9.11.11

Dua buntut

Situasi : Aku sedang berbaring di atas sofa sambil menonton televisyen. Adik aku datang mahu duduk di atas sofa itu.

Adik aku : Ada dua buntut yek?

Aku : A'a..dua, satu buntut yang kat buntut, satu lagi buntut yang kat otak. Otak kan bentuk macam buntut.

Adik aku : Ok..(akur dengan jawapan aku dan duduk di lantai)

Adik aku yang seorang lagi : Sepatutnya marahlah orang cakap macam tu, dia boleh mengaku dia ada dua buntut pulak..hahah!

Kesimpulannya :
Manusia yang memiliki dua buntut memang pentingkan buntutnya berbanding buntut orang lain yang juga memiliki dua buntut(tanpa disedarinya) berikutan buntut kedua yang gagal berfungi dengan baik ketika bertanya dengan niat untuk memberi keselesaan kepada buntut pertamanya.(Tidak perlu buang masa mengulang baca kesimpulan ini walaupun kau tidak faham).
 Gambar hiasan : Bukan buntut sebenar.

P/S : Sejak mengauli burung biru secara aktif, aku sering ketandusan idea untuk menulis di sini kerana segalanya telah aku catatkan di sana. Benda yang aku tulis ni pun sebenarnya aku telah tulis di burung biru, jadi aku berasa tidak hip dan kool pada mereka yang sudah terbaca tweet aku petang tadi, ini membuktikan hari-hari tidak produktif yang aku lalui sehingga benda kecil sebegini juga mahu diceritakan berulangkali.

Nama blog pun Amalina & benda kecil..so, what do you expect me to write? Pasal mesin ATM yang dibawa lari?(bertanya dengan muka minta penampar tapi masih mengekalkan kecantikan semulajadi)

Setelah selesai pembacaan ini, anda mungkin berminat pada ini.

9 ulasan:

  1. ada jugak yang suka menjaga buntut orang lain dari membersihkan buntut sendiri.

    *cuba memahamkan.

    haha

    BalasPadam
  2. kau pernah mengalami masa-masa nak hantuk kepala tak kat meja marmar...?

    BalasPadam
  3. Amalina dan Benda Kecil sbnrnya adalah perkara yg sgt sy rindui.

    Tak percaya? Betul!

    BalasPadam
  4. menetap ja di sini...yg kau pegi bergaul dgn burung biru tu buat apa?

    BalasPadam
  5. nub, bagusla..

    ghost writer, aku selalu rasa nak drill otak aku.

    fara,oh..terima kasih.

    pak lang,burung biru lebih mudah digauli.

    BalasPadam
  6. kool..aku tak follow hg punya burung biru..so aku baru tawu la otak bentuk macam buntut..

    buntut betol...

    BalasPadam
  7. sila jangan join burung biru lagi. ia menjejaskan perkembangan buntut

    BalasPadam
  8. hahaha.. kau ni amalina..

    tak pernah pulak aku terfikir rupa otak itu dengan buntut..

    hahaha.. adoi..

    tu lah siapa suruh berkicau-kicau dengan burung biru tu..

    kalau tak.. selalu je kau update di sini kan..

    BalasPadam
  9. belacan, bia otak bentuk buntut, jangan mengeluarkan tahi sudah.

    dorky guy & faaein talip roy, burung biru lebih mudah,aku boleh post guna talipon cikai je..aku tak bayar bil broadband makanya membantut aktiviti berbloging.

    BalasPadam