8.5.11

Bahasa kucing

Bahasa kucing I

Aku pergi buang sampah.
Mia dan Bubble ikut, jalan tepi-tepi kaki aku.
Aku terpijak kaki Bubble.
Bubble menjerit.
Lari bawah kereta, sakit la tu.
Aku masuk rumah nak tutup pintu. 
Bubble masih bawah kereta.
Aku panggil Bubble masuk, dia masuk.
Bubble baring bawah kerusi, tidur.
Setelah dua jam..
Bubble bangun tidur jilat-jilat tangan aku.
Gigit tangan aku, aku jerit.
Bubble jilat-jilat tangan lagi.
Aku malas layan.
Dia blah.
Bubble panjat atas meja, tengok ikan laga dalam balang.
Ikan kembangkan dirinya yang sedang ketakutan.
Aku pandang Bubble, dia tahu dia sedang melakukan kesalahan.
Dia turunkan badan, naik atas bahu aku.
Aku malas layan, aku turunkan dia.
Aku pegang muka Bubble, aku tiup muka dia kuat-kuat sampai dia tutup telinga dan mata.
Dia faham.
Dia duduk jauh.
Pandang tempat lain, muka merajuk tapi mata jeling-jeling pada aku.
Aku kacau dia dengan kaki, dia buat muka takde perasaan.
Dia blah.
Mana dia hilang?
Bawah kerusi, sambung tidur.

---

Bahasa kucing II

Kekasih lama Mia datang di depan pagar rumah.
Mia masuk ke dalam rumah dengan muka berlagak.
Kekasihnya masih tunggu di depan pagar dengan muka kesihan.
Sekali sekala Mia pergi menjenguk dari pintu, sama ada bekas kekasihnya masih di situ.
Setelah agak lama, Mia keluar dan menghilang.
Mungkin pergi dating dengan bekas kekasihnya.

Sebenarnya, ada sesuatu aku nak bagitahu Mia tapi aku rasa Mia takkan faham dengan bahasa manusia aku.
Masa Mia tiada di rumah sebulan lepas, bekas kekasihnya selalu menjenguk depan pintu rumah mencari Mia.
Serius, aku tak tipu kau la Mia.

---

Bahasa kucing III

Mia, menggonggong seekor tikus.
Aku bersungguh-sungguh tepuk tangan keriangan.
Mia usha pelik dalam hatinya berkata, "Pahal lu minah?!kena sampuk?!"

Ok, Mia tak faham kenapa aku berkelakuan sebegitu pun..
Aku pun tiba-tiba tak faham kenapa aku bertindak sedemikian..

---

Bahasa kucing IV

Mia baru selesai membaham seekor tikus.
Dia datang kepada aku seperti sedang tercekik.
Aku gelabah.
Aku pergi ambilkan semangkuk air, aku letakkan depan Mia.
Mia tengok air tu, ada bayang-bayang muka dia.
Aku tengok Mia yang sedang tengok air itu.
Aku tolak kepala Mia suruh minum air tu.
Mia buat bodoh.
Mia blah, dia pergi tidur.

Kami tetap keluarga walaupun bahasa berbeza.

Buat arwah Jonet & Bujit semoga roh kalian dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan kucing yang baik. 
Amin.
Photobucket

5 ulasan:

  1. aku suka bahasa II. sweet.

    BalasPadam
  2. nampaknya tak sia-sia kau bela dowang ek..akhirnya kau dapat pelajari tentang sifat dan bahasa tubuh dowang..

    BalasPadam
  3. Bubble = nama chimp Michael Jackson...

    BalasPadam
  4. Aaaa..
    tiba2 rindu kat kucing aku.
    nama dia Teddy.
    dulu bila aku balik sekolah mesti dia akan buat mcm2 kt aku smpai aku bagi makan.
    lepas tu dia keluar buat selamba mcm tak knal aku dah bila dh kenyang. grrr.

    tapi lepas tu dia sakit n ilang terus.
    rindunyaaa.. :(

    BalasPadam
  5. setelah beberapa tahun bersara dari aktiviti pemeliharaan kucing, aku ingat nak sambung balik la kerjaya lama aku tu.

    BalasPadam