6.10.11

Usrah

Aku teringatkan kata-kata seorang rakan dalam perbualan telefon kelmarin ;
"Bila aku cakap dengan kau, aku rasa macam tengah cakap dengan Usrah".

Ini bukan pertama kali dia berkata begitu, sudah beberapa kali.
Malah aku pernah dibawa berjumpa Usrah dalam satu pertemuan disaksikan cendol tapai, laksa dan air barli.

Tambahnya lagi ;
"Aku tak tahu kau yang sama macam Usrah atau Usrah yang sama macam kau, aku tak tahu siapa yang klon siapa, setiap kali aku bercakap dengan Usrah dan duduk sebelah Usrah aku rasa macam kau ada sebelah aku...tapi aku rasa kau yang sama macam Usrah, sebab macam mustahil pulak budak 5 tahun berfikiran macam person 24 tahun".

Selepas perbualan telefon itu aku terus tertidur lena.

Aku tak tahu itu pujian atau apa, ia sesuatu yang janggal.
Berdasarkan pertemuan dengan Usrah pada suatu ketika dahulu, aku  harus mengaku yang Usrah bukan kanak-kanak biasa, sedangkan aku seperti kanak-kanak yang lain ketika seusia dengannya.

Photobucket

16 ulasan:

  1. Bila Usrah dikaitkan Amalina, itu satu penghargaan.

    Tapi kalau Amalina dikaitkan dengan Usrah, itu KEJI!

    =p

    BalasPadam
  2. apa sedak sangat nama Usrah ni.

    BalasPadam
  3. fara, tapi tak mungkin kawan saya mengeji saya.

    makwe joni, salah pulak..nama dia bukan usrah..nusrah.

    BalasPadam
  4. cepat sangat ko berpatah balik berperangai kanak-kanak sebelum merasa tua.

    macam epek the curious case Benjamin Button.

    BalasPadam
  5. aku kira.. ko nampak je dewasa.. tapi perangai masih lagi cam kanak-kanak.. =P

    BalasPadam
  6. jadi nama dia Nusrah? kahkahkah, okbai.

    BalasPadam
  7. ghost writer & faaein talip roy, aku tak macam budak-budak pun.

    lavender harum wangi,ya nusrah.klu aku tak salah.haha!

    BalasPadam
  8. eh?
    usrah atau nusrah?
    kebetulan atau ketidaksengajaan? heh

    BalasPadam
  9. kau nusrah yang 5 tahun tu ke?

    BalasPadam
  10. *geleng kepala*
    sudah tentu bukan.. =)

    BalasPadam
  11. Perghhh...cendol tapai!

    BalasPadam
  12. kau beli cendol, kau beli tapai.campurkan.masyuk giler wey..

    BalasPadam
  13. tapai aiskrim pun layan jugak...

    BalasPadam
  14. adik aku juga kata kombinasi tapai dengan aiskrim vanilla sangat enak.
    aku tak pernah rasa,heh..

    BalasPadam
  15. bila kau mention Usrah, aku bayangkan "usrah".

    kuasa caps lock.

    BalasPadam
  16. heh..aku salah..nusrah sepatutnye..

    BalasPadam