14.7.11

Jin kurus & jin gemuk

Jin kurus a.k.a Skinny jeans
Lampu isyarat bertukar warna merah.
Kereta diberhentikan paling hadapan.
Aku meliarkan mata pada gadis-gadis kilang yang sedang berjalan dibahu jalan.
Salah seorang di antara mereka nampak paling menonjol.
Secara fizikalnya, dia memiliki kecantikan yang tipikal.
Berkulit bersih, cerah, tinggi dan kurus.
Aku sangat pasti yang dia sedar akan kecantikan yang dimilikidipinjamkan dengan cara jalannya yang agak bongkak.
Dan aku sangat pasti yang dia sedar yang dia sedang diperhatikan oleh mata-mata di dalam kereta yang berbaris menunggu lampu isyarat bertukar hijau.
Aku tertarik dengan fesyen yang dikenakannya :
Bertudung, beruniform kilang berwarna biru dan berseluar jeans.
Yang membezakan kakinya dan seluar jeans itu hanyalah warna.

Kalau begini rupanya memakai seluar,rasanya tak perlulah susah-susah pakai seluar sebab tiada perbezaan pun dengan tak pakai seluar.

Jin gemuk a.k.a Fat Jeans
Aku tengah makan ayam goreng Mek Di.
Dua lelaki bersama seorang gadis sedang duduk berdiskusi dalam Mek Di itu.
Aku memerhatikan alur punggung gadis itu yang terpapar tanpa diminta.
Aku rasa mungkin dia patut memakai baju yang panjang.
Memandangkan dia juga bertudung.
Selera makan aku tetap berkadar terus sebab aku sudah terbiasa menonton alur punggung.
Memang sekarang ni kebanyakkan low cut jeans dijual.


Fat ass!
Kalau kau tiada tempat letak pen, boleh masukkan di situ.
Dipersilakan.

Jin Amalina a.k.a Amalina Jeans
Aku pun ada jin kurus dan jin gemuk.
Tapi bila aku tengok orang pakai nampak hodoh, aku rasa, aku perlu lebih berhati-hati untuk memakainya, memandangkan aku juga bertudung.
Hari ini aku kutuk orang(walaupun dalam hati), esok lusa, tak mustahil orang bahan aku pulak.
Aku harap polis karma tak dapat tangkap aku kali ini.
Harap sangat.

Photobucket

23 ulasan:

  1. just for a minute there,
    i lost myself, i lost myself...

    BalasPadam
  2. hoooooooo gambar yg last tu tak blahhhhh....

    BalasPadam
  3. *DUSHH* *DUSHH*
    Tiba2 rasa terkena penumbuk dgn entri kali ni (tapi bukan kerana isu alur gajah tu ye) hahaha. Walaupun sy tak bertudung, tapi sy akui sy peminat setia Jin Kurus. Harap2 sy diselamatkan drp tgolong dlm keluarga Jin (erkk tetibe!) hehee :D

    BalasPadam
  4. nasyrun, kalau aku jumpa diri kau di tepi jalan, aku akan pulangkan,jangan panik di dalam disko.

    vampire's lovex, gambar last tu hanya kepala di antara dua bantal yang empuk.haha

    pinx,alaa..ko pakai seluar ok je aku tengok.cantek je..ko ada pakai skinny jean tapi xdela seketat tu..kau ok.jgn terase plak..maybe tgk jenis material jean n cutting die gak..

    BalasPadam
  5. Hahaha tak terasa sikit pun amalina oi.. kelaka adalah, tgelak sorg2 baca entry ko.. byk lg entry ko yg aku ikut. short. sweet. smart. GOOD :)

    BalasPadam
  6. oh itu sangat dialu2kan. tiadalah aku penat sangat berlari nanti. jangan cuba dilanggar aku kerna itu bakal mengundang celaka pada keretamu hehe

    ps : trajedi itu bukan nukilanku.

    BalasPadam
  7. pinx,mekasay..nanti pergi kedai mana-mana sebuat nama aku dan bagi url blog aku, pasti dapat makan free.haha

    nasyrun,apa yang kau kata jangan tu yang aku buat.

    BalasPadam
  8. sebab tulah akulagi suka berbaju kurung

    BalasPadam
  9. beli rokes..baru pakai jin..kehkeh

    BalasPadam
  10. uncle..jinbara tu jin juga kot..

    nasyrun,mesti ada rasa sesuatu yang kelat pada lidah.

    silent,aku malas nak iron baju kurung.walaupun aku suka baju kurung cotton.

    BalasPadam
  11. kepala machiss, beli biskut rocky baru pakai jeans.

    nveil, aku sedar yang kau akan turn on setiap kali aku guna gambar kartun yang ni..kan?

    BalasPadam
  12. aku suka perempuan pakai seluar jeans yang agak fit dengan kakinya..siyes,ia sangat bagus untuk aku.tapi ia akan buat aku rasa malu kalau ia kelihatan seperti tak memakai underwear..cilakak!

    BalasPadam
  13. aku juga minat jin kurus.namun aku juga harus berhati-hati bagi mengelakkan benjolan yang lucah.ya,aku perlu berhati-hati

    BalasPadam
  14. Ien melucah dowww. hahaha

    BalasPadam
  15. nasyrun, ;)

    ghost writer,kalau sampai kelihatan seperti tidak memakai underwear, itu bukan jeans tapi legging.grr..

    headmaster,kita semua harus berhati-hati.

    yein, manede lucah ar..bukan cerita kamasutra pun.haha

    BalasPadam
  16. baru nak komen, terus aku ternyanyi sebab tengok komen Nasyrun.

    BalasPadam
  17. Tanpa Nama16.12.11

    saya lebih suka melihat , memerhati dan mengkaji punggung² wanita yang lalu lalang depan saya setiap hari. Oleh itu saya cadangkan pengeluar jins membuat produk terbaru anjuran syaitan dan iblis seperti jin transparent model skinny. Saya rasa lebih bermakna dan menampakan apa yg ingin ditunjukkan oleh wanita² dan gadis² hari ini.

    BalasPadam
  18. hahahah!siot je..

    BalasPadam