3.11.11

Roti bakar

ARAHAN : Sebelum memulakan pembacaan, anda diminta membakar sekeping roti. Kemudian, makan bahagian tengah roti, sepertimana yang tertera dalam gambar di bawah. Setelah itu, mulakan pembacaan dengan melihat melalui lubang roti bakar tersebut. 
Sebenar tadi aku menonton filem ini.
Ia merupakan cerita adaptasi dari kisah benar Nigel Slater.
Aku suka pada watak kawan Nigel masa kecil yang asyik makan-makan sambil bercakap.

Ha-ha.

Ketika menonton filem ini tiba-tiba aku teringin mahu membakar roti.
Aku mengambil pembakar roti dan membuang habuk-habuk roti di dalamnya.
Pusing, mengintai di dalam, terdapat sisa kepingan roti tersangkut di dalam.
Aku cuba mengeluarkannya menggunakan garfu.
Tidak berjaya kerana ia agak besar.
Aku kuburkan sahaja niat untuk membakar roti.#malas
Roti yang tidak dibakar disapu mentega kacang juga enak.

Ha-ha.

Lelaki pandai masak adalah seksi.
Lelaki yang gigih untuk belajar masak adalah lebih seksi.
Filem ini bukanlah mencerita tentang keseksian, ia adalah tentang kegigihan dan keghairahan.
Maksud aku keghairahan adalah passion bukannya lust.

Ha-ha.

Anda boleh menonton Toast di sini.
Cerita biasa sahaja tapi aku sukakannya.


Photobucket

16 ulasan:

  1. Hoh! Bagus! Nak tgk gak!

    BalasPadam
  2. lelaki berbaju melayu di mata aku lagi seksi

    BalasPadam
  3. laki berbaju melayu bersepah.laki pakai skirt rare sket..XD

    BalasPadam
  4. keghairahan aku tetap pada seorang perempuan.

    aku tak suka bakar roti.aku suka roti yang distimkan..lebih lembut dan ah!malas nak cakap.haha.

    BalasPadam
  5. aku lebih sukakan sesuatu yang keras,mungkin citarasa kita dipengaruhi faktor jantina.

    BalasPadam
  6. aku kenal ramai lelaki pandai masak. tapi sikit pun x seksi.. chef dkt tmpt aku kerja semua boroi dan gatal.

    BalasPadam
  7. aku selalu usha kitchen kat bakery, selalu ternampak laki seksi.

    BalasPadam
  8. Mak kite masak sedap so x perlu nak masak sendiri

    BalasPadam
  9. berdasarkan komen kau, aku pasti kau belum tengok cerita toast ni sampai habis.

    BalasPadam
  10. terima kasih share. nanti aku nak tengok :)

    BalasPadam
  11. pandangan tiap orang beda.
    mungkin ada yang merasakan ianya "biasa saja" tapi mungkin ada juga yang akan menilainya dari sudut berbeza untuk tampakkan ia lebih dari sekadar biasa.

    lama aku tidak singgah ke sini,sepertinya ada yang hilang.mana dia blog "amalina & benda besar?"

    BalasPadam
  12. ya-ya.tepat sekali..

    waaaa..aku sangat terharu ada orang sedar akan kehilangan amalina & benda besar.aku dah delete blog tu, aku transfer apa yang aku rasa berharga dalam benda besar ke benda kecil.

    BalasPadam
  13. baru aku taw yg aku seksi... hakhak

    BalasPadam
  14. aku faham...haha!

    BalasPadam
  15. belacan,walaupun kau dah tahu, jangan sesekali kau cuba-cuba pergi ke ujibakat pelakon filem lucah.

    ghost writer, :P

    BalasPadam