Ketika berlari, kaki salah seorang tersadung.
Dua-dua jatuh di tengah jalan raya.
Sebuah lori datang dengan lajunya.
Selamat lori tersebut sempat berhenti mengejut.
---
Aku melintas jalan ketika pulang sekolah.
Aku cuba menjangka jarak kenderaan.
Sebuah motosikal datang.
Aku jangka masih jauh.
Aku melintas.
Tiba-tiba, tayar motor itu berada di atas kaki aku.
Aku bangun dan ketawa.(bajet kool la tu..macam ironman)
Muka suami isteri di atas motor itu sangat panik.
---
Aku sedang mengambil lesen scuba.
Aku berada di bawah dasar laut di tengah lautan.
Sedang sibuk aku menyelam.
Peserta yang lain sedang sibuk tangkap gambar.
Aku tengok meter tank aku.
Aku rasa masih boleh bertahan lagi beberapa minit, jadi aku biarkan mereka sibuk menangkap gambar.
Aku tangguh dulu isyarat aku untuk berkongsi tank.
Tiba-tiba seseorang datang menyelam di bawah aku.
Gelembung udaranya masuk ke dalam vest aku.
Aku tertolak ke permukaan dengan lajunya.
Aku terapung di atas permukaan yang hanya ada aku, laut yang luas, ombak remaja dan langit yang luas.
Aku panik setelah aku pusing sekeliling, aku tak nampak kapal yang aku naiki.
Aku lebih panik lagi bila aku tidak berjaya untuk menenggelamkan diri aku semula kerana tank aku dah kosong, malah berat aku tak cukup.
Aku lebih-lebih panik lagi bila ombak-ombak besar asyik datang pukul muka aku.
Aku lebih-lebih-lebih panik lagi bila aku tengok meter tank aku kosong.
Aku pandang bawah, ke dasar laut.
Aku nampak seekor ikan bermulut besar di bawah.(Aku tak pasti,ada kemungkinan ia imaginasi aku)
Aku hanya menyebut, "Ya Allah" berulang kali.
Dengan kuasa Tuhan di tengah laut yang kosong itu, tiba-tiba sebuat bot kecil muncul.
Aku mengangkat tangan.
Bot kecil itu sedang membawa seorang mat saleh untuk ke bot lain.
Pemandu bot berkata kepada mat saleh itu, "Lost diver".
Aku dihantar pulang ke kapal.
---
Pada malam kejadian otak aku serabut.
Aku sibuk berfikir dan mempertikaikan mengapa aku hidup di dunia ini.
Jiwa aku tidak stabil, fikiran aku kusut.
Segala yang aku fikir ketika itu adalah negatif dan melampau.
Aku pergi mendapatkan plug untuk mengecas telefon.
Tiba-tiba tanpa aku sedar jari aku tersepit antara konduktur pada sambungan antara plug dan punca elektrik.
Trrret!
Terkejut aku satu badan.
Naik bulu roma.
Tangan aku kebas.
Ada bau terbakar dan pedih di permukaan kulit.
Aku terbaring menenangkan denyutan jantung.
Ia bukan kejutan elektrik yang biasa seperti membuka suis ketika tangan basah tu.
Pada masa aku terbaring.
Aku berkata dalam hati "Aku belum bersedia untuk mati".
---
Alhamdulillah sebab aku masih diberi peluang untuk hidup.
Aku harap nyawa aku tidak diambil selagi aku tak happykan semua makhluk yang buat aku happy dalam dunia ni.
Jadi setiap kali aku merungut tentang hidup, aku perlu ingatkan diri aku akan masa-masa aku takut seperti hampirnya mati.
---
Al-Fatihah untuk roh-roh anak yatim yang terkorban dalam tragedi tanah runtuh tempoh hari.
Al-Fatihah untuk roh penulis blog Telurdibasuh yang meninggal dunia beberapa hari yang lalu.
blog baru ke ni ???
BalasPadamberpantang maut sebelum ajal..
al-fatihah
vampire's lovex,ya, sangat baru..
BalasPadamdramatik betul kisah hisup dan mati kau.
BalasPadamaku juga pernah merasa saat maut itu hampir.dan pada masa itu otak aku hanya fikirkan mati.
BalasPadamdan aku tersedar yang aku belum bersedia untuk mati...
ries lee, mungin kau salah eja.
BalasPadampembunuh tanpa bayang, aku yakin, ramai lagi yang macam kita.