk pertama kali dalam hidupnya)

    BalasPadam
  9. Ape tu Magnum Pleasure Hunt? Tak kua pape pun?

    =(

    BalasPadam
  10. aku membayangkan

    yg kau keliru dan

    tak pasti mcm mana untuk

    ketawa lantas aku pun

    mengambil kesempatan

    "untuk ketawa, anda perlu
    menyumbatkan tisu di kedua2 belah telinga...nah, ambil tisu ni..."

    (menjual tisu lg)

    BalasPadam
  11. mommy fara, maybe lambat loading kot..

    pak lang, jauhkan aku dari tisu-tisumu itu kerana aku juga mempunyai tisu-tisu dibawah lapisan epidermis.

    BalasPadam
  12. P/S : Adik aku sememangnya tidak boleh dikategorikan sebagai benda kecil, beliau adalah benda besar dan berbulu.


    aku suka gila yang ini.

    lol.

    BalasPadam
  13. kau suka benda besar dan berbulu?(muka curious)

    BalasPadam
  14. Baiklah kalau begitu.

    errr...

    roti tisu nak tak?

    BalasPadam
  15. ya, berikan saya roti tisu tanpa gula satu.

    BalasPadam
  16. yes!

    ini lah yg

    dinamakan sbg

    bisnes planing.

    hahaha

    BalasPadam