15.7.11

Shampoo & Sabun

Aku nak mandi.
Shampoo dah abis.
Aku pergi ke mini market berdekatan untuk mendapatkan shampoo.
Aku berdiri di depan rak shampoo.
10 minit berlalu.
Aku masih di situ dengan muka keliru.
20 minit berlalu.
Aku masih di situ membelek-belek botol shampoo di rak itu.
Aku ambil satu botol, aku letak satu botol, berulang-ulang.
30 minit berlalu.
Tanpa aku sedar tingkahlaku aku diperhatikan dua pekerja mini market tersebut.
Tiba-tiba, aku mendengar suara orang sedang ketawa berdekah-dekah.
Aku pandang kedua-dua makhluk yang mengeluarkan suara itu dengan pandangan biasa saja.
Seorang daripadanya, berlari pergi dan seorang lagi memandang aku dan berkata "Sorry".
Aku diam dan terus memerhatikan botol-botol shampoo yang tersusun dirak itu.
Kalau mahkluk itu tak kata "Sorry", pasti aku tak tahu yang dia sedang mengutuk aku.
Ha-ha.

---

Aku sedang menonton television bersama keluarga.
Di televison sedang terpapar iklan sabun dengan tagline untuk kulit selembut sutera.
Tiba-tiba, abah bersuara, "Orang mati baru kulit selembut sutera".
Mak membalas, "Bukan orang mati keras ke?Orang hidup lah lembut"
Abah membalas, "Orang mati lama-lama lembik".
Mak membalas, "Tu bukan lembut, tu dah busuk..".
Ha-ha.
P/S : Ini bukan perbualan Addams Family.

Photobucket

16 ulasan:

  1. mereka mengutuk atas sebab?

    wah, perbualan yang agak creepy hehe

    BalasPadam
  2. nasyrun,aku tak tahu, mungkin sebab aku berdiri depan rak tu lebih 30 minit sambil asyik menukar botol syampoo dengan muka keliru.

    mungkin.

    BalasPadam
  3. oh, aku ingatkan kau terduduk atas aiskrim coklat lalu mereka ingat kau terkincit

    BalasPadam
  4. sebab tu aku endahkan saja.

    BalasPadam
  5. nampak sgt tak ada kerja

    BalasPadam
  6. -merujuk pada pekerja mini market tu

    BalasPadam
  7. ya..aku faham walaupun tanpa penerangan tambahan.
    janganla asyik komen, nanti aku rimas..

    BalasPadam
  8. Tanpa Nama15.7.11

    knp dia say sorry pula..pening sbb ko tak lak tunjuk reaksi marah melainkan menunjukkan wajah biasa sahaja bukan? haha

    BalasPadam
  9. mungkin juga dia orang gelakkan kau atas sebab kau tak tutup zip seluar.mungkin

    BalasPadam
  10. mereka jadikan kau bahan hiburan?

    BalasPadam
  11. ko nak cari shampoo atau losyen badan?

    BalasPadam
  12. saya, entahahaha..

    headmaster, aku mmg tak pakai zip sebab seluar tu memang tiada zip.seluar sarung.

    pembunuh tanpa bayang, mungkin laa..aku tak kesah pun cuma rasa kelakar dia kata sorry.sopan betul..haha

    ghost writer, shampoo.

    BalasPadam
  13. kau macam aku , suka menempek depan rak kedai berjam2 -.-"

    BalasPadam
  14. aku tahu hanya perempuan saja faham tentang itu.:)

    BalasPadam
  15. hahaha. bongok la kau ni. aku terus terbayang mak kau sebiji macam Morticia. Anggun!

    BalasPadam
  16. jangan percaya bayangan kau tu..haha

    BalasPadam