16.6.11

6 kali

Semalam, mak aku buat karamel.
Lepas makan mak tanya "Tak makan karamel?"
Aku kenyang sangat, jadi aku jawab, "Malam nanti la.."
Lepas tu mak aku simpan dalam peti ais.

Malam, aku keluar,tak balik rumah.

Pagi petang tadi bangun tidur, aku termenung.
Aku mimpi, mak aku bagi karamel tu kat adik aku suruh habiskan.
Aku belum balik rumah lagi ni, rasanya karamel tu dah habis tak?

-------
Aku baru tulis sampai atas ni, tiba-tiba mak aku telefon.
Aku tanya, "Mak, karamel ada lagi tak?"
Aku dapat jawapan : Ada mak simpan.
------

Ok.sambung citer..lepas tu..

Aku teman orang buat benda penting.
Aku nampak pegawai yang hensem, macam ini(klik).
Orang yang aku teman suruh tolong pergi bayarkan benda dia tu.
Disebabkan aku malu nak pergi bayar kat pegawai hensem tu, maka aku bagi alasan untuk elakkan diri.
Lepas tu, aku duduk kat kerusi, wayar mp3 aku tersangkut dalam kerusi.
Aku tak boleh bangun, jadi aku korek-korek kerusi tu menarik wayar keluar.
Aku suspek earphone aku bernyawa dan boleh bergerak sendiri.

Lepas tu, aku pergi tempat jual-jual barang.
Aku sangat tertarik dengan sebilah parang.
Aku buka sampul parang tu dan cuba uji ketajamannya.
Aku nampak torchlight, aku tekan, keluar lampu terang-benderang.
Kau tahu apa aku nak buat dengan parang dan torch light?
Tiada apa-apa.

Balik, aku singgah kedai beli makanan untuk buka puasa.
Nasi Goreng Daging Merah.
Bila buka puasa, baru aku ingat yang aku pernah makan nasi goreng yang sama di kedai yang sama.
Kenapa aku tak ingat tadi..yang aku janggal sangat adalah aku memang tak biasa dengan menu tu tapi kenapa aku order.

Manusia-manusia banyak menghakimi kehidupan berdasarkan apa yang mereka nampak, atau mereka baca.
Berdasarkan cerita rutin satu hari di atas, tolong judge aku ni takde life.Please, aku merayu.Ha-ha.
Tapi aku ada family dan kawan-kawan yang menakjubkan dan tidak boleh dibaca seperti manusia lain, kebanyakkan mereka ada kuasa luar biasa yang diluar jangkaan.

Apa masalah aku entah hari ni, bila curah air dalam cawan mesti tumpah, tak kiralah apa jenis air pun. Macam ada penyakit parkinson, aku rasa ni bahana menipu di hari rabu dengan gambar tangan gerak-gerak. Ok, panggil itu najis pun, aku terima sahaja.

Recently aku tak suka dengar lagu-lagu yang ada suara manusia dengan lirik yang hendak disampaikan. Aku lebih selesa dibuai alunan muzik sahaja kalau ada suara manusia pun hanya beberapa perkataan yang tidak menggunakan tenaga otak yang melebihi 12% untuk difahami, apatah lagi yang macam puisi.


P/S : Cuba kau play lagu ni,sambil tengok gambar ni(klik).Haha.

Photobucket

10 ulasan:

  1. hai, dengarlah kenny g. okbai.

    BalasPadam
  2. kacak betoi laki yg ko jumpa..kem slam kat dia wehhhh *merayu hahha..

    apasal xde life pulokkkkk,itu la life..lain org lain cara dia hadap hidup dia...kan..

    so karamel tu dapat makan ke tak?

    aku pon ingat nak buat karamel esok..ahakahakhaka

    BalasPadam
  3. kenny g, mase tadika aku dah cukup dengar.kitaro pun.

    vampire's lovex,aku nak bayar duit pun tak berani, ini kan ni tolong sampaikan salam kau..hahah.karamel aku,ermm..aku belum balik rumah lagi..harap2 takde siape habiskan.

    BalasPadam
  4. kau dah macam melalui hari yg penuh paranormal aktiviti bila bab ko libas2 parang tuh sambil guna torchlight..dah macam ada epek 'star wars' lak..

    kita percaya dengan apa yang nyata.lebih mudah.

    BalasPadam
  5. ghost writer,kenapa?susah ke ni?
    hari tu mak aku balik kampung,sorang sepupu aku cakap kat mak aku yang dia tak faham baca blog aku.
    susah ke blog aku ni?lagi susah dari blaja abc ke?(sambil garu otak)

    BalasPadam
  6. aku tak kata blog ko susah pun.

    ko pernah tengok impian?

    BalasPadam
  7. tak.tapi maksud nama aku impian, aku pernah tengok diri aku.hari-hari.

    BalasPadam
  8. sesuatu yang tak pernah terlintas di fikiran tapi ia berlaku dengan sendiri.

    kadang-kadang ada sesuatu yang kita rasa tak logik dek akal tapi ia benar-benar berlaku.

    BalasPadam
  9. aku suka amalina. pehh

    BalasPadam
  10. pembunuh tanpa bayang, aku tak pasti bahagian mana yang menyebabkan kau buat kesimpulan begitu.

    pyka rahmat, kau suka impian kan..bukan aku kan?

    BalasPadam