17.5.11

Prune

Dulu masa aku masih kanak-kanak, mak aku selalu beli buah prune. Disebabkan mak aku selalu beli, jadi aku selalu makan. Sekarang ni, apabila dewasa, aku mula menyesal kerana memakan buah prune dalam kuantiti yang banyak pada suatu ketika dahulu.

Kes 1
Situasi : Amalina ingin menonton Resident Evil seorang diri.
Di kaunter tiket, penjual tiket bertanya dengan muka taik, " You dah over 18 ke?"
"Dah", aku jawab.
Selamat dia tak minta kad pengenalan, kalau mintak aku memang rasa taik giler.
---
Kes 2
Situasi : Berjalan-jalan, ada booth WWF di tepi lorong, kempen bagi mengumpul dana menyelamatkan hidupan yang hampir pupus. Aku pergi untuk mendapatkan sticker kereta WWF.
Kakak WWF tu tanya, "Adik ni baru lepas SPM yek?"
"Taklah, saya kerja dekat ******", balas aku.
Kakak WWF tu tanya lagi, "Yeke? eh!umur berape?"
"24", balas aku.
Kakak WWF lagi seorang tanya "Yeke?Tak cayalah..tengok IC"
---
Kes 3
Aku pergi CC. Setelah duduk 15 minit, aku keluar. Aku berdiri di kaunter pembayaran.
Pekerja CC tu bertanya, "Dah habis sekolah?"
"Huh?Dah",balas aku.
"Tengah buat apa sekarang?",tanya pekerja CC tu lagi.
"Cari kerja",balas aku.
"SPM dapat berapa?", tanya pekerja CC tu lagi.
"Ntah, tak ingat, dah lama habis",balas aku.
"Umur you berapa?", tanya pekerja CC tu lagi.
"24", balas aku.
"Serius, muka you macam baru lepas SPM", balas pekerja CC tu dengan muka terkejut.
---
Dan lain-lain kes yang menjengkelkan.
Jujur aku cakap, kadang-kadang aku rasa seperti kredibiliti aku dipertikaikan.
--
Mengapa mereka beranggapan begini? Mari kita kaji satu persatu.

i ) Saiz dan tinggi.
Dari segi saiz, aku tak rasa aku tergolong dalam saiz budak sekolah kerana aku tinggi dan besar macam raksaksa.

ii ) Cara berpakaian
Pada kes 1, aku keluar memakai baju tshirt dengan gambar raksaksa di depan, kau boleh kata sebab pemakaian aku yang buat si penjual tiket ragu-ragu tentang umur aku. Tapi aku meraguinya kes 1 setelah kes 2, kerana pada kes 2 aku memakai baju kurung dan kasut tumit tinggi. Serius, dengan make up 12 inci, aku dah nampak elegen habis. Secara logiknya,umur bukan keraguan yang sepatutnya berlaku (Sepatutnya yang lebih meragukan adalah Amalina cuba nak impress siapa?)

iii) Suara
Agak mustahil, ia berkaitan dengan suara kerana pada kes 3, sebelum pekerja CC mula bertanya, aku senyap macam raksaksa sahaja.

iv) Muka
Muka biasa la,yang kelihatan seperti raksaksa. Kau ingat aku nak buat muka bajet comel kembangkan pipi, bulatkan mata,sambil buat tangan peace macam budak sekolah?!Taik btol!!

Kesimpulannya, kajian menunjukkan prune mengandungi kandungan antioksida yang tinggi dimana ia dapat menentang tanda-tanda penuaan. Disebabkan aku dah makan terlampau banyak prune semasa kecil, jadi aku nampak muda lebih kurang enam tahun dari usia sebenar(bajet giler!). Kalau nak jadi macam aku, makanlah prune.

Sekian, makan prune untuk kelihatan muda!
--


Berikut adalah petikan soal jawab di antara Amalina dan paparazi ketika dia ditangkap membeli sepeket prune kering di sebuah pasaraya terkemuka di dunia ini.


Paparazi : Tadi kau kata kau menyesal makan prune, sekarang kau suruh orang makan prune?
Amalina : Entahlah, aku tak tahu. Aku konfius ar..aku mengalami krisis pertengahan usia.


Paparazi : Kau ada duit tak nak bayar sepeket prune tu?
Amalina : Aku rasa aku patut bersyukur diberi nikmat nampak muda walaupun tak diberi nikmat nampak jelita.


Paparazi : Prune otak dia!!Cakap pun merapu macam orang tak matang patut ar nampak cam budak-budak!
(sambil pergi meninggalkan Amalina yang sedang mengira duit syiling di atas lantai sambil memegang sepeket prune).


Photobucket

9 ulasan:

  1. uncle sampai hari ni pakai baju gambar mickey mouse...

    BalasPadam
  2. cuba kau bagitau berapa tahun sebelum nih..ketika bulu kaki aku masih semuda bulu putik jagung..pasti aku akan stok prune sampai sekarang...sayang terlambat.

    dan kalau ada orang fikir aku masih muda,dia tengah mengalami kerosakan retina.

    BalasPadam
  3. Prune bukan sahaja digunakan bagi tujuan awet mudah.Bahkan juga sesuai untuk sebagai aksesori tambahan didalam kereta,dijadikan rantai leher,eksesori Crocs dan juga hiasan dalaman rumah.

    BalasPadam
  4. Haip. aku pun mengalami situasi yang sama dengan kau.

    Orang luar anggap aku budak sekolah lagi. tapi aku tak ada pulak makan buah prune.

    Semulajadi nampak muda. hehehehhehehh
    (okbai perasan)

    BalasPadam
  5. malangnya aku tak suka benda masam.

    *mati2 aku ingat semut betul merayap kat monitor pc aku.

    BalasPadam
  6. uncle gedek, sebab tu saya rasa uncle kool.

    ghost writer, tiada apa yang terlambat, kau yang tentukan segalanya, pemikiran kau.hahah!

    headmaster, kau perintis fesyen muda-mudi.

    ama, aku suka kau perasan sebab aku pun perasaan.

    silent, piring.

    ries lee, tak sangka kau percaya tentang keduanya : prune & semut.

    BalasPadam
  7. ries lee, prune tak masam..bukan prune asam tu, tapi yang dalam paket macam brand sunsweet tu..

    BalasPadam
  8. Amal adik mu...18.5.11

    amal tgh bace blog along... ade budak terlepas belon die kene amal pas2 mak die cakap.. SAY SORRY TO UNCLE... so amal lg tue...adik lagi tue dr kakak...

    due kite makan prune samer2...

    BalasPadam