11.10.11

Shampu bayi

Aku membeli sebotol shampoo bayi Johnson & Johnson berukuran 100ml.

Aku menghulurkan botol itu kepada juruwang di kaunter untuk membuat pembayaran.

Aku mengeluarkan duit berjumlah RM 6, memandangkan aku membaca harganya di rak tadi ; RM 5.80.

"Teet!", mesin pengimbas harga berbunyi.

RM 2.90, harga tertera di skrin.

"Aik..bukan 5 ringgit 8 ke?", tanya aku kepada juruwang.

"Nak bayar lebih ke?", balas juruwang itu.

"Tak, tadi saya tengok RM 5.80", balas aku kembali kepadanya.

"Betulah saya scan harga ni..tapi kalau nak bayar lebih pun boleh", kata juruwang itu kembali.

"Heh..mestilah nak bayar sikit..", balas aku kembali.

P/S : Aku bukan beli shampu bayi itu untuk digunakan sebagai shampu rambut. Aku dah lama sedar yang aku bukan bayi lagi.

Photobucket

16 ulasan:

  1. habis tu kau beli shampu itu untuk apa

    BalasPadam
  2. untuk basuh muka.sebab aku terpengaruh dengan perempuan dalam video ni cakap http://youtu.be/DzecKfesj60.

    walaupun bunyi macam gila, mengunakan shampu untuk membasuh muka. aku dah cuba, ia berkesan.

    sememangnya, aku risau dengan kandungan bahan kimia berbahaya dalam bahan kosmetik dipasaran.

    BalasPadam
  3. ooo
    adakah ia telah dibuktikan secara saintifik atau kesan placebo saja

    BalasPadam
  4. rasanya ia memang berkesan.kau pun boleh cuba.

    BalasPadam
  5. terima kasih sajalah, muka aku tak berjerawat sgt :)

    BalasPadam
  6. siap kau Amalina kalau tak jadi.aku dah seminggu tak basuh muka nih.uh!

    BalasPadam
  7. nasyrun, muka aku tak berjerawat pun.tapi aku rase ia sesuai untuk semua jenis kulit.

    ghost writer, aku yakin takkan jadi pape.

    BalasPadam
  8. Kat mana kau beli syampoo bayi tu.aku nak beli utk anak aku..hehe

    BalasPadam
  9. Bsh muke dgn syampu baby?

    Mmm....

    BalasPadam
  10. HARIAN METRO (minggu depan) :

    2 ORANG BLOGGER JADI ZOMBIE
    GARA-GARA AMALAN CUCI MUKA GUNA SYAMPU BAYI.

    *ok, aku berimaginasi saja...

    BalasPadam
  11. naniezara, kat watson..aku pun pelik nape murah..heh

    fara, ya..begitulah..:)

    pak lang, kenapa dua?termasuk kau ke?

    BalasPadam
  12. pada minit keberapa dia cakap pasal cuci muka 2?

    BalasPadam
  13. aku pun macam terpengaruh..

    BalasPadam
  14. sily willy sarah, hehe..entah.tgkla sendiri.

    mira chantek, aku berpuas hati dengan hasilnya setakat ini.marilah terpengaruh sama.

    BalasPadam
  15. Amalina & ghost writer

    aku tak ada kena
    mengena dalam kes ni...

    BalasPadam
  16. kau juga patut terlibat.

    BalasPadam