Berikut adalah cubaan imbas kembali bersemperna hari cikguru semalam.
Tadika
Cikgu tadika yang paling aku ingat ialah Cikgu Mai. Tiada memori yang aku ingat tentang dia, yang aku ingat hanya fesyen rambutnya.
--
Darjah 1
Cikgu paling aku ingat ialah Cikgu Siti Salbiah sebab cikgu kelas aku. Aku ingat serangkap pantun yang pernah Cikgu Salbiah bacakan di dalam kelas berbunyi :
Anak itik di tepi pantai,
Mencari makanan tersedut paku,
Kalau adik inginkan pandai,
Rajin-rajinlah baca buku.
(Aku pun tak faham kenapa aku boleh ingat sampai sekarang).
Cikgu kedua aku ingat Cikgu Aida sebab dia cun dan pakai braces (bagi aku orang pakai braces sangat bergaya). Aku ingat aku tertinggal bas sebab tunggu dia habis marah kerana jawapan latihan yang dia beri, aku buat salah semua.
Cikgu ketiga aku ingat ialah Cikgu Nabisah. Aku ingat sebab dia sedara aku. Dia dah meninggal sebab menghidapi barah payudara. Kalau rajin, sedekahkanlah Al-Fatihah untuk dia.
--
Darjah 2
Oh..darjah 2..aku tak ingat seorang pun cikgu.
--
Darjah 3
Cikgu paling aku ingat ialah Teacher Rajbir sebab dia cikgu kelas aku dan aku rasa dia concern pasal aku.
Cikgu kedua aku ingat ialah Cikgu Latifah, cikgu matapelajaran Bahasa Melayu. Aku pernah terserempak dengan cikgu tu dalam bas awam masa hendak ke sekolah, aku tegur dia, lepas turun bas dia belanja aku makan ABC. Masa aku dah masuk sekolah menengah, aku jumpa Cikgu Latifah di pasaraya, aku tegur dia, kemudian dia tarik pipi aku dan pegang dagu aku. Segan kot, aku dah besar, dia buat macam tu di tengah pasaraya, mak aku pun buat muka pelik..mungkin sebab dia ingat aku yang dia kenal masa sekolah rendah dulu.
Cikgu ketiga aku ingat adalah cikgu Matematik aku, tapi aku tak ingat nama dia dan muka dia. Aku ingat dia sebab dia tampar aku sebab dapat markah Matematik paling rendah.
--
Darjah 4
Aku ingat dua cikgu je, cikgu kelas aku Cikgu Suhaida dan Sir Megat.
Cikgu Suhaida setiap pagi makan kuih karipap. Aku ingat cikgu cakap dengan aku pada satu pagi ketika sedang memeriksa karangan aku, "Saya ni hari-hari makan karipap, nanti anak saya keluar muka pun macam karipap jugak " (masa tu Cikgu Suhaida sedang mengandung).
Dalam sebulan lepas aku terjumpa Sir Megat ketika sedang makan Domino bersama kawan-kawan. Aku tegur sir sebelum keluar pintu,dia ingat aku. Sir kata "Dah besar dah sekarang". Sir Megat pernah masuk rancangan Who Want To Be A Millionare, siapa tak ingat kalau cikgu dia yang paling cool masuk televisyen kan..
--
Darjah 5
Darjah 5, aku pindah sekolah lain. Yang pelik, baru beberapa hari aku masuk kelas tu, tiba-tiba aku kena jadi ketua darjah. Cikgu paling aku ingat ialah Cikgu Fadilah sebab kalau dia cubit kat perut macam pulas kepala paip lepas tu tarik ke atas. Dia tak cubit tanpa sebab, dia hanya cubit kalau ada kesalahan bahasa, tatabahasa, susunan ayat dan segala yang berkaitan Bahasa Melayu. Kalau Cikgu Fadilah jumpa blog aku, mesti kena cubit kat perut lagi ni..
