Dia bangun dari pembaringan yang sebelum dia mula lena tadi dia memandang hujung kakinya yang berselimut membayangkan panjang kain kapannya nanti.
Dia bangun dari pembaringan yang sebelum dia mula lelap tadi dia menyelubungkan diri di dalam selimut membayangkan bagaimana rasanya digulung dengan kain kapan.
Dia mencapai sesuatu yang menghubungkannya ke dunia luar.
Tersentap.
Ada makhluk yang cuba menceroboh kata laluan, tetapi gagal sehingga segalanya disekat.
Pantas dia berlari mencari sekeping kad yang dapat menyelesaikan kerunsingan.
Matanya sedikit berair, "Siapa yang cuba sabotaj aku?"
Dia tidak jumpa yang dicari pantas menelefon pegawai perhubungan pelanggan.
Kemudian, beres!
Pada ketika dia masih bercakap dengan pegawai perhubungan pelanggan, seorang yang tidak diingini cuba menghubungi dia pada waktu yang sama.
Dia biarkan saja tanda tanya "Atas urusan penting apa makhluk ni menelefon aku pada 3 pagi?" tergantung di langit kerana dia pasti yang tiada kepentingan untuk dia tahu jawapannya.
Dia menuju dapur menyiapkan kerja-kerja yang ditinggalkan.
Dia memang pemalas, pinggan semalam punya semalam baru nak basuh hari ni.
Dia memandang plastik sampah yang tekoyak di bahagian bawah seperti dicarik makhluk berkuku tajam.
Timbul persoalan, "Menjadi sampah juga bisa dicabul?",dia tinggalkan persoalan itu sebagai jawapan diakhiri keluhan kecil.
Kemuadian, dia memandang sinki yang dipenuhi pinggan-mangkuk yang bergelimpangan.
Di satu sudut dia terlihat separuh hampas lemon yang telah dipotong, kemudian dia campakkan hampas itu ke dalam cecair pencuci pinggan-mangkuk.
Ketika sabun terpercik dek buah lemon yang dicampakkan, dia membayangkan punch buah-buahan dengan potongan buah-buahan didalamnya.
Dia mencapai span kuning dan dicelupkan ke dalam sabun.
Span kuning memeriahkan buih-buih yang digosok di atas pinggan.
Minyak,kotoran, sisa mengucapkan selamat tinggal kepada pinggan.
Hubungan yang terpaksa aku sekat kerana lambat-laun membawa kepada hubungan tiga segi, mungkin empat segi, mungkin lima segi yang lebih mengusarkan.
Tangisan yang bercampur air paip membawa pergi minyak,kotoran dan sisa halus bertemankan buih-buih sabun yang baru lahir.
Buih-buih sabun yang masih bayi lagi, masih naif lagi untuk mengembara ke dua luar, dunia yang bergelora.
Ibu buih merelakan pemergian anaknya dengan yakin bahawa di luar sana mereka akan menjadi lebih matang dan dewasa.
Si pencuci pinggan meneruskan perjuangan ini.
Sampai satu tahap, dia perlu buangkan sisa besar yang terdapat pada sekeping pinggan.
Dia memandang plastik sampah yang berlubang dicarik makhluk berkuku tajam dengan pandangan tajam.
Dia mengerakkan sendi kaki untuk mendapatkan pengganti plastik yang masih suci.
Gagal. Sejak isi rumah ini membawa beg sendiri ketika membeli-belah, beg plastik sampah adalah sesuatu yang asing.
Di tepi suatu sudut malap, dia ternampak bungkusan plastik berisi buku.
Di situ, dia dapatkan apa yang diperlukan dan tinggalkan apa yang tidak.
Perjuangannya menghampiri kesudahan tetapi segalanya belum berakhir.
Dia ditemukan dengan buntut hitam yang cukup untuk menconteng minyak hitam ke atas tubuh span kuningnya dan berus dawai.
Timbul persoalan dalam benaknya, "Benarkah untuk membersihkan sesuatu itu, perlu untuk mengotorkan sesuatu yang lain?". Dia mengiakan persoalan itu tanpa berfikir panjang.
Pinggan-mangkuk dan cawan-gelas yang bertelangkup di dalam bekas tersenyum sehingga menampakkan silau gigi mereka sambil berpelukan sesama sendiri.
Aku membalas senyuman dengan mengenyitkan kedua-dua belah mata.
Yang pasti, tugas span kuning belum selesai.
Aku tolakkan badannya yang berisi sabun ke serata sinki, terlihat buih-buih liar berpesta di atas sinki yang berwarna perak bak bebola disko.
Muzik rancak yang diperdengarkan si pencuci pinggan memeriahkan suasana.
Air yang dicurahkan atas buih-buih liar itu menolaknya mereka menuju ke sebuah terowong angker yang buat mereka saling berpelukan sesama sendiri akibat ketakutan.
Sinki bersinar bagaikan ahli bina badan yang sedang beraksi di atas pentas dengan minyak berkilat di tubuhnya.
Beres.
Seorang perempuan pertengahan umur bangun pagi itu, kemudian terlihat si pencuci pinggan duduk di kerusi panjang, datang mempersoalkan, "Awak tak basuh pinggan lagi?!"
Si pencuci pinggan mengeserkan kedua-dua tapak tangannya, agak kasar di situ.
baa~ CAK!!
BalasPadampergh.. gile pemalas.. mane wanita pertengahan umur tak berkasar.
dah macam cerpen
BalasPadamazroy kassim, ia tak seteruk yang digambarkan.haha!
BalasPadamama, macam...haha!
sampah pon dicabul apatah lagi kau !! hahaha..
BalasPadamjgn malas sangat,aku cubit satgi...kikiki
betul kata ama.. dah macam cerpen dah.. epilog si pencuci pinggan.. ha ha ha..
BalasPadamko buat novel.. laris weh.. cayalah..
keh keh... sasterawan ulung... wannabe...
BalasPadamfaaein talip roy,laris kau sorang je beli kot..haha!
BalasPadamabid, pulak!