7.9.11

Amalina the bitch

Tadi aku sedang sidai kain (cubaan untuk uar-uar kepada dunia yang aku kononnya rajin).
Ada seekor kucing jantan duduk tegak memerhatikan aku dari depan pagar.
Aku tenung dia, dia tenung aku.
Kami saling bertentangan mata.
Aku menyidai kain sambil memerhatikannya menerusi ekor mata (ya, mata aku ada ekor, jangan tanya kenapa).
Setelah selesai menyidai sebesen kain, aku menunjukkan keghairahan dengan pergi mendekati kucing itu.
Tiba-tiba, aku mendengar bunyi "Miaw" di belakang aku, aku perhatikan kucing aku masuk ke dalam rumah membawa diri.
Kucing jantan itu pula lari keluar pagar.

Aku telah menghancurkan hati kucing aku dengan mengorat kekasih dia.
Malang sekali, kekasih dia tak layan aku pun.

Giler bitch aku ni!!(memekik dengan muka bangga bila buat jahat macam budak baru nak up)

Photobucket

41 ulasan:

  1. kau perampas amalina!

    BalasPadam
  2. aku bukan perampas,aku perasan.
    aku perasan bf kucing aku nak ngorat aku.
    btw, aku tak tahu pun tu bf kucing aku.i mean..since when die pandai bercinta?(dengan gaya bitch)

    BalasPadam
  3. aku selalu terpana dgn binatang2 bergerak kat bawah entri kau ni.

    buat aku terus komen tanpa membaca entri kau

    BalasPadam
  4. dah. jangan ngorat binatang bergerak tu, aku punye.

    BalasPadam
  5. haha
    aku dah baca entri kau.

    buat aku terbayang cerita koboi

    BalasPadam
  6. kenapa cerita koboi?
    tiada scence tiup pintol berasap setelah digunakan pelurunya pun..

    BalasPadam
  7. saspen renung merenung cerita koboi sebelum org jahat terjatuh kena tembak ngn hero walaupun mula2 nampak macam hero yg kena tp rupanya hero kena kat lengan saja tapi jahat terburai isi perut

    BalasPadam
  8. kau dari planet mana?
    keadaan sebenarnya adalah aksi tenung-menenung sehingga keluar peluru dari mata keduanya dan mati akibat keluar peluru membunuh dari mata masing-masing. iaitu peluru dari mata penjahat membunuh si hero kemudian peluru dari mata si hero membunuh si penjahat.sememangnya kesudahan seharusnya keduanya mati.

    BalasPadam
  9. cowboy vs alien?

    BalasPadam
  10. buat sekian kalinya aku tanya : kau dari planet mana?
    kenapa persepsi kau tentang cowboy amat berbeza?

    (cubaan menimbulkan rasa curiga terhadap tahap kemanusiaan kau)

    BalasPadam
  11. aku tgk koboi versi labu-labi, mungkin kau tgk spageti western

    BalasPadam
  12. aku tengok versi pelbagai warna.

    BalasPadam
  13. aku kurang pasti hitam putih atau warna, tapi heronya clint eastwood

    BalasPadam
  14. aku pasti kau tengok cowboy versi gay.mungkin brokeback mountain.

    BalasPadam
  15. oh tidak. kerana aku pasti ada scene menghisap rokok selepas puas menjamah gadis yg terlentang di sebelah

    BalasPadam
  16. mungkin kau tak habis menonton atau kau berlari kencing ketika iklan..
    yang kau sangka gadis itu sebenarnya mak nyah yang hot.
    kantoi setelah terkeluarkan suara garau setelah melihat seekor cicak bernama rambo berlalu di celah buah dada silikonnya, hal ini mengakibatkan si perokok tertelan rokok yang sedang dihisapnya dan menyebabkan trakeanya terbakar.

    BalasPadam
  17. tapi hero tu tak bisu pun lepas tertelan rokok itu. oh mungkin sipi2 je, tak kena peti suaranya

    ya aku kencing masa kantoi itu tapi rasanya hero tu terkejut beruk melihat tajamnya halkum saudara itu

    BalasPadam
  18. tak, tak.
    ceritanya sebenarnya mak nyah tu adalah hero itu pada satu ketika dulu.
    ha' memang hero itu saja tajamkan halkumnya menggunakan pengasah pisau kerana ketika dia menjadi mak nyah dulu dia sangat asyik menajamkan kuku.

    BalasPadam
  19. oh agaknya ni sikuel la ye

    BalasPadam
  20. bukan.ini cerita tahun 1970-an.

    BalasPadam
  21. untuk kucing kau : "goyang ke?"

    BalasPadam
  22. huruf o dan k sememangnya kombinasi yang baik dihujung perbualan.anda memang bercitarasa tinggi.

    BalasPadam
  23. the naked writer, mana mungkin, aku kan manusia.

    BalasPadam
  24. kucing pon boleh...power lahhhhh.. hahahaha :P...

    BalasPadam
  25. nafsu terpesong.

    BalasPadam
  26. aku sangat anti kucing.
    kau boleh mengorat kucing? hebat.

    BalasPadam
  27. dah lama tak nyinggah sini. banyak betul kau berubah. dah jadi bitch dah gamaknya.

    BalasPadam
  28. mirachantek, bukan aku ngorat kucing tapi aku perasan kucing tu ngorat aku.

    kepala manchiss, jadi bitch baru rasa macam urban sket.haha!

    BalasPadam
  29. mcm mna kau boleh

    pasti yg itu kucing

    jantan???

    kau chek ye?

    euww...nakal!

    BalasPadam
  30. heellloo... wat a taste. (muke bitch jugak)

    BalasPadam
  31. pak lang, aku boleh tahu melalui fizikalnya yang sasa dan bentuk mukanya.

    pisau belati, memang sampai..hati aku panjangnya 3 kali putaran bumi.

    headmaster, wat a bitch..(sambil menguatkan volume lagu sexy bitch nyanyian david guetta)

    BalasPadam
  32. makin diri sendiri ?

    cool !

    BalasPadam
  33. eleh

    tipu

    kucing betina

    mengandung

    pun sasa jugak

    BalasPadam
  34. naluri kewanitaan aku dilengkapi radar bagi mengesan hormon kejantanan.

    BalasPadam
  35. nape kau ngorat beliau amalin?

    BalasPadam
  36. bukan aku ngorat beliau, beliau yang ngorat aku (bukan ku pinta dilahirkan sebagai seorang yang perasan).

    BalasPadam
  37. kau terlebih hormon!

    BalasPadam
  38. aku ambil pil hormon untuk pulihkan kewanitaan(tipu)

    BalasPadam