9.9.11

Hilang

Aku nak sambung cerita Derek, tapi kertas yang aku conteng cerita tu dah hilang.
Kertas tu sangat komot dan penuh dengan tulisan tangan yang tidak teratur.
Kalau aku jumpa nanti aku akan sambung cerita tu.
Derek merupakan cerita fiksyen yang aku tulis dengan bersyaratkan perlu menggunakan tajuk-tajuk entri yang pernah aku post.
Aku rasa sudah ada keperluan untuk aku beli sebuah buku nota kecil yang boleh dibawa kemana sahaja.
Aku tak pakai telefon canggih yang boleh taip benda panjang-panjang.

Kalau aku tak jumpa kertas yang aku conteng cerita Derek tu, aku malas nak sambung fikir balik cerita tu sebab cerita tu buat aku pening kepala.
Pening aku juga tidak berbaloi kerana adik aku pernah cakap dengan aku :
 "Along, Acan tak suka cerita Derek tu..banyak sangat link"

Aku rasa banyak benda dalam hidup yang aku buat tanpa ada sebab yang kukuh kenapa aku perlu bersusah-payah buat begitu.
Ha-ha.

Tadi aku bersemangat salin lirik lagu ni, kan aku beritahu tengah ketagih lagu ni.
Punyalah bersemangat aku salin atas kertas sampai tangan aku lenguh.
Lagi dua perenggan nak habis menulis, aku bertanya kepada diri sendiri :
"Kenapa kau tak copy paste je Amalina?"

Aku rasa muka aku muka muda tapi jiwa aku jiwa orang tua.
Aku selalu lebih suka menggunakan pen dan kertas berbanding menaip menggunakan papan kekunci.
Malah, pilihan aku juga macam orang tua.
Buktinya :

Situasi : Aku pergi teman bos aku yang berusia 40-an membeli baju.

Aku : Eh, cantiklah baju ni..
Bos aku : Kau ni Ina.., taste kau macam orang tua..
 Aku : A'a..Ina memang suka baju warna buruk-buruk yang suram-suram nanti orang tak nampak Ina sangat.

Photobucket

14 ulasan:

  1. samala kita. orang muda berjiwa tua ha ha

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama9.9.11

    ina... <<< nama ko sangat epic...

    BalasPadam
  3. kalau menulis boleh juga exercise otot2 tgn dan jari. ahakz

    BalasPadam
  4. kau sangatlah tak boleh pergi shopping dengan aku.......

    BalasPadam
  5. muntos,aku tak suka nak sama.

    tanpa nama, ya.sangat epic.kerana itu hanya orang-orang tua saja panggil aku ina, emak aku termasuk.

    specsy,jari aku dah cukup sihat, aku ada lakukan senaman lain mengunakan jari.

    mirachantek, itu aku dah lama sedar..aku rasa kau sangat sesuai bershopping dengan bos aku.pemilihan warna kau dan dia agak sama.

    BalasPadam
  6. ina ialah nama seorang makwe

    BalasPadam
  7. ok, jgn buat aku rasa jijik dgn diri sendiri.

    BalasPadam
  8. hahaha
    akhirnya ada ciri kemakwean dalam dirimu, INA

    BalasPadam
  9. aku menjelir lidah mebaca komen kau.

    BalasPadam
  10. tua banyak pengalaman.

    Err, ada kaitan tak ?

    BalasPadam
  11. henpon aku pon

    tak canggih

    mana jugak

    tp terlibat dgn

    cukai 6% tu...haha...

    kenapa kita kena tanggung

    cukai diorg? haha

    BalasPadam
  12. sebab kau guna perkhidmatan diorang.selama ni diorang tanggung cukai tu untuk kau.kau salahkan kerajaan sebab naikkan cukai perkhidmatan komunikasi meyebabkan syarikat taknak tanggungkan untuk kau lagi.

    BalasPadam