7.10.11

Buah pir

Pagi tadi sebelum aku keluar, aku buka peti sejuk.
Ada kepala manusia dengan lidah terjelir di sebelah longgokkan buah pir.
Aku ambil dua biji buah pir.
Aku ambil kepala manusia itu, cabutkan kepala aku dan gantikan dengan kepala itu.
Aku basuh sebiji buah pir dan memakannya.
Buah pir itu dikurniakan mata dan mulut, ia mengerang kesakitan tatkala mulut aku menrobek kulitnya.
Sebiji lagi buah pir aku masukkan ke dalam bagasi.
Buah pir itu menjerit "Oi!aku tak nak tidur dalam beg busuk ko ni, aku nak udara segar dalam peti sejuk tu!"
Aku meletakkan buah pir yang sedang aku makan di tepi.
Buah pir itu sudah keletihan menjerit, ia terkulai layu dengan badan terkopek-kopek.
Aku memakai stokin yang masih berbau sabun.
Stokin itu berkata, "Saya sedia berkhidmat untuk anda, Amalina", kemudian aku membalas dengan senyuman semanis buah pir.
Aku sambung makan buah pir itu
Buah pir yang telah aku makan 76.8% itu tinggal nyawa-nyawa ikan.
Sebiji buah pir habis.
Buah pir di dalam bagasi masih belum berhenti mengomel.
Aku muak.
Aku muntahkan balik buah pir yang telah aku makan tadi, aku tahu dia sebenarnya tidak rela menjadi sarapan pagi aku.
Aku keluarkan buah pir yang satu lagi dari bagasi dan letakkan di atas meja ruang tamu.
Buah pir itu memekik "Oi!aku tak nak duduk atas meja ni, aku nak udara segar dalam peti sejuk tu!".
Aku biarkan saja di situ.


Aku cuma mahu beritahu yang aku tak masukkan semula buah pir itu dalam peti sejuk semula sebab aku dah pakai stokin, takut nanti stokin aku kotor atau terkena air.

P/S : Ayat yang tidak bergaris itu cerita sebenar, ayat yang bergaris itu hanya bahan perasa yang diluluskan.Tiada campuran bahan daripada babi, yang ada cuma penulis yang ketandusan idea seperti seekor babi yang meratapi dirinya yang dilahirkan sebagai najis mughallazah.

Photobucket

12 ulasan:

  1. bukak peti sejok juga..?

    BalasPadam
  2. Tak apa. Pas nie ley samak dgn yakin ok? Agak2, mana nak cari tanah yg suci eh?

    BalasPadam
  3. uncle gedek, kita sama-sama bukak peti sejuk arini.hehe!kepala uncle yang dalam peti sejuk tu kan..

    fara, mungkin ada salah faham disini.heh..

    BalasPadam
  4. pear girl.

    sebelum kana,lap dulu pir dengan stokin yang masih ada bau sabun.ia sangat membersihkan.

    BalasPadam
  5. huh..aku pear girl.aku impikan kaki peha seperti lelaki.

    kalau begitu membersihkan, dah lama aku jilat kaki sendiri.

    BalasPadam
  6. kepala kau dah ganti dgn kepala dalam peti sejuk tu. sebenarnya kepala mana yang makan buah pear tu

    BalasPadam
  7. cerita sebenar hanyalah ayat-ayat yang tidak bergaris.yang bergaris tipu belaka.

    BalasPadam
  8. maka aku harus baca kembali cerita ini

    BalasPadam
  9. bacalah dengan mengendahkan ayat-ayat bergaris,hakikatnya ceritanya amat pendek dan tanpa titik tuju.

    BalasPadam