1.9.11

Biskut raya

Prinsip yang aku pegang setiap kali berkunjung ke rumah saudara-mara dan sahabat-handai ketika berhari raya :
Biskut raya yang cantik kebiasaannya tak sedap.
Biskut raya yang hodoh kebiasaanya sedap.

Itu saja.

Tapi..
 Persepsi cantik dan hodoh adalah berbeza bagi individu berbeza.
Biskut raya cantik bagi pandangan aku adalah biskut raya yang dihias-hias dengan pelbagai warna dan ada tambahan hiasan di atasnya.
Biskut raya hodoh pula adalah biskut yang tidak dihias melebihi keadaan semulajadinya.
Sememangnya citarasa aku lebih cenderung kepada sesuatu yang nampak hodoh dan buruk pada mata sesetengah manusia.
Hal ini juga menyebabkan aku berasa malu ketika memakai baju yang nampak baru dan berbau baru.
Aku rasa blog aku lebih cantik dengan warna latar putih sebegini berbanding corak warna-warni hari tu.

Selamat Hari Raya Aidilfitri
&
sorry kalau ada buat salah.

P/S : Kalau ada siapa-siapa yang nak bagi aku duit raya, bolehlah akaunkan ke akaun Bank Islam bernombor :12092020203284.

Photobucket

16 ulasan:

  1. luar setinggan dalam kondo...ade bran? jemput2

    BalasPadam
  2. Pembunuh Tanpa Bayang :

    aku suka hitam gelap.senang untuk aku sembunyi dari ancaman rasaksa.

    tapi memang betul...kuih raya yang berupa paras buruk adalah sedap dari kuih raya berwarna warni tapi rasanya agak hampeh.

    BalasPadam
  3. samprit mmg sedap...!

    SHRMZB...! :)

    BalasPadam
  4. the naked writer,aku sebenarnye seorang yang malas beraya.

    pisau belati, kau mesti suka aku..aku hitam legam.XP

    pak lang, aku suka kuih makmor.raya tahun ni aku tak makan kuih makmor lagi..

    BalasPadam
  5. nak kena tengok cerita shrek dulu...

    BalasPadam
  6. tak perlu kot uncle..ni muka dia : http://www.picgifs.com/graphics/s/shrek/graphics-shrek-581866.jpg

    BalasPadam
  7. samperit+makmor+mazola = POWER !

    BalasPadam
  8. sampret tu tepung je..kalau campur ngan makmor jadi x sedap ar..

    BalasPadam
  9. sedap! sedap!

    walaupun cuma sekadar

    tepung+majerin+gula

    dan sedikit ceri di ats

    samperit ttp sedap! :)

    BalasPadam
  10. ok, sedap tapi cepat muak..

    BalasPadam
  11. TAK BOLEH BLAH TINGGALKAN NO ACC BANK.

    BalasPadam
  12. tp ttp sedap :)

    (berlalu pergi sambil bersiul2)

    BalasPadam
  13. sedap itu subjektif.
    (sambil menyapu habuk yang melekat di skrin)

    BalasPadam
  14. habuk samperit kan?

    BalasPadam
  15. bukan, habuk kuih batang buruk.

    BalasPadam