15.10.11

Sos cokelat

Situasi : Aku sedang mencari gula caster di kawasan rak terletaknya barang-barang membuat kuih,biskut dan kek. Kemudian, datang seorang makcik bersama seorang budak kecil.

Makcik  : Eh..bestnye ni..boleh curah atas ais krim, letak dalam roti..(sambil memegang sebotol sos cokelat)

Budak kecil : Tak payah la beli benda bukan-bukan yang kita tak pernah beli..

Makcik : Ni boleh letak atas ais krim, curah atas roti..

Budak kecil : Takyah beli..jom la..

Aku cuma mendengar perbualan ringkas itu.

Ada kemungkinan roh kanak-kanak itu ada dalam jasad makcik itu manakala roh makcik itu ada dalam jasad kanak-kanak itu.

Secara ringkasnya, mereka bertukar badan.

Photobucket

7 ulasan:

  1. atau mungkin otak
    yg tertukar...?

    BalasPadam
  2. mantap tul kau,Amalina.benda macam tuh pun kau tembus pandang dan fikirkan.

    berkemungkinan jugak tuh..

    BalasPadam
  3. hahaha
    mungkin budak itu mahu memulangkan paku buah keras kerana sebelum itu mak dia menghalangnya membeli cikedis/koko krunch/aiskrim pop menggunakan alasan yang sama

    BalasPadam
  4. pak lang,mungkin juga.mungkin juga hati mereka yang bertukar.sebab nafsu lebih dipengaruhi oleh hati.terlampau banyak kemungkinan.

    ghost writer, aku selalu nak tahu kenapa seseorang bertindak sebegitu dan sebegini.ia membawa aku pada kesimpulan tanpa kepastian.hahah

    nasyrun,satu persoalan je yang bermain di minda aku, 'kanak-kanak mane dalam dunia ni yang menolak cokelat'.lainlah kalau hendak dibelikan ikan kering.

    BalasPadam
  5. seperti cerita linsay lohan friki fraidei

    BalasPadam
  6. a'a..dulu aku ada cd cetak rompak cerita tu, setiap hari aku ulang cerita tu..sampai satu hari aizat kencing atas cd tu sebelum mak aku sempat pakaikan pampers.aku buang saja cd tu.

    BalasPadam
  7. cerita tragis cd yang menyayat hati

    BalasPadam