--
Darjah 6
Cikgu paling aku ingat Cikgu Bob. Aku paling panas hati dengan cikgu ni tapi cikgu ni antara cikgu paling aku suka dalam hidup aku di alam persekolahan. Cikgu Bob pernah patahkan pensil mekanikal kesayangan aku yang baru aku beli beberapa hari sebelum itu, sebab Cikgu Bob tak suka orang tanya soalan kepadanya dengan membawa pensil mekanikal. Penampar Cikgu Bob pun aku dah pernah rasa, ini menjadi kebiasaan bagi budak lembab otak seperti aku. Aku pernah kena ketuk ketampi beratus kali sampai bengkak otot aku, balik sekolah dah la kena jalan kaki jauh. Cikgu Bob pernah sumbatkan kertas lukisan yang telah dikeromotkan dalam mulut aku sebab aku buat kerja seni, baginya masa lapang di kelas harus digunakan dengan buat latihan Matematik. Petang tu, mulut aku bengkak. Mak aku selalu masak makanan dan berikan kepada Cikgu Bob. Paling aku panas dia kata, " Awak ingat awak bagi saya makanan, awak boleh bodek saya?"..mak aku yang bagi, bukan aku.
Sayang sekali, Matematik aku dapat B masa UPSR, subjek lain boleh pulak dapat A. Mungkin sebab masa tu aku ada simpan marah sikit kat Cikgu Bob dalam hati, tu la tak berkat.
Zaman sekarang ni, cikgu jenis macam Cikgu Bob ni memang dah pupus.
Cikgu Bob simpan lagi gambar-gambar masa darjah 6, siap scan dan tagkan di Facebook. Terharu siot cikgu boleh ingat. Cikgu mengajar ramai murid, tapi masih boleh ingat satu-satu, hebatkan..
Cikgu Bob selalu cakap, "Bukan susah nak susah, bukan senang nak senang".
--
Tingkatan 1
Tak ingat mana-mana cikgu pun.
--
Tingkatan 2
Aku tak ingat nama cikgu tu tapi yang aku ingat aku panggil dia teacher sebab dia ajar English. Aku kejar dia masa dia keluar dari kelas semata-mata nak dapatkan satu markah. Aku dapat 78%, so kalau dia baik hati bagi aku satu markah, aku boleh dapat 80%. Aku pujuk dia gila-gila, akhirnya dia bagi aku markah dengan syarat aku tak bagitahu budak lain sebab ramai budak lain yang dapat 78 % juga. Hahah! Aku memang suka memaksa.
--
Tingkatan 3
Aku pindah sekolah. Sekolah yang aku tak suka, di sekolah ini aku mula menjadi seorang yang racist terhadap kaum Melayu sebab aku mendapat perhatian lebih dari mereka yang berbangsa Cina. Di kelas pula aku duduk bersebelahan seorang India. Aku lebih diterima dalam kalangan mereka berbangsa Cina dan India daripada bangsa Melayu. Seminggu pertama di sekolah tu, aku rehat dengan kumpulan budak Cina sahaja. Di sekolah ni, aku ada seorang kawan Melayu, dia selalu bersama aku tapi kebanyakkan masa dia diam sahaja.
Cikgu paling aku ingat bernama Cikgu Pahizah,cikgu mata pelajaran Bahasa Melayu. Dia pernah hadiahkan aku Apollo sebab dapat Bahasa Melayu tertinggi dalam tingkatan masa peperiksaan pertengahan tahun.
Aku banyak kali terserempak dengan dia di banyak tempat tapi aku tak pernah berani untuk tegur. Aku dah cuba untuk kumpul kekuatan tapi gagal.
--
Tingkatan 4
Aku dah tak racist dah sebab aku masuk ke sekolah berasrama yang semua pelajarnya Melayu yang aku boleh terima pemikirannya.
Aku ingat cikgu Kimia bernama Rosalinda yang warning aku, "Awak jangan tanya soalan bodoh lagi", yang buat aku terus hilang minat kepada kelasnya.
--
Tingkatan 5
Aku tak ingat seorang pun cikgu.
--
Tingakatan 6
Cikgu tingkatan 6 yang paling aku ingat ialah Cikgu Aishah. Cikgu Aishah, cikgu mata pelajaran Ekonomi. Aku faham dia mengajar Ekonomi lebih dari lecturer Prof. Madya yang ajar Ekonomi masa semester dua di universti.
Sepanjang sekolah menengah, aku rasa cikgu-cikgu yang mengajar aku masa tingkatan 6 adalah yang terbaik dalam dunia ini, Cikgu Aishah, Cikgu Anidah,Teacher Vasantha, Cikgu Nik dan Cikgu Norlia.
--
Aku pulak jadi cikgu
Lepas habis STPM sementara tunggu result aku bekerja di tadika sebagai cikgu. Sebenarnya, aku tak suka pun budak-budak, aku mintak kerja di tadika sebab aku gian nak menconteng dan mengecat dinding.
