18.9.11

Roket kertas

Aku duduk memerhatikan seorang anak kecil sedang bermain roket kertas.
Setiap kali sebelum dia membaling roket kertasnya, dia akan terlebih dahulu meniup bahagian hujung kedua-dua belah roket kertasnya.
Perbuatannya mengingatkan pada perbuatan yang sama aku lakukan ketika kecil dulu.
Perbuatan ini dilakukan atas kepercayaan bahawa ia boleh menambah kelajuan roket itu,
padahal tidak sama sekali.
Mungkin aku patut ke arah kanak-kanak itu dan memberitahu bahawa perbuatan itu sia-sia,
tapi aku lunturkan sahaja niat itu.
Biarkan dia tahu sendiri pabila dewasa kelak.

Photobucket

16 ulasan:

  1. ini situasi yang sama dengan memasukkan lilin ke dalam biji getah nak bagi biji getah itu kuat nak mampus.

    sapa tah yang mulakan ajaran ni semua aku pun tak tahu

    BalasPadam
  2. ya...

    beri dia cekelat udang

    dan biarkan dia bersama

    roket kertasnya

    BalasPadam
  3. nasyrun dan pak lang, :)

    BalasPadam
  4. bunny suzuki [aku tau nama dia lain tapi aku lupa] ni kiutttttt


    hehe satu lagi adalah kepercayaan jangan tiup sharpener nanti tumpul

    BalasPadam
  5. mirachantek comel bergaya, namanya tuzki.aku juga termasuk dalam golongan yang percaya tiup sharpener nanti ia tumpul.haha!

    BalasPadam
  6. tiup sharpener tu agak lama juga, masa aku pun sudah ada.

    pak lang, cokelat udang tu plastik dalam dia boleh dimakan

    BalasPadam
  7. ya, masa aku dulu pun ada gula2 itu.aku rasa sekarang juga ada.yang anehnya mengapa aku lebih teruja makan pembalut yang boleh dimakan itu berbanding gulanya.

    mungkin aku kurang suka manis.

    tumpang tanya, gula-gula rabbit juga boleh dimakan pembalutnya kan?

    BalasPadam
  8. ya, makan pembalut itu lebih menerujakan. ya, cokelat udang itu sgt manis maka pembalut itu telah agak meneutralkan kemanisan itu

    gula2 rabbit aku tidak berapa pasti. rasanya pada zaman aku masih belum wujud benda tu

    BalasPadam
  9. ada kot.kau lupa.

    gula ni : http://www.myindo.com/story/182.asp

    BalasPadam
  10. oh masih tema yang sama dgn gula2 udang tp mmg betul ia masih belum wujud di zaman aku

    BalasPadam
  11. bagi aku,gula-gula arnab putih lebih enak rasanya.

    BalasPadam
  12. cekelat udang mmg rare!

    sbb 'plastik' dalam nya

    boleh dimakan tanpa ragu2

    dan brg siapa yg di zmn kanak2

    nya tidak pernah mkn cekelat

    udang, maka rugi dan tidak

    lengkap lah zmn kanak2 nya itu

    sekian.

    *guli (ibu) kna ketuk2 dgn guli lain sebelum membuat balingan, baru lah guli (ibu) itu tepat mengenai sasaran...pun sejenis kepercayaan karut...*

    BalasPadam
  13. tak rare ar..bersepah je..

    ya.guli itu..aku tak pernah lakukan aku pernah melihat adik aku lakukan, aku rasa ia kelakuan yang sangat style.

    BalasPadam
  14. mmg bersepah

    tp tak semua kanak2

    yg paham akan nilai

    sentimental cekelat udang tu

    haha


    a'ah...kelakuan mengetuk2 guli sebelum membuat balingan/tuju mmg style sebenarnya...nampak lebih yakin untuk membolot guli lawan.

    BalasPadam
  15. aku lebih sukakan gula-gula arnab putih.

    ya, tepat dua kali.

    BalasPadam
  16. pun boleh :)

    tepat tiga kali.

    BalasPadam