26.6.11

Saiz apa?

Dulu masa kecil kalau pergi restoren makanan segera pasti mak aku yang pergi order makanan.
Masa pertama kali aku keluar dengan rakan-rakan dan singgah makan di restoren makanan segera, aku agak terkedu bila ditanya saiz hidangan yang dimahukan.

Ditanya, "Regular, medium or large?"
"Errr...",balas aku dengan mata yang agak berair.

Aku rasa soalan tentang saiz ni agak susah.
Aku nak kentang besar tapi aku nak air saiz kecil.

Sebenarnya aku pun tak pasti apa yang aku cuba nak ceritakan.
Baiklah, aku cerita betul-betul..

Pertama complex sekali,semalam dan kemarin (ikut kiraan masa kau), sehari aku ada 48 jam.
Kemarin (ikut kiraan masa kau), aku tak tidur lansung.
Semalam (ikut kiraan masa kau), aku tidur 14 jam.
Kalau aku ikut kiraan masa kau iaitu sehari bersamaan dengan 24 jam, bermakna semalam yang aku tidur 14 jam cukup untuk aku agih-agihkan 7 jam masa tidur untuk setiap sehari bagi kedua-dua hari tersebut.
Brilliant tak jalan pengiraan aku?
Kau tahu, pakar matematik kelulusan Harvard University pun belum tentu dapat selesaikan jalan kira sesukar ini(bercakap dengan mata terbeliak-beliak macam orang berlagak yang ada kereta mewah dan berperangai jijik).
Mungkin aku gifted(menulis dengan lendir hijau ditekak menunggu masa untuk dihumban ke jamban).

Kedua belah tangan, aku memakai tuala di atas kepala setelah selesai mencuci rambut. Kemudian, aku mengambil pengetip kuku dan memotong kuku kaki(tanpa ragu-ragu).
Aku terpaksa menanggalkan tuala yang menyelaputi rambut kerana ia memberi tekanan kepada tengkuk disebabkan ia memiliki dua nombor sifar dibahagian belakang jika disukat dalam gram(g).

Ketiakgaru,aku pandang lengan kiri(bahagian atas).Ada dua benjolan kecil.Aku rasa kau pun ada.
Satu benjolan kerana suntikan BCG, satu lagi aku tak pasti tapi bentuknya seperti UFO.
Agaknya,itu tanda yang aku pernah diculik makhluk asing.

Kesempatan,aku selalu buntu bila penemuduga bertanya "Tell me about yourself.." ketika temuduga. 
Mungkin soalan tu sangat senang bagi kau, kau, tapi aku rasa susah sebab aku tak tahu bahagian mana yang perlu aku ceritakan.

KeAdrianalima, aku dah tak suka kartun Ahhh!Real Monsters tu dah dan aku tak tahu apa yang aku suka.

Photobucket

9 ulasan:

  1. tak terpikir aku....

    bagus tol ko... yg tell me bout yourself tu,aku pon rasa soalan tu sng sgt,smpai x reti dah aku nak jawab haha

    BalasPadam
  2. vampire's lovex, apa yang kau tak terpikir?

    BalasPadam
  3. aku rasa kau dilanda masalah.kau jadi split identity.kau kompius yang kau adalah amalina atau rohana jalil

    BalasPadam
  4. ada sesetengah pekara dilihat mudah,tetapi dalam mengerjakannya amat payah sekali.

    BalasPadam
  5. headmaster, kau baca otak aku.menci!(sambil menghentak kaki dan mengoyang tangan seperti budak gedik)

    pisau belati, tepat.

    BalasPadam
  6. tuiter kenapa sangat jarang kau tuit? heh

    BalasPadam
  7. ama,aku tak tahu nak tuit ape sebab aku tak pandai bersosial.haha..

    BalasPadam
  8. Real Monsters tu sangat mengasyikkan...!

    BalasPadam
  9. uncle gedek,itu beberapa minggu yang lalu, sekarang tidak lagi..dah bosan.saya cepat bosan la uncle..

    BalasPadam