Rupanya best la jugak jadi cikgu ni, macam jadi artis pulak rasa. Kalau aku pergi mana-mana terserempak dengan anak murid mesti jerit "Cikguuu!!". Aku pergi pasar malam, dari jauh anak murid dah nampak mesti, "Cikguu!!!", rasa nak nyorok pun ada. Tapi paling aku rasa tak nak nyorok ialah bila aku pergi pasar malam, dapat makanan free dari murid. Ada anak murid aku dulu, abah dia jual air soya, setiap minggu aku dapat air soya free..hahaha!
Bila hari guru, dapat banyak juga hadiah, biasalah hadiah yang beli di kedai dua ringgit. Tapi aku sebenarnya lebih teruja bila tengok muka diorang yang bersemangat gile bila nak bagi hadiah.
Ahh!Rindu!!
Aku bukan cikgu yang bagus.
Aku pernah cubit budak sampai dia menangis. Hahah!
Aku pernah marah budak sebab berak dalam seluar. Hahah!
--
Universiti
Lecturer pun cikgu juga. Antara lecturer yang bagi impak besar dalam ingat aku ialah Miss Syifa. Aku suka lah dia. Awesome gila!Ultimate coolness!(Cewah!) Masa interview nak masuk U dulu, dialah yang interview aku.hahah!(kenapa aku gelak??)
Lagi seorang lecturer aku ingat sangat ialah Dr. Ngu sebab bagi aku dia mengajar dengan sangat ikhlas. Subjek dia Marketing Research, aku repeat dua kali subjek dia. Aku pelajar yang teruk tapi dia guru yang bagus.
Kepada semua insan yang pernah mengajar aku walaupun mengajar benda kecil, anda juga cikgu. Kau yang menulis blog buat aku belajar sesuatu tentang hidup, kau juga cikgu.
Terima kasih, cikgu!
P/S : Bila aku tulis balik dari tadika sampai masuk universiti, rasa macam tengok time frame pulak..cepat betul masa berlari. wow!
sesiapa yang mengajar walaupun 1 huruf kepada hidupan adalah cikgu. selamat amalina
BalasPadamonce a cikgu, always a cikgu....
BalasPadampolis pon ada orang panggil cikgu, kan?
kepala manchis, :).betul.
BalasPadamuncle gedix, polis tu cikgu displin,cikgu jugak la..uncle pun cikgu, blog uncle yang 'but we are not alone' teach me something..
aku doakan cikgu fadilah kau terbaca blog kau. aminnn...
BalasPadameh bro gedek..bagi kitaorang memang polis tuh dipanggil cikgu..haha
BalasPadamkuat betul ingatan kau amalina.aku sendiri tak boleh ingat sampai macam tuh sekali...
wow!! hebat daya ingatan anda amalina, kagum!
BalasPadamone word: woooowww!
BalasPadamterbaek ah ien... timeline ko sgt hebat...
aku sangat setuju kat statement ko pasal sekolah yang rasist tu... sebab aku pun kurang ingat pasal sekolah tu even bertahun-tahun aku kat sane...
dan sekolah itu... yang cikgu die paling best tu... aku pun sayang sekolah tu! hebat! kan... weeee~
konteks cikgu tu sebenarnya besar semua yang mengajar semuanya cikgu bagi aku. haha.
BalasPadamtua dah ko wehhh,byk da ckgu k da jmpa....
BalasPadamnnti bleh cter kat anak-anak
dale, selamat tangan cikgu fadilah tak boleh tembus skrin computer aku.
BalasPadamghost writer & khairul hakimin, aku pun tak tahu macam mana aku boleh ingat. mungkin atas satu fakta, orang amnesia ingat peristiwa yang telah lama berlaku berbanding peristiwa yang baru berlaku.
abid, :)
khrlhsym, :)
vampire's lovex, aku menceritakan tahun-tahun ke belakang.pemikiran kau sangat kehadapan. kau sangat berwawasan, malaysia 'ketandusan' belia macam kau.
aku teringin nak dengar cerita racism ko terhadap org melayu dulu dulu tu hehe.kalau rajin add aku kat fb :msyahmi00[at]gmail[dot]com
BalasPadamini benar2 benda besar amalina!
BalasPadamloki, nanti aku ceritakan, suatu hari nanti.
BalasPadampembunuh tanpa bayang, kau sangat pandai memerli.haha!