26.9.11

Jilat jari

Aku terganggu melihat tabiat menjilat jari sebelum menukar muka surat tidak kira ketika membaca buku atau surat khabar atau majalah mahupun memegang wang kertas, senang cerita sebarang bahan daripada kertas.

Aku perhatikan tabiat ini lebih meruncing pada orang-orang yang berumur berikutan hilangnya kadar lembapan pada tangan.

Aku sendiri pernah alami situasi sebegini walaupun belum tua, sepertimana aku pernah ceritakan di sini.

Memandangkan sekitar tiga bulan ini hidup aku banyak berdepan dengan kertas,
jadi adakalanya aku menghadapi masalah untuk menyelak kertas walaupun kerap kali memakai losyen pelembap.

Akibat ketidaksenangan aku dengan tabiat menjilat jari,
ia meyukarkan kerja aku adakalanya mengundang luka kecil pada jari akibat bergesel dengan hujung kertas yang tajam bagaikan daun lalang.

Ketidaksenangan aku menyelak kertas diperhatikan seorang mak cik.
Kemudian, mak cik itu telah menurunkan ilmu isim kepada aku.
Cuma perlukan sebatang pen/pensil kemudian ikatkan getah gelang dihujungnya.
Gunakan hujung pen/pensil yang telah digelung dengan getah gelang itu setiap kali menyelak kertas.
Manakala sekiranya anda kerap memegang kertas bolehlah ikat getah gelang pada hujung jari seperti gambar di bawah (gulungkan jari dengan getah gelang tebal-tebal sikit).


Mudah saja.
Tak perlu beli benda ini.

P/S : Kalau aku lihat orang baca surat khabar jilat-jilat jari, aku tidak berminat nak pegang surat khabar tu dah.

Sekian.
Jangan biarkan hidup anda diselubungi KUMAN & BAKTERIA.

Tapi..
Sepertimana yang disarankan dalam keratan akhbar di bawah..


Makanlah tahi hidung.

Photobucket

Eeeww~

5 ulasan:

  1. lavender harum wangi26.9.11

    tabiat yang boleh membunuh, mati keracunan. rujuk kes dalam Detektif Conan.

    BalasPadam
  2. taik idung masin

    BalasPadam
  3. ya...sama jugak dgn

    tabiat mengunyah ais

    selepas minum minuman sejuk

    juga boleh membunuh.

    BalasPadam
  4. Nak-nak klu hidung tu mcm hidung kartun pink pakai topi askar Nazi kat bwh nie kan? Eii! Najis mughalazah!

    BalasPadam
  5. lavender harum wangi & pak lang,ya,membunuh itu istilah yang paling sesuai.

    nasyrun, enak dimakan begitu saja.

    mommy fara, jangan salahkan dia kerana ditakdirkan menjadi najis mughalazah..heh..

    BalasPadam